Selasa, 29 Ogos 2017

SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE 60

 2 hari lagi Hari Kemerdekaan yang ke-60 akan tiba.

Dah bersedia untuk menyambut hari  bersejarah ini?

Biasanya persediaan menyambut Hari Kemerdekaan ini atau pada tahun ini disebut Hari Kebangsaan mesti lebih hebat dan  bersemangat   di sekolah-sekolah kan?

Untuk tahun ini  kelas saya dalam persiapan membina Menara KLCC daripada botol air mineral. Pembinaan belum siap sepenuhnya lagi sebab kontraktor yang bercuti dulu. Sambut raya dan merdeka, katanya. hihi



Malaysia ni sebuah negara yang unik kan? 

Sesuai dengan tema Negaraku Sehati Sejiwa, kesepakatan dan perpaduan kaum yang wujud menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan istimewa.
Dan lagi satu disebabkan kepelbagaian kaum yang wujud dalam Malaysia inilah penyebab terwujudnya pelbagai bangsa, agama, adat, budaya, makanan, pakaian, bahasa, loghat dan sejarah. 


Okay lah...
Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan Jalur Gemilang.

Jom kita hayati sama-sama maksud di sebalik warna pada Jalur Gemilang kita. Walaupun ramai yang dah tahu tapi tak salah kan kalau nak berkongsi ilmu.

Jalur Gemilang  yang kita sedia maklum mempunyai 4 warna utama iaitu merah, biru, putih dan kuning.



  • WARNA MERAH - Lambang kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.
  • WARNA PUTIH -  Lambang keluhuran dan keikhlasan dalam diri setiap rakyat.
  • WARNA BIRU - Lambang perpaduan hidup yang rukun dan damai.
  • WARNA KUNING -  Lambang kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Nampak kan?
Setiap warna tu dah ditentukan maksudnya. Jadi bila nampak je warna-warna ni,secara tak langsung maksud ke empat-empat maksud tersebut mesti terpahat kukuh dalam jiwa kita. 

Kita sanggup untuk menghadapi apa jua rintangan dengan ikhlas dan  tabah supaya kita dapat hidup dengan rukun dan damai dengan semangat setia kepada Raja dan Negara.
Haaa...gitewla ye kengkawan.


PROMO MERDEKA MARY JARDIN

Okay....bercerita tentang setia kepada negara, membeli produk buatan rakyat Malaysia juga salah satu sebagai tanda kita sedia dan ikhlas untuk berjuang kepada negara. Selagi ada produk rakyat tempatan yang setanding dengan produk luar negara, kenapa susah-susah membazir duit beli produk luar. Kualiti produk tempatan juga rasanya lebih lagi dari produk luar.

Siapa lagi nak support produk tempatan kalau bukan rakyatnya sendiri kan?

Bersempena dengan merdeka Mary Jardin produk penjagaan kulit muka berasaskan bahan organik mengadakan jualan promo merdeka. Bukan selalu promo ni nak diadakan. Mungkin tahun ni sahaja. Berbaloi-baloi menikmatinya.

Jom tinjau promosi merdeka dari Mary Jardin














JOM DAPATKAN PROMO PILIHAN ANDA SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen