Ahad, 23 Julai 2017

"KETAKUTAN LEBIH BERBAHAYA DARI SENJATA" - AESCHYLUS-

Peduli pada orang lain bermula dengan peduli pada diri sendiri.

Kuasai rasa takut. Rebut peluang yang ada.
Persaingan paling sengit ialah bersaing dengan diri sendiri

Semua perkara dapat diajar kepada sesiapa pun

Tanpa sebarang alasan
Tanpa ada gangguan
Tanpa dibelenggu kerisauan.

Diri sendiri sebenarnya yang menjadi musuh kepada diri  sendiri dan penghalang untuk kita berubah ke arah kebaikan.

Jom bebaskan diri dari musuh sendiri yang sering menjadi batu penghalang kita.

Diri sendiri adalah aset yang berharga yang telah Allah anugerahkan pada kita.

Tingkatkan aset diri sendiri
Sematkan dalam diri yang saya boleh buat.

Tanamkan dalam hati yang saya boleh dapat apa yang diimpikan

Suburkan dalam minda yang saya boleh atasi segala cabaran yang mendatang.

Semarakkan dalam jiwa yang saya boleh bebaskan diri dari belenggu perasaan dan emosi yang mengganggu

Akhir sekali beri rewards pada diri sendiri atas segala impian yang telah kita capai sehingga kini.

Dan anda akan merasa nikmatnya hidup
InsyaAllah aamiin

Tiada apa yang lebih penting kecuali diri sendiri untuk berjaya.

Kalau anak murid saya yang serba kekurangan mampu dan dapat melaksanakan apa yang disuruh buat ke arah kebaikan mereka, takkan la kita yang serba sempurna ini tak berani nak ambil peluang yang sama.

Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Tiada alasan untuk yang berjaya
Tiada kekangan untuk yang ingin mencipta kejayaan

Semua atas keyakinan pada diri sendiri dan pengharapan sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa

Jangan memandang dengan kaca mata yang gelap kerana kita tidak akan berani melangkah ke arah cahaya yang lebih cemerlang.

Renunglah matahari yang memancar dan yakinlah cahayanya akan sentiasa menyinari kita bagi mencapai kejayaan. Fikirkan perkara yang positif dan kejayaan yang dimiliki, bukan kegagalan.

Selamat malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen