Khamis, 31 Ogos 2017

DOA ARAFAH

🌻Versi BM🌻

Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji.

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga bermanfaat...😊




*Renungan Kecil di Hari Arafah*

*Haji adalah Arafah……*
*Arafah adalah Hari Perenungan……*
*Sebuah perenungan tentang Sang Khalik……*
*Sebuah perenungan tentang untuk apa kita diciptakan……*

*Arafah adalah sebuah potret kecil tentang Mahsyar……*
*Mahsyar adalah sebuah hari dimana manusia akan ditimbang kadar Al-Haq dalam dirinya……*
*Mahsyar adalah sebuah hari yang sangat terik yang tidak ada penghalang atasnya……*

*Mahsyar adalah sebuah hari yang mencekam dimana manusia ditimpa resah dan gelisah……*
*Kegelisahan yang teramat sangat karena Mahsyar adalah hari penantian tentang nasib manusia apakah ia akan masuk surga atau neraka……*

*Mahsyar adalah sebuah hari penyesalan……*
*Sebuah penyesalan karena manusia telah lalai menunaikan dharma untuk apa ia dicipta……*
*Sebuah penyesalan karena manusia lalai untuk beramal shaleh semasa hidup di alam dunia……*

*Sedemikian dahsyatnya Mahsyar, sehingga manusia kelak akan mencari perlindungan walau hanya pada sebutir kurma yang pernah ia sedekahkan……*

*Maka, beruntunglah mereka yang Allah beri naungan dari dahsyatnya alam Mahsyar……*

*Mereka adalah pemimpin yang adil……*
*Para pemuda yang hatinya tertambat kpd masjid……*
*Manusia yang bersahabat karena Allah……* *Manusia yang bersedekah dgn tangan kanannya tanpa harus diketahui oleh tangan kirinya……*

*Manusia yang menolak perbuatan keji karena takut akan Tuhannya……*
*Manusia yg tekun ibadahnya seraya berlinang air mata ketika ia berdzikir semata karena takut akan Tuhannya……*

*Selamat Hari Arafah sahabat-sahabatku……*
*Semoga Allah mengampuni kehinaan dan kebodohan kita……*
*Semoga Allah selalu menjadikan kita orang yang rendah hati di setiap langkah kaki di bumi ini……*

*Semoga Allah meneguhkan iman dan Islam kita……*
*Mengganti tangisan kita dengan senyuman……*
*Luka derita dgn kebahagiaan……* *Kesempitan rezeki dgn kelapangan……* *Kesesatan dengan petunjuk……*
*Penyakit dgn kesembuhan……*
*Kesulitan dgn kmudahn……* *Dan keputusasaan dengan harapan……*

* Mohon Maaf Zahir Batin.....

*Selamat berpuasa dihari Arafah...

Semoga Allah SWT senantiasa mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita semua……

Barakallahu fiikum.... Aamiin Allahumma Aamiin....

Rabu, 30 Ogos 2017

HIDUP MEMERLUKAN PENGORBANAN






Hampir setiap tahun kita meraikannya,  sama seperti Aidilfitri. Namun kebiasaannya kedatangan Aidilfitri lebih dinanti berbanding Aidiladha.  Dengan tarikh yang sama iaitu  10 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun hijrah. Mungkin bagi sesetengah orang sambutannya tidak memberi apa-apa makna, ada tak ada sama sahaja harinya dengan hari-hari lain. Ada  yang sama sahaja tiap tahun harinya apabila datangnya Aidiladha. Walaubagaimana penerimaan dan sambutan kita terhadapnya,  InsyaAllah pada hari Jumaat ini umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambutnya. Ia sebenarnya adalah  hari yang penuh dengan makna sejarah dan pengorbanan…

Menghayati semula kisah Nabi Ibrahim a.s dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. tentang pengorbanan, Aidiladha sebenarnya merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya. Seperti yang kita sedia maklum, kedatangan Aidiladha ini bukanlah sesuatu yang disengajakan, lebih-lebih lagi menyimpang daripada kebetulan semata-mata, sebab ia mempunyai peristiwa sejarah pengorbanan yang teramat penting dalam sejarah Islam. 

Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud memenangkan persengketaan tersebut.

Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya Nabi Ismail menghentakkan kakinya ke tanah dan terhasilnya air zam-zam. Padang pasir yang tandus itu juga telah menjadi tumpuan buat umat Islam zaman sekarang untuk menunaikan haji yakni Makkatul Mukarramah atau nama dahulunya Bakkah.

Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, “…Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?”

Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:…”Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar.”(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.

Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Tanpa sedar kita sebenarnya telah melalui beberapa siri pengorbanan dalam hidup. Bagi pasangan yang ingin berkahwin contohnya, banyak perkara yang terpaksa ditempuh dan dikorbankan untuk sampai ke jinjang pelamin, adakala masa rehatnya terpaksa dikorbankan dengan membuat kerja ‘part time’ untuk mencari wang belanja kahwin. Bagi yang berniaga pula, sanggup korbankan masa bersama keluarga semata-mata mengejar projek jutaan ringgit. Bagi yang mahukan kedudukan pangkat yang selesa didalam organisasi, terpaksa mengorbankan duit simpanan untuk mengikuti pengajian secara ‘part time’ harapannya dengan segolong diploma atau ijazah sebagai tiket untuk mendapat kedudukan pangkat yang selesa. Dan banyak lagi perkara-perkara yang terpaksa dikorbankan didalam hidup kita untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. 

Begitulah juga keadaannya jika kita mengharapkan syurga Allah. Syurga Allah bukanlah suatu barang yang murah, pasti akan melalui proses PENGORBANAN.



Selasa, 29 Ogos 2017

MARY JARDIN - ONE STOP BEAUTY CENTRE (EVERY WOMEN'S DREAM)


Baru berusia hampir 11 bulan, ibarat bayi yang baru nak melangkah, begitu juga Mary Jardin. Tapi Mary Jardin telah  melangkah ke arah international.

30 Julai 2017.
Outlet pertama Mary Jardin selamat di lancarkan gilang gemilang.

Tahun lepas, 30 Julai 2016, Mary Jardin belum wujud. Dr Maryam dan Dr Athiq pun masih bekerja sebagai doktor di hospital /klinik kerajaan.

Pada masa itu, isu mengenai produk bermekuri tengah hot, menjadi perhatian. Jadi Dr Maryam mendapat banyak sangat permintaan untuk hasilkan produk yang natural dan organik. Berdasarkan pengalaman dalam bidang dermatologi dan bisnes dalam shaklee, Dr Maryam memulakan projek dari dapurnya sendiri.

Semua memang bermula dari dapur rumah sendiri. 100% formulasi Dr M, diadun dan diproses berulang kali sehingga puas hati sang suami.

Preorder pertama pada 15 September 2016, 100 set pertama. Bermula dari sini MJ terus mencuri hati peminat organik. Disember 2016, Mary Jardin merangkak menyertai Mood Republik. Semakin hari semakin dikenali Dari Mood Republik nama MJ mula naik, dan Dr M mula menerima jemputan untuk memberi public talk dan sebagainya.

MJ mula dikenali dan kita terima kejayaan demi kejayaan. Kejayaan pertama adalah dapat mencapai jualam #RM1.7 juta yang pertama selepas dilancarkan!

Sesuatu yang membuatkan semua orang tersentuh hati apabila Dr M menyebut beliau tidak suka menyebut agen, tapi beliau suka menyebut family MJ. Kejayaan Mary Jardin adalah disebabkan kebersamaan family ni. Bukan sebab Dr M dan bukan sebab Dr A.

Pencapaian terbaru kita, minggu lepas MJ berjaya mencapai jualan RM1 juta dalam masa 3 hari!

Dan setakat ni, the biggest blessing is, MJ mendapat kepercayaan tokoh yang berpengaruh dalam dunia bisnes iaitu Ibu Hanim sebagai penasihat.

Terkini

Alhamdulillah.
Again I am a proud #MaryJardinian
Really really really proud to be in this family!

Kalau start bersama dari awal lagi mesti lagi seronok, sebab bersama jatuh bangun, jadi lebih terasa kejayaan dikecapi hari ini.
Tapi masih belum terlambat, sebab Mary Jardin baru nak mengorak langkah untuk teruskan kejayaan!

Dan saya mencari ramai lagi yang nak cipta kejayaan bersama dan bina empayar sendiri.

Bulan ini MJ sekali lagi melakar sejarah apabila mula menghasilkan produk lain selain penjagaan kulit muka. Doktor Maryam sekali lagi mengaplikasikan pengetahuan dan kemahirannya untuk menghasilkan item lain bertemakan lavender dengan jenama Mary Jardin.

Sejarah terlakar apabila produk penjagaan kesihatan dalaman iaitu Astacera-col minuman kologen pertama di Malaysia yang mengandungi Astaxanthin.

Seterusnya dari formula beliau juga terhasil produk penjagaan badan (bodycare) berasaskan bahan semulajadi dan wangian lavender. Produk tersebut ialah lipbalm, body scrub, hand and body lotion dan face mist.

Dalam usianya yang tak sampai setahun jangung, Mary Jardin telah berjaya menghasilkan barangan penjagaan yang lengkap untuk kesihatan dan kecantikan dalaman secara sihat dan semulajadi.

Maryjardinian memang seorang yang mementingkan kesihatan dari kecantikan. Bila kita ingin sihat, insyaAllah cantik itu akan terhasil sendiri.

Mary Jardin - one stop beauty centre anda. Every Women's Dream

Ingin mendapatkan MARY JARDIN?










SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE 60

 2 hari lagi Hari Kemerdekaan yang ke-60 akan tiba.

Dah bersedia untuk menyambut hari  bersejarah ini?

Biasanya persediaan menyambut Hari Kemerdekaan ini atau pada tahun ini disebut Hari Kebangsaan mesti lebih hebat dan  bersemangat   di sekolah-sekolah kan?

Untuk tahun ini  kelas saya dalam persiapan membina Menara KLCC daripada botol air mineral. Pembinaan belum siap sepenuhnya lagi sebab kontraktor yang bercuti dulu. Sambut raya dan merdeka, katanya. hihi



Malaysia ni sebuah negara yang unik kan? 

Sesuai dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa, kesepakatan dan perpaduan kaum yang wujud menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan istimewa.
Dan lagi satu disebabkan kepelbagaian kaum yang wujud dalam Malaysia inilah penyebab terwujudnya pelbagai bangsa, agama, adat, budaya, makanan, pakaian, bahasa, loghat dan sejarah. 


Okay lah...
Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan Jalur Gemilang.

Jom kita hayati sama-sama maksud di sebalik warna pada Jalur Gemilang kita. Walaupun ramai yang dah tahu tapi tak salah kan kalau nak berkongsi ilmu.

Jalur Gemilang  yang kita sedia maklum mempunyai 4 warna utama iaitu merah, biru, putih dan kuning.



  • WARNA MERAH - Lambang kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.
  • WARNA PUTIH -  Lambang keluhuran dan keikhlasan dalam diri setiap rakyat.
  • WARNA BIRU - Lambang perpaduan hidup yang rukun dan damai.
  • WARNA KUNING -  Lambang kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Nampak kan?
Setiap warna tu dah ditentukan maksudnya. Jadi bila nampak je warna-warna ni,secara tak langsung maksud ke empat-empat maksud tersebut mesti terpahat kukuh dalam jiwa kita. 

Kita sanggup untuk menghadapi apa jua rintangan dengan ikhlas dan  tabah supaya kita dapat hidup dengan rukun dan damai dengan semangat setia kepada Raja dan Negara.
Haaa...gitewla ye kengkawan.


PROMO MERDEKA MARY JARDIN

Okay....bercerita tentang setia kepada negara, membeli produk buatan rakyat Malaysia juga salah satu sebagai tanda kita sedia dan ikhlas untuk berjuang kepada negara. Selagi ada produk rakyat tempatan yang setanding dengan produk luar negara, kenapa susah-susah membazir duit beli produk luar. Kualiti produk tempatan juga rasanya lebih lagi dari produk luar.

Siapa lagi nak support produk tempatan kalau bukan rakyatnya sendiri kan?

Bersempena dengan merdeka Mary Jardin produk penjagaan kulit muka berasaskan bahan organik mengadakan jualan promo merdeka. Bukan selalu promo ni nak diadakan. Mungkin tahun ni sahaja. Berbaloi-baloi menikmatinya.

Jom tinjau promosi merdeka dari Mary Jardin














JOM DAPATKAN PROMO PILIHAN ANDA SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!









PERBEZAAN NYATA LIPBALM MARY JARDIN DENGAN LIPBALM LAIN DI PASARAN.....IT'S ALL ORGANIC INGREDIENTS


Fungsi utama lipbalm untuk melembap dan merawat kulit bibir.

Bibir adalah kawasan kulit paling nipis dan sensitif. Kebiasaannya masalah bibir ialah bibir kering dan merekah. Puncanya sebab badan kurang air, dehidrasi dan cuaca panas.

Memakai lipbalm boleh menghalang penyejatan berterusan air dan kelembapan di bibir seterusnya menghalang bibir kering dan merekah.

Bibir hanya ada 5 lapisan. Antara lapisan di bibir adalah kolagen. Semakin meningkat usia lapisan ini semakin berkurang dan menyebabkan bibir kelihatan kusam, tidak anjal, nipis dan kering.

Sebab tu, lipbalm atau lipstick dihasilkan. Bukan bertujuan untuk cantik sahaja. Tapi lebih kepada merawat dan melembap bibir

Sebaik-baik lipbalm adalah yang ada spf untuk melindung bibir dari sinaran uv.

Tapi dalam lipbalm Mary Jardin tak dinyatakan pasal spf ni. So mungkin not applicable.

Cuma yang bezanya lipbalm mary jardin dengan lipbalm lain di pasaran ialah dari segi bahan-bahan yang organik dan premium.

Contoh beeswax. Kebanyakan product lain guna petroleum wax yang bila pakai kadang-kadang berbau kuat, terlalu melekit.

Dan ada setengah orang mungkin alah kepada chemical macam petroleum ni. Boleh menyebabkan bibir gelap dan kusam, dan semakin kering dan mudah pecah.

So penting jugak untuk cari dan pilih lipbalm yang bersesuaian dengan kulit kita.

Cara pemakaian paling simple antara produk MJ yang lain.

Apply bila perlu/bila-bila suka

Pagi tengahri petang malam sebelum tido pon boleh. Takde halangan.

Tak perlu tenyeh kuat-kuat sebelum nak amik wuduk. Sebab sapuan lipbalm ni soft kat lapisan luar bibir. Dan biasanya akan diserap masuk sebagai nutrien untuk bibir kita.

Rasa natural je,  tak rasa macam pakai lipstick pon.πŸ˜‰




Isnin, 28 Ogos 2017

FAKTA MENGENAI 'COLLOGEN DRINK' YANG ANDA WAJIB TAHU

Pernah tak anda beli collagen sebelum ni. Minum dah banyak. Berbungkus-bungkus dah habis. Tapi tak nampak perubahan yang positif.

Anda tahu? Kolagen tidak boleh diminum bersama minuman berkafein. Sebab kafein akan menarik segala kebaikan yang ada dalam collagen.

Tahu tak? Semakin kecil saiz molekul, makin mudah dan makin cepat kolagen tersebut diserap ke dalam tubuh badan dan pastinya kesannya lebih cepat.

Anda baru tahu ke? Semakin kecil saiz molekul kolagen itu (1000 dalton dan ke bawah) harga adalah semakin mahal.

Jadi, sekarang anda dah dapat agak kenapa kolagen yang anda ambil sekarang tidak memberi kesan seperti yang diidamkan?

Kolagen terbaik adalah dari sumber marine (ikan dan hidupan laut). Haa….baru ku tahu.

Minuman kologen Mary Jardin bersaiz 1000 dalton, dengan harga yang berpatutan.


Nak tahu berapa banyak perlu minum kolagen untuk 1 hari?

Untuk merawat kulit, minimum kolagen yang diperlukan adalah sebanyak 2000mg sehari.

Tapi kalau untuk orang yang berusia 50 hingga 60 tahun, dan nak ambik collagen, perlukan lebih dari 2000mg.

Terdapat 2 gram kolagen dalam setiap sachet minuman Kolagen Mary Jardin. Setiap sachet bersamaan dengan 2000mg kolagen.

Jadi untuk kolagen Mary Jardin, makan sepeket sehari sudah cukup.



Pelbagai khasiat berries dalam satu sachet







Ahad, 27 Ogos 2017

BERKONGSI HOBI DENGAN ANAK-ANAK

Selain dari suka menulis, saya juga suka berkongsi minat dengan anak-anak saya.

Bila kita melibatkan anak dalam aktiviti seharian, secara tidak langsung ini dapat merapatkan hubungan kita dengan mereka.

Secara tidak langsung juga melalui aktiviti bersama-sama ini dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka. Bila mereka diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan sesuatu bersama ibu bapa, ini dapat memberi mereka semangat dan dorongan untuk mereka melakukan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.

Sempena cuti sekolah yang akan bermula esok saya akan berkongsi dengan anda, pembaca semua beberapa aktiviti yang saya lakukan bersama dengan anak-anak.

Untuk hari ni, sebenarnya aktiviti cuti sekolah bebudak ni dah bermula malam ni. Malam ni saya ajak mereka buat resepi yang mudah dan ringkas. Esok boleh buat makan sarapan pagi. Excited masing-masing bila ibunya berkata macam tu.

Malam ni saya buat cheesekut yang mudah dan ringkas. Sebab bahan pun dah sedia ada di rumah. Jadi jom kita mulakan.

Bahan yang saya guna senang je
1. 1 paket biskut cream crackers
2. 250 g creamcheese
3. 1/2 tin susu pekat
4. Susu full milk apa-apa jenama pun boleh
5. Serbuk oreo.
(Orang biasa guna nestum, tapi nestum takde kat umah, so saya gunalah serbuk oreo.

Okay, kat bawah ni saya tunjukkan video cara membuatnya. Rasanya dah ramai yang tahu pun buat cheesekut ni, tapi nak tunjuk jugak...hihi

Jom layann........


HARI-HARI KU INDAH BERSAMA MARY JARDIN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Hmmmmm...segar, bersih dan sejuk udara pagi ni selepas hujan gerimis semalam. Titisan hujan dan embun pagi bagaikan  membersih segala debu kotoran di persekitaran.

Haruman bau lavender dari Body Scrub Mary Jardin sentuhan tangan Doktor Maryam membuat ku bingkas ke bilik air membersih dan menyegarkan diri walau udara di luar sejuk dingin menyelimuti diri. Haruman lavender budsnya sangat memanggil-manggil segera ke bilik air. Sentuhan garam himalaya ke kulit membantu menyingkirkan dan menyental daki yang melekat di badan. Seminggu sekali menikmati mandian bagaikan di spa, apa salahnya kan?



Segar, sejuk dan nyaman menyapa pipi. Tambah segar bila selesai cuci muka dengan sabun susu kambing Mary Jardin. Terasa kelembutan kulit wajah bak selembut dan sehalus sutera.



Begitu juga dengan kulit wajahku pagi ni. Terasa segar, bersih, nyaman, dan ringan. Sesegar embun membasahi bumi,  sebersih udara persekitaran, seringan helaian daun dan senyaman hembusan bayu pagi ini.

Hati ini terasa  bagaikan mendapat sentuhan pakar kecantikan bila wajah diusap dengan minyak ajaib yang tidak berminyak langsung. Lembut terasa kulit wajah tanpa kesan minyak.



Ditambah pula dengan kuasa serapan ajaib masker dari  arang hitam aktif membantu menarik segala debu dan kotoran yang menumpang di wajah seminggu ni.



Kuasa serum dengan perlindungan SPF 30 tambah meyakinkan penampilan diri. Tindakannya, kulit wajah terlindung dengan sempurna.



Hasilnya?

Hanya yang pernah mengalaminya yang tahu keadaan sebenar.

Dengan wajah kembali baru, ku ucap


                                                         "SELAMAT PAGI DUNIA"





Dari celahan tingkap terdengar kokokan ayam sahut-sahutan  setia menyambut kedatangan subuh dan kemunculan mentari setiap pagi. Setiap hari tanpa jemu, tanpa rasa letih dan lelah. Setia menjalankan tugasnya.

Begitulah kita sepatutnya, tanpa jemu, tanpa letih, tanpa lelah terus usaha dan usaha, terus berdoa agar mencapai matlamat hidup yang diimpikan. Jangan berhenti, jangan mengalah di tengah jalan.

Sebagaimana setianya ayam menanti pagi yang indah dengan penuh semangat dan meriah.

Jom  mulakan hari dengan penuh kecergasan dan semangat membara.
Sentuhan segelas Astacera-Col InsyaAllah membantu mengekalkan kecergasan sepanjang hari.




Malam hampir menjelma. Melabuhkan tirainya. Meninggalkan pagi untuk berganti hari yang berikutnya.

Pastinya udara petang tidak sesegar dan selembut hembusan bayu pagi tadi.
Tercemar dengan asap debu dan kenderaan serta bahan lain di udara. Berkumpul di segenap ruang persekitaran.

Namun yang menakjubkan kesan bermasker arang hitam aktif bersama minyak ajaib faceoil di wajah pagi tadi, masih terasa segarnya. Lembut halus kulit wajah bila di usap. Segar tanpa kesan melekit dan berminyak.

Sapuan terakhir dengan serum SPF 30 sebelum keluar rumah makan kenduri tengahari tadi membantu melindungi wajah hingga ke petang hari.

Agak melampau kenyataan ini kan?
Tapi percayalah hanya yang mengalaminya dan bersamanya akan merasa sebegini.

Inilah pengalaman indah  sehari-hari saya bersama Mary Jardin.


Dengan wajah yang masih segar ku ucap


                                                            "SELAMAT MALAM"









TIPS MUDAH ELAK JERAGAT MEMBIAK DENGAN MARY JARDIN

TIP ELAK JERAGAT MEMBIAK -
.................................................

1. JANGAN pilih pencuci muka yang menghasilkan banyak buih. Ia boleh merosakkan kulit.
(Facialsoap Mary Jardin tiada buih, sesuai sangat)

2. JANGAN pilih bahan solek, losyen dan krim UV yang berminyak. Ia menyebabkan liang tersumbat dan menggalakkan pertumbuhan jerawat & pengumpulan sebum di bawah lapisan kulit terjadi.
(Faceoil Mary Jardin bukan dlm bentuk krim..ia adalah minyak yang mudah serap ke dalam kulit)

3. JANGAN biarkan kulit terdedah kepada cahaya matahari daripada jam 11 pagi hingga 3 petang. Jika tak dapat dielakkan, gunakan krim UV yang mengandungi SPF 30 ke atas untuk melindungi muka.(Serum Mary Jardin mempunyai spf 30 😍)

4. JANGAN gunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan perosak kulit. Kulit memang cepat putih tapi ia disebabkan oleh merkuri yang tinggi dalam kandungan produk.
(Skincare organik Mary Jardin bukan produk memutihkan kulit, ianya produk mencerahkan kulit...

Ada beza ye putih dan cerah. Putih menarik sel kulit laa, mati dan sel kulit sihat, tapi cerah cuma menanggalkan sel kulit lama dan mati dan ganti dengan sel kulit baru tapi sel kulit sihat dikekalkan.

Lengkapkan penjagaan kulit wajah dengan set kecantikan Mary Jardin........

p/s : Sebelum keluar rumah tu jangan lupa cuci muka luxury facial soap MJ dan calit face oil diikuti dengan serum MJ.

In Shaa Allah ia akan melindungi wajah sepanjang hari, selain buat kulit jadi tak berminyak & kelihatan segar sepanjang hari.




Sabtu, 26 Ogos 2017

APA JUA YANG DILAKUKAN, PASTIKAN IA BERMULA DENGAN MINDSET YANG BETUL




PESANAN SENTAP BUAT 
 USAHAWAN YANG MISKIN!

Jack Ma, pengasas Alibaba berkata :

“Orang paling teruk nak dilayan ialah, 
 orang yang miskin minda."

πŸ”²Apabila bagi free, mereka akan kata, 
 itu perangkap.

πŸ”²Apabila diberitahu ini perlukan 
 pelaburan kecil, mereka jawab, 
 pulangannya sikit sangat.

πŸ”²Apabila diminta untuk buat pelaburan 
 besar, mereka jawab, tiada duit. 

πŸ”²Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata, tiada pengalaman.

πŸ”²Apabila diberitahu, ini bisnes tradisional, mereka kata, susah.

πŸ”²Apabila diberitahu, ini model bisnes yang baru, mereka akan kata, ini MLM.

πŸ”²Apabila diminta buka kedai, mereka kata, tiada kebebasan.

Mereka ini, mempunyai 3 persamaan kolot :-

✔Mereka suka bertanya di Google.

✔Suka dengar cakap kawan yang miskin macam mereka juga.

✔Berfikir lebih banyak daripada seorang professor, tetapi sedikit buat kerja, lebih 
 sedikit daripada orang buta.

Cuba tanya mereka, “Apa mereka boleh buat?”
Mereka tiada jawapan.

Kesimpulan yang boleh dibuat,

"Sementara jantung anda sedang berdegup kencang, apa kata, buat je kerja laju-laju. Daripada asyik berfikir tak habis-habis, lebih baik buat SESUATU”

Orang miskin ini ada satu persamaan.
 Hidup mereka hanya tunggu dan lihat.


MARYJARDIN

TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA BERMINYAK

Siapa jenis KULIT BERMINYAK macam saya?

Mesti rimas kan kalau kulit berminyak. Bila dah tengahari je rasa melekit kulit muka. Lagi sedih bila nak ambik gambar. Mesti nampak muka macam berkilat je kan?.
Nak kena mekap-mekap la dulu cover minyak sebelum bergambar kan?

Okay saya nak share tips sikit

Sebab kulit berminyak ada kelebihannya iaitu agen awet mudaπŸ˜‰

Tapi ingat☝

1) Jangan sesekali sapu/usap muka uollss yang berminyak tu dengan tapak tangan uollss.
Mesti pernah buat kan? Rimas kulit berminyak, sapu/lap guna tapak tangan jer.

2) Lap tekap tekap jer guna kain bersih di tempat yang berminyak. Nak lagi elok, guna tisu kertas yang khas untuk serap minyak di muka.

3) Jangan terlalu kerap cuci muka, seeloknya pagi & malam sahaja paling kerap pun 3 kali sehari.

4) Jangan cuci muka guna air suam/panas. Cuma  guna air paip biasa atau air sejuk.

5) Elakkan pakai pelembab di waktu siang.

6) Pakai krim siang nipis² sahaja.

7) Kalau suka pakai bedak, pilih loose powder atau bedak babypun elok untuk serap minyak yang berlebihan.

8) Elakkan makanan yang berminyak dan banyakkan minum air masak/mineral.

9) Pakai pelembab di waktu malam. Jadi kulit tidak kering yang menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan ketika bangun dari tidur.

10) Pilih Skincare khusus untuk kulit berminyak.

Saya pakai full set Mary Jardin.
Dalam set ni ada facial soap yang bertindak sebagai pembersih minyak berlebihan, face oil yang bertindak sebagai pelembap dan berupaya mengekalkan kelembapan kulit supaya tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Yang sedang-sedang saja tindakannya..giteww.

Lepas tu dalam set ni juga ada mask dari arang hitam iaitu detox clay mask yang berfungsi menarik segala kotoran dari bawah lapisan kulit supaya dapat membantu penyerapan lembapan yang maksimum dari face oil.

Dan akhir sekali ada serum yang bersifat sebagai pelindung dari sinaran uv yang mengandungi SPF30

Ok, tu je..bye




LAVENDER OIL

LAVENDER OIL

Selalu je dengar kan?

Tapi korang semua tahu tak bagaimana nak buat lavender oil ni? Haaa.. Meh nok cerito. πŸ˜†

Ok. Baca elok-elok ye.

Mula-mula kena kumpul bunga lavender la dulu. Lagi banyak lagi kuat bau nya nanti.

Lepas tu, potong-potong daun, batang dan bunga lavender tu tadi dalam 15cm panjang setiap batang.

Kemudian ia dibiar kering. Ia mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk betul² kering. Batang yang kita potong tu boleh diikat bersama dan digantung terbalik dibawah panas matahari. Namun dikhuatiri ia boleh merosakkan aromanya nanti.

Next, selepas dikeringkan batang lavender tadi dihancur-hancurkan perlahan -lahan dengan benda berat sehingga aroma nya keluar. Kemudian kumpulkan dalam satu bekas.

Lepas tu, tuangkan minyak yang tidak berbau atau berbau nipis kedalam bekas tadi. Agak-agak lavender hancur tadi terendam sepenuhnya. Kalau boleh biar minyak tadi melebih dalam kira-kira 1-2cm untuk menampung jika ada pertambahan volume.

Rendaman ini mengambil masa kira-kira 48jam. Namun sekiranya ia dibiarkan selama 2-6minggu baunya akan lebih kuat. Biarkan bekas tadi tu ditempat yang cerah.

Setelah siap, boleh lah tapis minyak tadi kedalam bekas yang gelap.

Fuhh. Susah ke senang nak buat? Makan masa juga kan?

Lavender oil ni adalah bahan utama dalam produk Mary Jardin.

Nama pun Lavender Garden set dan Lavender Rose Collection kan. Sah² memang lavender adalah asas nya.

Jadi, lebih senang, order je produk Mary Jardin. Dapat terus lavender oil.πŸ˜‰

Order hari ni seminggu paling lama dapat. Kalau biasa, order hari ni esok terus dapat. Yeeaaayyy!


JOM ORDER!!!!



Jumaat, 25 Ogos 2017

ASTAXANTHIN





Astaxanthin adalah karotenoid alami yang memiliki kekuatan antioksidan luar biasa. Astaxanthin boleh didapati pada mikroalga diseluruh dunia, mulai dari danau tropika sehinggalah padang salju antartika.

Astaxanthin adalah yang memberikan warna merah muda dan merah pada daging ikan salmon segar, udang dan lobster. Astaxanthin adalah salah satu dari antioksidan yang paling kuat yang pernah ditemui.

Secara normal, mikroalga yang berenang bebas di air kolam adalah hijau, tetapi pada saat air kolam mengering dan alga terdedah sinar matahari, alga mulai memproduksi Astaxanthin berwarna merah terang dalam jumlah besar.

Mengapa? Ini kerana Astaxanthin adalah antioksidan kuat yang melindungi alga dari radiasi sinar ultraviolet, membuat mereka bertahan hidup walaupun dalam kondisi yang paling sukar.

Oleh kerana itu, fungsi Astaxanthin adalah melindungi nukleus sel terhadap radikal bebas yang disebabkan radiasi sinar ultra violet yang merosak DNA dan sumber energi perosidase.

Selama ribuan tahun, Astaxanthin menjadi sebahagian dari makanan manusia. Namun, sejak 20 tahun terakhir ini, pelbagai penelitian dan ujian klinikal telah dijalankan pada manusia dan membuktikan kekuatan antioksidan dan efek penting Astaxanthin untuk kesehatan.


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ASTAXANTHIN

6000 X lebih kuat dari Vitamin C
500 hingga 1000 X lebih kuat dari Vitamin E
800 X lebih kuat dari Co Q10
550 X lebih kuat dari EGCG (Green Tea)
75 X lebih kuat dari Alpha Lipoic Acid (ALA)
40 X lebih kuat dari Beta Karoten
17 X lebih kuat dari Grape Seed


FUNGSI ASTAXANTHIN

1.   mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
2.   meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit
3.   Agen semulajadi pencerahan dan pemutihan kulit
4.   membantu mengurangkan kerosakkan kulit daripada cahaya ultraungu (UV)
5.   Antioksidan, antikanser, antiradang dan mampu mengawal masalah leukimia
6.   membantu mencegah penyakit Alzheimer
7.   membantu mengurangkan gejala Arthritis dan mecegah katarak
8.   mengurangkan tekanan darah tinggi dan kensing manis
9.   membantu menyelesaikan masalah gangguan hati dan kegagalan buah pinggang
10. membantu mengawal penyakit parkinson dan masalah strok
11. mengawal obesiti
12. sumber ikan laut dalam yang tidak memberi alahan

Mana nak dapat Astaxanthin ni?

AstaCera-Col collagen drink Mary Jardin la. πŸ˜‰ Jom dapatkan ia pada harga promo yang sedang berlansung sekarang!




Ahad, 20 Ogos 2017

PRODUK BARU MARYJARDIN ASTACERA-COL (COLLOGEN DRINK

CERAMOSIDES™

Ceramides adalah sejenis lemak (lipid) yang berada di setiap lapisan kulit. Ia berfungsi untuk mencegah hilangnya air yang boleh menyebabkan kulit jadi kering.

Ia juga bertindak melindungi kulit dari pencemaran dan mengekalkan kelembapan kulit.

Bila usia meningkat, ceramides mengalami kadar penurunan sehingga menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut.

Jadi, kulit perlukan penambahan ceramides. Ceramides ada dua, dari sumber haiwan atau tumbuhan.

Phytoceramides adalah ceramides dari sumber tumbuhan iaitu potato, rice or wheat.

So, Ceramosides™ ni adalah phytoceramides yang terbaik daripada wheat. Ia sangat berkesan untuk skin hydration and anti aging

Ceramosides™ ni memang glemer kat oversea. Tapi kat Malaysia belum glemer lagi. But, it has been proven to be the best anti-aging factor 😍

Yes! Dalam AstaCera-Col collagen drink Mary Jardin ada Ceramosides™ ni. Saaaangaaattt bagus!

Bila lagi nak rasa produk Malaysia yang bertaraf antarabangsa pada harga mampu milik?

Jom order sekarang pada harga jimat RM40! Stok TERHAD!πŸ˜‰





APA CERITA ACEROLA?
Pernah dengar?
Ya. Sememangnya buah Acerola atau nama lain nya Cherry Barbados, sangat jarang didengar.
Ia berasal dari pedalaman hutan Amazon di Amerika Selatan. Walaupun nama nya kurang popular, namun ia adalah buah yang mengandungi vitamin C yang sangat tinggi.
Apa khasiat buah Acerola ni ye? πŸ€”
Khasiat nya banyak! Antaranya:
 sebagai sumber antioksidan
 sebagai sumber tenaga
 pembentukan & pemeliharaan collagen
 mencerah & menganjalkan kulit
 melancarkan sistem pencernaan & metabolisma tubuh
 meningkatkan sistem imuniti
 menjaga kesihatan mata
 mencegah kanser
 menguatkan tulang
 menyehatkan mata
 menyehatkan jantung
Wow! Banyak kan kelebihan buah Acerola ni! πŸ˜
Yang paling best lagi, kita tak perlu susah payah meredah hutan Amazon yang nun jauh tu. Sebab, buah ni ada dalam AstaCera-Col collagen drink Mary Jardin! πŸ˜πŸ˜πŸ˜

Wahhhh..! Seronoknya
Dan yang paling untung lagi sekarang tawaran istimewa berganda dengan Double Celebration Promo! Penjimatan untuk AstaCera-Col sebanyak RM40!!!

Apa lagi! Jom rebut peluang sebab STOK TERHAD. Kalau tak rembat sekarang nanti selepas ni dah harga asal. Berkali-kali ganda kot harga asal tuπŸ˜‚