Rabu, 3 Januari 2018

CARA ATASI KULIT KERING DAN MENGEKALKAN KELEMBAPAN WAJAH


CARA ATASI KULIT KERING & MENGEKALKAN KELEMBAPAN WAJAH!😍
.
Kulit merupakan elemen penting dlm penampilan. Apa kata hari ini anda dapatkan tip cara atasi kulit kering di siniπŸ‘‡πŸ»
.
Disebabkan efek buruk daripada masalah kulit kering ini penampilan kulit anda nampak tua, sedangkan usia anda masih muda!
.
Banyak faktor yang menyebabkan kulit kering walaupun sudah disapu kering pelembab. Antaranya perubahan cuaca, pemilihan produk kecantikan yang tidak tepat, terkena sinaran matahari dan sebagainya.
.
Jika anda merasakan kulit anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar, cubalah tips  berikut. Hindari apa sahaja yang boleh membuatkan kulit menjadi kering supaya anda selalu kelihatan awet muda.
.
Cara mengatasi kulit kering dan bersisik πŸ‘‡πŸ»
.
1) Jangan berendam terlalu lama di dalam air.
.
2) Jangan gunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk mandi.
.
3) Jangan terlalu kerap mencuci muka.
.
4) Gunakan selalu pelembab setelah membasuh muka. Jika kulit terasa tegang atau perit, bermakna ia memerlukan pelembab. Pilih pelembab yang tidak menyumbat liang pori-pori dan membuatkan kulit nampak kusam. Pelembab yang bagus tidak meninggalkan kesan berminyak setelah dipakai. Pelembab serum by MaryJardin adalah contoh skincare terbaik yang ada dipasaran.
.
5) Basuh pembersih muka sehingga bersih kerana lapisan sabun yang melekat di kulit boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Pilihlah pembersih muka dengan formula lembut.  Lembut tidak kasar sesuai pada semua jenis kulit.
.
6) Selalu sapukan losyen selepas mandi untuk menjaga kelembapan kulit. Pemakaian serum anti kering juga boleπŸ€—
.
7) Untuk menghindari dehidrasi yang menyebabkan kulit kelihatan kering dan berkedut, sebaiknya perbanyakkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas  sehari serta pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi. Boleh amalkan pemakanan suplemen.
.
8) Hindari terlalu banyak terdedah kepada alat penghawa dingin dan sinaran matahari.
.
9) Untuk melindungi kulit telapak tangan, gunakan sarung tangan atau pelindung tangan jika bersentuhan dengan ‘detergent’.
.
10) Bersenam akan menambah pengaliran darah sehingga dapat menyokong nutrient ke kulit.
.
11) Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 jam pada waktu malam. Tidur sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.
.
12) Makan makanan yang berkualiti. Elakkan mengambil makanan yang berkanji, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek-kerepek secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada masalah kulit kering.
.
13) Jauhi pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menjadikan kulit bertambah kering.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen