KENALI KULIT WAJAH ANDA SEKARANG
Kajian menunjukkan ramai wanita yang beli produk penjagaan kulit, tetapi akhirnya ia tak sesuai pun dengan kulit sendiri. Sudahnya membazir, kalau lagi teruk kulit jadi semakin sensitif.
Kulit kita ni juga boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Ia sangat bergantung kepada tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, dan juga perubahan hormon. Jadi kulit anda pada umur 15 tahun, mungkin tidak akan sama dengan kulit anda pada umur 20, 30, atau 50 tahun.
Jom kenali jenis kulit:
Kulit normal
Ramai inginkan kulit jenis ini kerana senang sangat nak jaga.
Kulit normal adalah kulit yang kelihatan halus dan bersih.
Kulit berminyak
Biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka.
Kemungkinan bermasalah seperti jerawat akibat penyumbatan pada pori pori.
Ini kerana kalenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.
Kulit kering
Biasanya kurang berminyak atau lembap atau kedua duanya sekali.
Keadaan ini disebabkan oleh kalenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah kepada penghawa dingin, pembersih muka beralkali tinggi(boleh dikenalpasti dengan buih yang berlebihan), kurang minum air dan kesan ubat ubatan.
Kulit kombinasi
Kulit jenis ini adalah licin, lembut, dan lembap apabila disentuh.
Kadangkala kulit lebih kepada kering atau berminyak di bahagian zon T muka.
Kulit sensitif
Kulit jenis ini sangat peka dengan rangsangan luar.
Contohnya perubahan cuaca boleh menyebabkan kulit pecah, merah merah dan pedih.
Penggunaan kosmetik yang salah juga mempengaruhi kulit sensitif.
Sudah kenalpasti jenis kulit anda yang bagaimana? Jadi boleh lah dijadikan panduan untuk anda memilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit anda
MaryJardin
Pakar kecantikan kulit anda
Nantikan Promo November yang super awesomeππππ
Natural Beauty Fest
25-26 November 2017
Hq Mary Jardin
Star Avenue
Subang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah komen