Khamis, 8 Jun 2017

DETOX CLAY MASK

DETOX CLAY MASK


Pernahkah korang detox kulit sebelum ini? Jika tak pernah kenapa tidak mulakan sekarang? Mudah sahaja. Tak perlu habiskan puluhan atau ratusan ringgit untuk mendapatkan kulit cerah berseri. Nur dari dalam gitew orang kata. Tak perlu habiskan banyak masa juga kerana kita boleh buat di rumah sendiri sahaja. Menarik kan? JIMAT MASA JIMAT DUIT.

Detox Clay Mask dirumuskan dari khazanah alam semulajadi untuk menyahtoksik dan membersihkan kulit dari dalam. Pengelupasan yang ringan akan menyingkirkan sel-sel kulit mati dan ini dapat menggalakkan pembaharuan dan pembaikan sel kulit baru.

Selain itu, ianya kaya dengan vitamin dan nutrien. Sangat bermanfaat untuk kulit bermasalah dan lesu yang memerlukan belaian, rangsangan vitamin dan penghidratan.

Ianya juga memberikan perlindungan kulit melalui 3 tindakan hebat:

1. Pembersihan liang pori secara mendalam dan pengelupasan yang lembut.

2. Pembaharuan dan pembaikan kulit.

3. melembapkan dan mengurangkan kerengsaan dan sensitiviti kulit.

Bertindak sebagai masker yang akan menyerap semua kotoran di kulit dan mengekalkan kelembapan wajah, menjadikan kulit kembali muda remaja! Sape tak nak nampak awet muda kan? Umur 40 an dikata 25 lagi.

Claymask ni salah satu fungsinya adalah untuk detoks kulit. Dia akan menyedut toksin melalui kulit. Jadi kalau korang selalu pakai mekap atau skincare yang banyak kimia sebelum ni bolehla buat detox treatment kat kulit dengan pakai mask seminggu sekali.

Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit korang lebih licin, lebih cerah dan lebih bersih dari dalam.


KANDUNGAN BAHAN


ACTIVATED CHARCOAL
Bertindak mencuci pori, buang bintik hitam dan bintik putih.






PAPAYA EXTRACT
Membuang kulit kusam/sel kulit mati. Kulit akan cerah semulajadi dan tona lebih sekata. Membantu memperbaharui sel kulit dengan cara pengelupasan yang sangat halus. tanpa kesan menyakitkan.




OAT
Merawat jerawat dan inflammation.




FRENCH GREEN CLAY/ SEA CLAY
Bio-mineral yang mempunyai kuasa serapan yang tinggi yang akan bertindak seperti magnet. Apabila disapu pada permukaan wajah, FGC akan melekat kepada molekul toksin dan mengeluarkan toksin semasa cucian.


CARA PENGGUNAAN

Ambil satu sudu teh(sudu palstik) claymask

1. Campurkan dengan apa-apa bahan cecair lain seperti air kosong, madu, susu, yogurt asli.
2. Sapukan pada wajah, ratakan. Elakkan terkena kawasan sekitar mata dan mulut.
3. Cuci muka dengan air suam selepas 10-15 minit sebelum ianya kering sepenuhnya.
4. Gunakan bersama Luxury Soap dan Magic Portion sekali seminggu untuk hasil yang kebaboomm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen