Ahad, 24 September 2017

Blackbeauties Menyatukan Kami

Alhamdulillah

Apa khabar semua hari ini?
Yang baru balik bercuti tahniah kerana berjaya memanfaatkan cuti dengan sebaiknya bersama keluarga.

Walau sesibuk mana pun kita, keluarga adalah paling utama. Ada kesempatan bercuti maka gunakanlah sebaiknya.

Satu hal yang menarik untuk saya kongsikan malam ini dengan anda semua adalah sesuatu yang bagi saya sangat menarik untuk dikongsikan.

Satu ikatan yang sangat kuat, amat istimewa. Walau tanpa saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Walau tanpa ikatan persaudaraan, walau tanpa ada pertalian darah. Pelbagai peringkat umur dan taraf sosioekonomi.

Namun semuanya amat bersatu hati dan bersatu tenaga, berkongsi idea dan buah fikiran.

Menarik kan?

Ikatan yang terbina atas dasar tanggungjawab semata-mata. Tanggungjawab untuk membantu ramai insan lain di luar sana samada untuk menambah baik taraf hidup, ataupun untuk membantu insan lain yang mengalami masalah kulit muka.

Blackbeauties. Ikatan yang terbina atas dasar dan prinsip tersebut.

Kami tidak saling mengenal. Kami tidak saling berjumpa. Kami tidak saling bertemu. Namun kami semua saling berhubung dalam Wonderbelle.

Lihatlah wajah-wajah blackbeauties yang semuanya sangat sporting dan ceria dengan si arang hitam.

Nak sertai ikatan blackbeauties ni?
Jangan lengah-lengah lagi.
Klik sini untuk menyertai kami











Sabtu, 23 September 2017

SHARING ILMU SECARA PERCUMA HANYA DI MARY JARDIN

Alhamdulillah


Malam ini berkesempatan lagi melontarkan idea di blog ini. Sebelum ini 5 malam berturut-turut mengikuti kelas online atau sharing secara percuma di group telegram.

Perkongsian dari agen Mary Jardin yang telah berjaya mencapai jualan sehingga 5 angka.


Bermula dari 18 Sept 2017 hingga 22 Sept 2017, jam 9 malam.
Selalunya, kelas hanya terhad kepada agen Mary Jardin sendiri, tapi untuk 5 malam ini, dibuka kepada umum. Semua yang diberikan adalah secara percuma. Terus ceduk ilmu untuk apply kepada business masing-masing.
Sangat bertuah berada dalam kalangan keluarga Mary Jardin.












Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai keluarga Mary Jardin yang penuh dengan perkongsian ilmu ini boleh saja hubungi saya segera ya.

InsyaALLAH takkan menyesal bersama Mary Jardin



Jumaat, 22 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Salam Maal Hijrah

*Bicarahati memasuki tahun baru hijrah*

Allahumma ya Muqaddim ya Muakhir Engkaulah yg Memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu. Daku mohon kepadaMu ya 'Afuww ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, maafkanku, ampunkan dosa2ku, terimalah taubatku. Bersihkan dan jernihkan hatiku.

Ya Allah ya Baatin padamkan segala catitan keburukanku. Ya Muakhir ya Mumit daku mohon diakhiri dn dilenyapkan segala akhlak buruk dalam diriku.

Ya Muqaddim ya Barr izinkanku untuk memasuki tahun baru ini dengan permulaan yang baik. Alirkanlah 99 energi Asmaul Husna Mu ke dalam setiap sel2, urat saraf, sel neuron dan DNA ku agar daku dapat menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahMu dengan lebih cemerlang di sisiMu.

 Ya Fattah ya Waasi' ya Baasit bukakan jalan seluas-luasnya untuk kami berhijrah ke arah mentaatiMu sebulat hati kami. Ya Waliy ya Mu'id bantu kami untuk memperbaiki amal ibadah kami dan hubungan kami denganMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud. Ya Fattah kurniakan kami hijrah yang cemerlang sepertimana hijrah Rasulullah saw dari mekah ke madinah.

Allahumma ya 'Adzim ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin kurniakan kami jiwa yang berani dan kental dalam mengharungi ujian dalam kehidupan ini. Keberanian dan kekuatan membela agamaMu seperti yang kau berikan kepada saidina ali ketika menggantikan tempat tidur baginda Rasulullah saw.

Allahumma ya Ahad ya Wahid ya Somad kurniakan kami hati yang bergantung penuh kepadaMu yang Maha esa dan Maha tunggal sebagaimana kuatnya kebergantungan Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan hijrah.

Allahumma ya Nuur ya hadi ya Haq pancarkan cahaya kebenaranMu ke dalam jiwaku dan kurniakan kami semangat dan kekuatan dan Ba'its ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw menyampaikan kebenaran.

#asmahrahman
#blossombelle
#tulislah




Sabtu, 16 September 2017

PROMOSI TERKINI BASIC SET MARY JARDIN RM99 SAHAJA

Sempena ulang tahun Mary Jardin yang pertama pada 15 September 2017, pihak HQ dengan berbesar hati memberikan promosi dan diskaun kepada beberapa item Mary Jardin.


Sebagai menghargai customer dan peminat barangan organik.


Jom layan promosi sempena MaryJardinTurns1






















Berikut adalah harga bagi setiap item termasuk postage


Semenanjung

1. Basic item=RM108.71
2. Basic item+towel=RM116.44
3. Basic item+cosmetic beg=RM125.44
4. Basic item+towel+cosmetic beg=RM131.44

5. Twin FO=RM107.34
6. Twin FO+towel=RM114.71
7. Twin FO+cosmetic beg=RM123.71
8. Twin FO+towel+cosmetic beg=RM129.71



Sabah/Sarawak

1. Basic item=RM114.89
2. Basic item+towel=RM124.42
3. Basic item+cosmetic beg=RM133.42
4. Basic item+towel+cosmetic beg=RM139.42

5. Twin FO=RM111.37
6. Twin FO+towel=RM120.89
7. Twin FO+cosmetic beg=RM129.89
8. Twin FO+towel+cosmetic beg=RM135.89

*Harga ni untuk satu promo sahaja.

Klik link di bawah untuk mendapatkan set promo pilihan anda


Jumaat, 15 September 2017

HAPPY BIRTHDAY MARY JARDIN MARY JARDIN TURNS 1


Alhamdulillah

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

Langkah pertama Mary Jardin segalanya bermula dari rumah. Setahun yang lepas 15 September 2016 Mary Jardin bermula tanpa kilang, tanpa office, tanpa staf dan tanpa Hq. Yang ada hanyalah Doktor Maryam bersama suaminya Doktor Athiq.

Dan ianya hanya bermula dari sabun.
Sabun yang di buat di dapur rumah dan dijemur di dalam bilik. 1st batch sabun yang dikeluarkan pada permulaan langkah hanyalah 20 buku sahaja yang bercop bunga lavender. Selebihnya adalah tanpa corak lavender.




Produk pertama Mary Jardin.


Siapa sangka dengan langkah yang dimulakan itu, kini Mary Jardin terus mengukir nama, mengorak langkah lebih jauh.

Kini 15 September 2017, dengan izin Allah berkat usaha gigih dan sokongan ramai pihak Mary Jardin membesar dengan gahnya. Berbangga dengan:


1.Sebuah HQ di Subang
2.Tujuh buah bangunan kedai berserta GMP di Kedah.
3. Dua  buah warehouse di Selangor
4. Sebuah training center
5. Sebuah buah  Farm House
6. Sembilan buah  Branch Office di seluruh Semenanjung Malaysia
7. 30 orang staff.
8. 4000 agen berdaftar
9. Lavender Rose Collection
10. Shawl MJLL


Pencapaian yang  di raih tanpa promosi besar-besaran di media elektronik, tanpa billboard cantik di sepanjang highway dan juga tanpa model-model atau duta produk yang khusus. Hanya dengan cara bisnes berjemaah dengan perkongsian ilmu secara berterusan.

Tanpa bermula segalanya tidak mungkin berlaku.
Tanpa bertindak segalanya hanya tinggal angan-angan.

Dan yang paling penting tanpa ilmu tidak mungkin kejayaan dapat dicapai sepantas ini.
Segalanya dalam Mary Jardin adalah berasaskan kepada ilmu. Bersandarkan kepada ilmu. Berpegang kepada ilmu sebagai panduan.

Setiap individu  dalam Mary Jardin bermula dari Doktor Maryam sendiri, Nourriciers dan leaders  tidak serik dan  tidak jemu, sentiasa berkongsi ilmu kepada agen-agennya yang kebanyakkannya adalah zero knowledge dalam bisnes. Latihan dan bimbingan di beri berterusan hampir setiap malam agar agennya tidak terus hanyut  dan ketinggalan dalam menghadapi ranjau dunia bisnes online yang semakin mencabar kini.

Terima kasih Doktor Maryam dan Doktor Athiq kerana mewujudkan Mary Jardin.
Terima kasih Nourriciers dan leaders atas tunjuk ajar dan bimbingan
Terima kasih pada semua agen yang bersatu hati, sama-sama saling sokong menyokong walau kita tak tak pernah mengenali antara satu sama lain.
Terima kasih pada semua customer kerana memilih dan meyakini Mary Jardin
Terima kasih pada semua yang menyokong dan mendoakan saya.


 Dengan visinya "To Be An Internationally Preferred Woman's Brand", saya berbangga menjadi sebahagian dari keluarga Mary Jardin.




Genap Setahun gambar ni, 1st BATCH Mary Jardin product di pos ke
Seluruh Negara pd 15 Sept 2017 jam 5.45ptg oleh kami berdua. 




Ahad, 10 September 2017

BILA IDEA MENJELMA

Alhamdulillah



Saya paksa diri saya untuk update status setiap hari. Sebelum ini saya tak aktif langsung menulis di facebook.

Dari tak biasa tulis dah boleh menulis. Dari tak pandai berpantun dah pandai berpantun. Dari tak pandai bermadah, dah pandai bermadah. Dari tak pandai berlawak,dah pandai berlawak. Haha.

Paling best dari tak pandai menjual, tiba-tiba dapat wassup atau pm orang nak beli produk yang dijual. Hujung bulan tengok sale sendiri macam tak percaya. Tiap-tiap bulan mesti ada sale, tak pernah takde sale sejak saya join😍😍

Bagi saya ia satu perubahan yang besar, sebab saya bukan orang glamer, tak pandai pun ilmu copywriting, tak pandai pun softselling. Ilmu bisnes pun tak pernah belajar, kat sekolah dan U dulu tak ambik marketing atau yang seangkatan dengannya.

Dalam #maryjardin lah saya belajar sesuatu. Perkara terbaik untuk bermula ialah update. Update,update dan update. Tulis,tulis dan tulis.

Duduk dalam kelompok orang positif. Sediakan diri setiap hari baca status orang. Baca dan hadam point-point penting. Akhir sekali tulis,tulis dan tulis hingga kita rasa seronok menulis kerana niat mahu memberi ilmu.

Jangan difikir tentang berapa like yang dapat, jangan dirunsing tiada komen yang singgah.

Percayalah, tulisan kita ada pengikutnya, tulisan kita ada yang pembacanya. Tulisan kita ada lambangnya. tulisan kita mampu bina ikatan persahabatan.

Kita menarik apa yang kita sangkakan.

Selalu letakkan diri kita layak menulis kerana kita punya handphone, laptop dan ada jari yang runcing, mata yang segar untuk melihat dan otak yang sihat serta pintar.

#tulislah bila idea menjelma. Tulislah yang baik dan bermanfaat. Tulislah untuk diri sendiri. Tulislah kerana itu jiwamu. Tulislah untuk majukan orang lain.

Tulislah walau bukan waktu trafik sekalipun, kerana setiap tulisan itu ada hikmah yang luar biasa.






Alhamdulillah

Hari ini berkesempatan untuk berkongsi kisah kejayaan seorang #maryjardinagent yang berdaftar dengan saya.

Mula-mula mengajaknya untuk menyertai family #maryjardin pelbagai soalan ditanya, pelbagai isu disoal dan yang pasti pelbagai alasan di beri.

Namun saya berjaya meyakinkannnya bisnes ini bukan seperti bisnes lain yang pernah disertainya sebelum ini. Bisnes ini bukan sesukar yang dia bayangkan.

Bisnes MJ terlalu mudah. Terlalu senang untuk menjual bila kita follow je apa yang diajar. Ikut apa yang leader buat. Praktis dan praktis. Update dan update. Yang diperlukan hanyalah zero alasan.

“Join je dulu baru kita akan rasa auranya”. Itu yang saya katakan padanya.
Akhirnya dia bersetuju mendaftar sebagai ahli walaupun sebelum itu item Mary Jardin itu pun sebenarnya dia tak pernah lihat depan mata.

Permulaan menyertai MJ langkahnya agak perlahan. Masih dengan alasan-alasannya. Walau berulang kali saya tekankan dalam group tulislah, tulislah, namun dia masih jarang menulis.

“Aset diri adalah anugerah Allah yang paling bernilai pada kita. Jom kita tingkatkan aset dirikita melalui penulisan. Kalaupun kita taknak jadikan MJ sebagai sumber rezeki utama, sebab masing-masing bekerja kan tapi tulis je,update je kat fb macam yang leader suruh 4-5 post setiap hari. Supaya melalui penulisan kita dapat meningkatkan aset diri kita. Tulis je. Belasah jer. Bukan kita kacau orang pun”
Ayat ini berulang kali saya suarakan dalam group saya.

Sehinggalah Nourricier DD menyatakan untuk memberi personal coaching kepada agen #mjbelle yang berminat dalam group baru iaitu #blossombelle. Saya mengajaknya untuk menyahut cabaran ini.

Jom join blossombelle. Walaupun saya pun sebenarnya tak tahu pun apa fungsi group tu. Yang tahu DD kata dapat coaching direct dari dia.

Nak tahu apa katanya...ermmmm
Masih dengan pelbagai alasan. Bila banyak sangat alasan, memang agak susah kita nak dapat hasilnya kan?

Berakhir blossombelle 1.0. DD buat lagi coaching blossombelle 2.0. Sekali lagi saya ajak dia. Join je dulu, jangan fikir banyak sangat. Bila dah join nanti baru kita rasa auranya.

Alhamdulillah,kali ini dia sahut cabaran menyertai blossombelle.

And guess what, sehingga hari ini dia masih bertahan dalam blossombelle. Yang lebih manis, baru-baru ni saya dapat tau dia dah berjaya menjual #fullsetmaryjardin. Kalau sebelum ni kan..susah nak nampak dia dapat sale awal-awal bulan ni. Selalu sale dia hujung bulan je. Full set pulak tu.

Kan..boleh nampak tak semua.
Bila kita dibelenggu dengan banyak sangat alasan, kebolehan kita terbatas. Rezeki pun terhad. Tapi bila kita zero alasan, tukar mindset kita, perkara yang kita rasakan sukar pada mulanya sebenarnya tak lah sesukar manapun.

Yang penting change your mindset, then your life change tremendously

Tahniah Siti Nur Diana eh! Nana pulak..hihi
Tahniah Cher Didie Diana, anda berjaya keluar dari comfort zone dan ubah mindset anda.
Tahniah juga buat Yushanita Mohd Yusof yang telah mula rajin menulis. Belasah jer, jangan terlalu fikirkan yang negatif. Positifkan diri anda.

Satu tips untuk cepatkan jiwa korang rasa best sangat nak menulis dan update status selalu. Jauhi dari perasaan "lack of confident". Kurang keyakinan.

Sekian tulisanku Asmah Rahman. Belajar kembali menulis setelah terlibat dalam MaryJardin.






APABILA FOUNDER MARY JARDIN MEMBUKA KISAH MJNYA

Hari ni Maryam nak share satu cerita. Waktu Maryam mula mula buat MJ dulu, Maryam buat MJ sendiri. Maksudnya penghasilan produk. Resipi sendiri, masak sendiri. Sampai satu masa kita ada keperluan mendesak untuk hasilkan produk MJ di kilang GMP sebab nak dapatkan NOT kkm. Banyak kilang tak dapat nak buat sama macam yang maryam nak in term of standard. Bukan senang sebenarnya nak produce produk natural sebab proses rumit nak handle the raw ingredients.


Waktu tu sampai Maryam sanggup buat kilang sendiri walaupun mendapat tentangan banyak pihak. Alasannya ramai kata MJ masih baru dan patut stabilkan dulu syarikat sebelum mula buat kilang sendiri. Maryam bertegas untuk buat juga. Sebab apa? Sebab nak jaga the values/nilai yang kita dah janji kepada pengguna. Kalau values ni kita tak dapat nak jaga dan berikan kepada pengguna, seolah olah macam hilang dah maruah dan kredibiliti perniagaan kita.


Akhirnya terhasil lah our very own production house yang kita daftarkan di SSM sebagai THE LUXE PRODUCTION in March 2017.


Alhamdulillah setelah melalui bermacam2 cabaran akhirnya kilang siap. Dan sekarang ni ramai pula founder produk natural yang request untuk buat produk di kilang kami. Masalahnya kilang ni kecil je. Macam dah tak tertampung permintaan yang saaangat tinggi. Dan maryam charge lebih mahal dari kilang lain sebab bukan produk OEM. Maryam tak terima selain dari produk natural. Amboi banyak betul pantang larang.

Setiap formula tu unik dan berkesan insyaAllah. Alhamdulillah sekarang kami direzqikan dapat JV dengan UTM dan insyaAllah semua produk MJ akan ada certificate dari UTM. Kita belum ada research lab yang canggih tapi UTM ada 😆😆😆


Maka formulasi produk dari kilang The Luxe Production semuanya hasil dari research pakar formula dari UTM dan analisis menggunakn mesin teknologi tinggi. Aci lah kan kita kongsi lab camtu? ahaha. Maryam visualize that in the near future we will have our own lab that carry out extensive research on natural product formulation. Setiap kali kami tengok kilang jepun yg besar2 kat KL ni, i will tell abang that MJ will grow bigger than this. Sebenarnya nak yakinkan diri sendiri, itu yang penting hehe.


Mary Jardin is a real proof that business despite starts very small, can grow really big. Walaupun Mary Jardin belum besar, dan The Luxe Production juga masih sekangkang kera saiznya, menumpang pula research lab UTM, I am positive that it can grow really big one day soon insyaAllah.


Yang penting visi mesti jelas, usaha tak boleh berhenti dan doa serta tawakkal yang sangat tinggi. Bukannya baru seminggu dua buat bisnes, lepastu giveup sebab rasa macam susah. Lepastu terus rasa macam "maybe that vision is not what i want after all".


Be BOLD in pursuing your dream. Maksudnya be BOLD in overcoming any obstacles in your journey towards success. Be BOLD in telling people "watch me i can do this" despite them telling you your crazy ideas wont work. They are not god 🙂

Siapa berani tell the world your dream? And ready to face whatever comes? 😃😃😃

Sumber : FB Maryam Aziz

Jumaat, 8 September 2017

MY PASSION DUNIA PENDIDIKAN KHAS DAN MARYJARDIN

Saya suka dan sangat bahagia dengan tugas saya sekarang.

Walau ada yang memperlekehkan tugas murni ini, namun saya peduli apa. Biarkan mereka berkata-kata apa sahaja. Dah mulut mereka. Yang penting saya tak kacau hidup mereka. Saya teruskan usaha saya untuk terus mengumpul saham akhirat.

"Alah...takat jadi cikgu pendidikan khas, apo sangat la hai. Ajor a,b,c tepuk2, nyanyi2. Balik. Sonang bona". Ayat itu biasa saya dengar bila saya jawab "mengajar budak pendidikan khas"

Pedulikan mereka. Mereka bukan siapa-siapa pun dengan saya. Hanya kenalan. Jadi tak perlu ambil hati.
Lainla kalau encik suami yang berkata-kata macam tu, memang akan terasa hati.
"Memang buat bodoh je lah kalau dia nak pinjam wet den, memang den bior kebulor la jwbnya, haha"😜😜


Menjadi guru pendidikan khas bukan semudah yang disangka dan difikirkan oleh kebanyakkan orang. Hanya mereka yang terlibat tahu realiti di dalamnya.

Kita perlu tahap keikhlasan yang tinggi. Tahap kesabaran, sikap penyayang yang tinggi juga. Namun kita juga perlu tegas supaya mereka menjadi manusia yang berguna pada masa akan datang.

Kasihan lihat mereka dengan serba kekurangan fizikal atau mental, namun perlu tegas agar mereka mampu hidup berdikari akan datang.

Sabar dalam melayani mereka dan kita juga akan berbahagia bersama mereka.

Dan saya sentiasa berpegang pada kata-kata ini"Ingatlah dalam serba kekurangan mereka akan antara tangan mereka yang akan menarik kita ke syurga.

InsyaAllah Aamiin

Alhamdulillah Kita Insan Terpilih


Layan jiwang jap memalam ni..hihi

Sape ingat lagi part akhir filem hindustan Dil To Pagal Hai?
Part hero and heroin atas pentas.

Sikit la saya bagi skripnya
"What can I tell about Rahul?
Where do I begin?
Kadang-kadang dia macam malaikat
Kadang-kadang macam syaitan
Kadang-kadang ...............
Kadang-kadang ................

Apa kah semua itu?
Pagal dikatakan maksudnya gila, terlalu suka, terlalu sayang, terlalu minat @ passion
Passion?

Passion saya semestinya dalam dunia saya sekarang, dunia pendidikan khas dengan anak-anak OKU
Kadang-kadang mereka menenangkan
Kadang-kadang mereka buat kita hilang sabar.
Kadang-kadang mereka kelakar
Kadang-kadang mereka memang blur, bukan buat-buat blur.
Semua itu tidak melemahkan passion saya terhadap mereka.

Passion seterusnya terhadap bhan organik khususnya dalam bisnes #marjardin
Kadang-kadang seronok
Kadang-kadang sedih
Kadang-kadang semangat
Kadang-kadang rasa down
Tapi yang pasti bila dah jadi passion semuanya bukan halangan.
Sorry panjang skit....dah nama citer hindustan😂😂
?😉

Jom layan jap

Dil To Pagal Hai

Bila kita minat terhadap sesuatu perkara tiada apa yang dapat menghalang kita untuk melakukannnya.
Sampai kadang-kadang kita melakukannya tanpa memikirkan balasan wang ringgit atau anugerah sampingan.
Ikhlas dari hati dan mengharap redha Allah. InsyaAllah. Aamiin

Ahad, 3 September 2017

MENYELUSURI HARI INDAH BERSAMA OKU

Tiada yang mustahil

Menyingkap kisah-kisah dan hari-hari indah bersama golongan kurang upaya. Insan yang hadir untuk menguji tahap kesabaran dan ketabahan seseorang.

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka.
InsyaAllah aamiin.

Rasanya belum puas berkongsi dengan anda semua tentang golongan istimewa ini.

Ada lagi tak yang nak follow live sharing saya tentang mereka?

InsyaAllah saya akan kongsikan link live sharing saya tentang kisah-kisah golongan kurang upaya ini di dalam blog saya ini.

1. Contoh Kejayaan Golongan Kurang Upaya

2. Tips Mengawal Demam Panas Anak

3. Attention Deficit and Hyperactivity Disorder

4. Bolehkah ADHD Sembuh?

5. Autisme

6. 5 Tips Mudah Ibu Bapa Kepada Anak Autisme

7. Pengalaman Ibu Bapa Bila Mendapat Tahu Anak Mereka OKU

8. Dunia Pendidikan Khas Dunia Yang Menyeronokkan

9. Gardening Dengan Murid OKU

10. Menuai Hasil

11. OKU Lembam

12. Dari Dapur Ppki

13. Pancake Special Ppki

14. Projek Jualan Pizza PPKI

15. Seni PPKI

16. Cara Mengawal Tantrum Anak

17. Pentingnya Mengambil Tahu Perkembangan Anak Mengikut Umur

18. Alhamdulillah

19. How to train an autisme/adhd children become a good person during school holiday?