Selasa, 14 November 2017

ASTACERACOL

Lagi tentang Miss Asta

Saksikan live video dari founder Mary Jardin Doktor Maryam Aziz tentang minuman kologen ini. Klik link dibawah ya

Tentang Astaceracol

Jumaat, 10 November 2017

PETUA CANTIK DENGAN KIUB AIS.

Kali ni saya nak share satu petua yang semua orang boleh buat kat rumah.

KIUB AIS! tau kan.

Sape kata kiub ais utk sejukkan tekak je ๐Ÿ˜‚

Untuk CANTIK pun boleh tau.

Ok, mai saya  share dengan korang 5 tips ni.

๐ŸŒธAIS boleh Merawat Masalah Jerawat.

Jerawatkan musuh utama kulit bagi wanita kan? Lelaki gak lah.
Tumbuh je, dah tak senang duduk. Kalau boleh tiap masa nak sentuh nak belek, betul kan ?๐Ÿ˜…

Ok, cara dia senang je, korang ambil beberapa ketul ais dan gosokkan dengan lembut pada  jerawat. InshaAllah, cara ni boleh bantu untuk kurangkan bengkak, kecutkan jerawat dan kesan kemerahan pada wajah.

Cuba tau!

๐ŸŒธAIS pun boleh mengecilkan Liang Pori.

Ha, yang ni pasti ramai suka kan. sebab boleh kecilkan liang-liang pori kat muka kita.

Cara dia sebelum pakai make up, korang tekap-tekap dulu dengan ketulan ais yang telah dibalut dengan tuala kecil pada wajah untuk kurangkan saiz liang pori serta boleh jadikan make up kita tahan lebih lama.

Bestkan!๐Ÿ˜ƒ

๐ŸŒธAIS jugak boleh Kurangkan Mata Yang Sembab.

Kita bila tak cukup tido atau stress, mula lah bawah mata tu jadi sembab. Ada lingkaran gelap bawah mata, macam mata panda tu.๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚

Cara dia sila ambil beberapa ketulan ais, balut dengan tuala kecil. Just tekap di area bawah mata tu slow-slow sebab bawah mata tu sensatif sikit. Kesejukan ais tu akan menjadikan mata rasa lebih segar.

Cuba lah.

 ๐ŸŒธNak Kembalikan Kesegaran Wajah pun boleh dengan KIUB AIS ni.

Setiap kali korang menekap ais batu pada wajah, secara automatik dah membantu melancarkan  peredaran darah. So kesan sejuk tu akan buat muka akan rasa segar je.

Caranya, ambil beberapa ketul ais dan balutkan dengan tuala kecil. Tekapkan pada wajah beberapa minit sehingga terasa sejuk dan segar. Kena cuba tips ni.

๐ŸŒธKIUB AIS Pun boleh Melancarkan Peredaran Darah tau.

Korang just gosokkan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada keseluruhan wajah selama 1 minit. InshaAllah,  Cara ni akan dapat lancarkan lagi peredaran darah pada wajah dan kepala kita.

Cara ni sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan. Untuk hasil yang lebih sempurna, lakukan cara ini dengan lebih kerap. Suka la tu!!๐Ÿ˜„

Ok

Selamat mencuba dengan kasih sayang.

Jangan lupa promo November Mary Jardin sempena MJ Natural Beauty Fest 2017.

Semua item ada promo tau, samada belian secara loose item, atau secara set.

Semuanya berbaloi dimiliki.

Jangan lupa tau..

Preorder dibuka sekarang!!!






Ahad, 5 November 2017

APA YANG KULIT WAJAH ANDA BERHAK DAPAT DENGAN NILAI RM100

Korang tahu tak dengan nilai RM100 ni sebenarnya korang akan dapat
.
.
.
.
.
.
.
.
.Dapat apa ya?

Korang berhak dapat kulit wajah yang bebas jerawat, bebas minyak, bebas jeragat dan bebas kulit kusam.

Ha!!!!
Mesti tak percayakan?

Wajibla percaya ye kengkawan
Sebab dengan nilai RM100 ni korang akam dapat facial soap, face oil dan juga clay mask..

Selalu harga untuk 3 item ni RM170 tau...
Tapi sempena MJ Natural Beauty Fest 2017 ni harga 3 item ni korang boleh dapatkam dengan harga RM100 sahaja.

Haaa...
Jimat banyak kan.

Jom kita tengok macammana kelebihan 3 beradik ni yang korang berhak dapat

Kelebihan facial soap
1. Mencuci pori muka
2. Merawat radang
3. Merawat jerawat
4. Menyingkirkan toksin
5. Menyingkirkan kotoran
6. Menggalakkan pertumbuhan sel baru
7. Menanggalkan sel kulit mati
8. Merawat kegatan

Kelebihan face oil
1. Anti aging
2. Anti bakteria
3. Melembapkan kulit
4. Merawat kulit kering
5. Mengurangkan parut
6. Merawat kulit kusam
7. Merawat sunburn
8. Merawat jerawat
9. Ekzema

Kelebihan claymask
1. Mengecilkan liang pori
2. Menyingkirkan kotoran di bawah lapisan kulit wajah
3. Mengurangkan blackhead dan whitehead
4. Mencerahkan wajah
5. Membuang sel kulit mati
6. Membantu pertumbuhan kulit baru


Ha...
Itulah antara kelebihan yang terdapat pada 3 beradik ni

Nak tak kulit wajah cam mereka di bawah ni hanya dengan nilai RM100???








Kalau nak cepat-cepat la buat preorder ye
Sebelum 26 November tau๐Ÿ˜˜

Klik Sini sekarang tau








Khamis, 2 November 2017

KENALI KULIT WAJAH ANDA SEKARANG

KENALI KULIT WAJAH ANDA SEKARANG

Kajian menunjukkan ramai wanita yang beli produk penjagaan kulit, tetapi akhirnya ia tak sesuai pun dengan kulit sendiri. Sudahnya membazir, kalau lagi teruk kulit jadi semakin sensitif.


Kulit kita ni juga boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia sangat bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur,  dan juga perubahan hormon. Jadi kulit anda pada umur 15 tahun,  mungkin tidak akan sama dengan kulit anda pada umur 20, 30, atau 50 tahun.

Jom kenali jenis kulit:

Kulit normal

Ramai inginkan kulit jenis ini kerana senang sangat nak jaga.
Kulit normal adalah kulit yang kelihatan halus dan bersih.


Kulit berminyak

Biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka.
Kemungkinan bermasalah seperti jerawat akibat penyumbatan pada pori pori.
Ini kerana kalenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.


Kulit kering

Biasanya kurang berminyak atau lembap atau kedua duanya sekali.
Keadaan ini disebabkan oleh kalenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah kepada penghawa dingin, pembersih muka beralkali tinggi(boleh dikenalpasti dengan buih yang berlebihan), kurang minum air dan kesan ubat ubatan.



Kulit kombinasi

Kulit jenis ini adalah licin, lembut, dan lembap apabila disentuh.
Kadangkala kulit lebih kepada kering atau berminyak di bahagian zon T muka.



Kulit sensitif

Kulit jenis ini sangat peka dengan rangsangan luar.
Contohnya perubahan cuaca boleh menyebabkan kulit pecah, merah merah dan pedih.
Penggunaan kosmetik yang salah juga mempengaruhi kulit sensitif.



Sudah kenalpasti jenis kulit anda yang bagaimana? Jadi boleh lah dijadikan panduan untuk anda memilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit anda

MaryJardin
Pakar kecantikan kulit anda

Nantikan Promo November yang super awesome๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Natural Beauty Fest
25-26 November 2017
Hq Mary Jardin
Star Avenue
Subang




Khamis, 26 Oktober 2017

SELAWAT SA'ADAH

"Wahai Allah, rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah rahmat yang berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah".

Fadhilat Selawat Sa'Adah ( selawat kebahagiaan dunia akhirat

1. Terhapus dosa, tertutup aip
2. Hilangkan kesusahan, lapangkan rezeki
3. Terhindar dari orang yang bakhil.
4. Mudahkan jalan masuk Syurga
5. Dapat pujian seluruh makhluk langit dan bumi
6. Ditulis 10 kali kebajikan
7. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu sedekah
8. Menjadi zakat dan pembersih jiwa
9. Memperoleh petunjuk dan menghidupkan hati mati.
10. Tergolong dalam kalangan orang yang tidak lupakan Nabi SAW
11. Untuk hilangkan rasa dahaga dan panas di padang masyhar
12. Dapat teguhkan telapak kaki melalui titian sirat
13 Hajat, doa akan makbul

Selawat Sa'adah




#asmahrahman
#tulislah
#mjthechampion

Khamis, 19 Oktober 2017

PERKONGSIAN SURI RUMAH BONUS 5 ANGKA


Saya nak share sedikit hasil perkongsian hebat dari seorang suri rumah yang telah mendapat bonus sehingga 5 angka dalam Mary Jardin

Beliau adalah lulusan graduan UIA dalam bidang optpmetrik, namun setelah tamat belajar beliau terus mengikut suaminya bertugas di kedutaan Arab.

Namun apabila sekembalinya ke Malaysia, beliau mendapati bahawa kos sara hidup di Malaysia sangat tinggi berbanding semasa tinggal di sana. Maka oleh sebab itu beliau mula mencari-cari peluang menjalankan bisnes secara online.

Bermula dengan bermacam-macam bisnes, kerana  tiada bimbingan yang tepat dan betul. Beliau terus mencari bisnes yang sesuai dengan jiwa tapi mesti ada bimbingan dan sokongan yang padu. Akhirnya bertemu dengan Mary Jardin. Dan bermulalah perjalanan bisnes beliau ke arah kejayaan dan impian yang diangan-angankan.

Memang Mary Jardin tidak memerlukan agen nya menyimpan stok kerana sememangnya suri rumah ini tidak mempunyai lesen kereta dan tak tahu langsung memandu kereta. Dengan semangatnya yang luar biasa melayakkannya mencapai bonus 5 angka setelah hampir 9 bulan bersama Mary jardin.

Berikut merupakan antara perkongsian yang beliau berikan

Masa mula nak join bisnes atau nak mula, korang mula je dengan apa yang ada di tangan tapi cari sistem yang   betul, leader yang betul

Dan perlu tahu tujuan utama atau orang panggil BIG WHY

Big why ni kalau jelas, datang la badai kejap ribut pun dalm bisnes korang tetap teguh kat situ

Ada tu cakap je nak tolong mak ayah tapi sikit je dugaan kita da down sebulan

Tu nama nya bukan big why

Jangan buat buat ada big why

Betul betul dari hati korang

First tips ira boleh bagi kena ubah mindset berniaga

Mindset korang bisnes ni nak kaya?

Kalau nak kaya, lupakan je la

Sebab siapa target nak kaya je dengan biz, memang tak ke mana

Bisnes ni untuk bagi manfaat pada orang

Yang dalam bisnes kita ada rezeki orang lain

Orang bisnes tak leh fikir untung je

Dan bisnes takde yang cepat kaya


2. Jaga hubungan allah
Jaga hubungan dengan manusia

Spesifik apa yg kita nak

Dan korang kena ada team yg bg korang semangat

Bila korang down ke ada la tempat korang nak luahkan perasaan

Or kwn bisnes lain

Walaupun biz lain


Ok next tips kena ada strategic plan

Plan nak buat sales

Plan nak coaching team bisnes

Plan nak didik anak

Ni lebih kepada pengurusan masa

Bisnes vs anak vs family

Siapa pernah kena orang ke kwn ke pm cakap macam ni 'ko ni mmg aktif eh kat fb,mmg takde keje eh'

Izin n sokong dia bagi dan dia sokong tu dia tanya,dia bawakkan g seminar,dia jagakan anak kejap sementra kita g seminar bebrapa jam

Ira penah org mesej cakap gitu

Seolah olah surirumah ni keje dia main fb

Org nampak kita up status 6 kali ingat kita adap fb je

Ada la plan nya

Ada la strategi nya

Ira da plan nak post apa

Da set masa

Tibe masa post,lepas tu campak jauh jauh fon

Ada jadual

Mmg kena disiplin kan diri

Untuk strategic plan ni kena tulis

Buat plan

Nanti share satu jadual ira

Ok next korang kena selalu topup ilmu bisnes

Ilmu bisnes ni banyakk

Ada yang berunsur motivasi, ada yang teknikal

Ira jenis percaya bila kita nak berjaya dalam bisnes,hak anak jangan abaikan

Tunaikan anak punya hak

Didik anak

Tak kisah kita keje ke tak

Ada planning

So ada masa mmg ira lmbat jawab mesej sebab masa tu mmg tgh ajar anak ke aktiviti dengan anak

So ada org tanya ira apa tips berjaya

Ira rasa hak anak tu penting

Sebab bonda da buat revamp๐Ÿ’ช

Revamp segala benda

Revamp time management

Pengurusan rumah

Untuk permulaan sebab korang akan rasa takut je mula mula bila cust tanya tapi lmbt jawab

So buat je sampai orang keliling kita buka mata

So cabaran ni sentiasa ada dalam bisnes,cari je solusi

Be a giver

Jadi la org yg memberi

Selalu rasa nak bagi bagi bagi

Bagi ilmu

Bagi duit

Rezeki tak disangka ni bila kita dalam keadaan tawakal tertinggi pada allah

Jadilah orang suka memberi

Bagi je apa apa

Kena selalu positif dan tenang

Tenang ni ada cara dia

Orang yg tenang akan mudah lagi menjemput rezeki

Jangan dikejar kejar rezeki tu

Tenang je

Contoh org tak bape tenang

Asik la risau sale takde

Asik la risau sale jatuh

Asik la risau customer lari


Lastnya selalu la tiru orang berjaya buat apa

Tiru

Tapi bukan copy paste tau

Lepas tu tanamkan dalam diri perasaan nak grow selalu

Dari dropship sampai la stokis ke master stokis ke

Jangan berangan kat dropship je


Dan last finish strong

Buat sehabis baik

Masa tengah ajar agen, sepenuh perhatian

Masa tengah masak, sepenuh perhatian


Rabu, 18 Oktober 2017

4 FASA DALAM PROSES PENYEMBUHAN


Apabila kita bertukar produk skincare, khususnya kepada produk semulajadi/natural, 
akan ada sesetengah pengguna akan mengalami proses pemulihan (healing crisis). 
Sebenarnya tidak semua yang menyedari yang mereka mengalami proses healing crisis ini, 
ada yang tak jelas dan dan yang ketara. Yang ketara biasanya terjadi pada kulit jenis sensetif 
atau mereka yang ada alergik. 

Saya akan jelaskan 4 fasa proses healing crisis yang akan berlaku pada kulit kita. 
Proses ni dipanggil 4R. Jadi anda janganlah panik jika ianya berlaku ye ๐Ÿ™‚

1) Release –singkir
Pada awalnya,kulit kita akan singkirkan segala toxin yg terpendam selama ni. 
Masa fasa ni la gejala-gejala healing crisis berlaku.
Tempoh masa bergantung kepada jenis kulit dan juga bergantung kepada berapa lama toxin 
tu terpendam dalam kulit.
Biasanya berlaku pd 2-3 mggu awal. Paling lama proses ni berlaku selama 2bulan.

  2) Relax-rehat
Suatu fasa di mana kulit kita akan berehat back to normal setelah bekerja keras 
semasa fasa penyingkiran.

3) Revive-pulih
Fasa di mana kulit mengalami proses baik pulih sel-selnya secara semulajadi 
dari dalam dan luar.

4) Renew-ganti/pembaharuan
Sel-sel yang mati dan telah rosak akan digantikan dgn sel-sel baru yang lebih anjal 
dalam fasa ni. Biasanya, proses ganti kulit baru ni memakan masa selama 1-28 hari.
Maksudnya jika 4R proses ni berlaku dalam masa singkat ke atas seseorang, 
dalam bulan ke 2 or ke 3 barulah dia akan dapat hasil daripada fasa ke empat (renew) ni.

Tempoh 4R proses ni akan mengambil masa 2-6 bulan bergantung kepada 
jenis kulit seseorg. Dalam penggunaan MJ, kita boleh buat observation sikit. 

1) Jika pada fasa awal kulit cstomer kita tak ade perubahan or ada perubahan negatif, 
itu adalah petanda normal. 

2) Jika customer berhenti dalam bulan pertama penggunaan produk baru (mj) 
sebab tak tahan muka berlaku healing crisis, itu bermaksud toxinnya belum habis keluar lagi.
Jadi, kulit dia belum sempat untuk dipulihkan dan diganti dengan sel kulit baru. 
So,dia akan dapat kulit asal je. Hanya toxin je yang telah habis keluar dan tak ada 
dah kat kulit. Selalu kalau diorang berhenti masa ni, dia akan cakap ” 
tak nampak beza pun lepas pakai produk ni”, so sebenarnya dia yang rugi. 
Jadi bukan salah produk tapi sebenarnya fasa tu belum complete. 
Kesimpulannya, konsisten dan yakin dan sabar. lnsyaAllah masalah anda mampu dirawat. 
Ini adalah gambar testimoni seorang agent yang mengalami healing crisis, 
Siti Najwa Roslan. Anda boleh ke facebook beliau untuk lihat perkongsian 
dari beliau sendiri. 

Tips membantu cepatkan pemulihan healing crisis :
1. Pastikan anda minum air kosong secukupnya (sekurang-kurangnya 2L sehari)
2. Biarkan muka terdedah kepada cahaya matahari pagi. Matahari pukul 8-9 pagi. 
Selama 10-15 minit sahaja untuk kulit serap vitamin D
3. Teruskan pengambilan vitamin C secara konsisten.
4. Vitamin E (option)

SEMOGA MEMBANTU