Ramai orang kata wanita mempunyai kecantikan semulajadi apabila bangun dari tidur, tanpa mekap dan solekan.
Memang benar saat bangun tidur kulit wajah akan menunjukkan tekstur aslinya.
Pada waktu tidur proses meremajakan kulit berlaku kerana pada waktu inilah metabolisme tubuh dapat bekerja secara maksima.
Waktu tidur yang terbaik antara 11.00 malam hingga 2.30 pagi. Sekiranya dapat diamalkan setiap malam waktu tidur InsyaAllah kesihatan tubuh kita akan terpelihara dan kita juga mudah untuk bangun solat tahajud.
Bagaimana menjaga kulit agar kelihatan menawan saat bangun dari tidur?
1. Pertama sekali, yang paling penting sebelum tidur mestilah kita membersihkan wajah dari sisa kotoran, sisa mekap dan lain-lain.
Amalkan mencuci wajah dengan pembersih wajah atau mekap remover. Keringkan dan kemudian gunakan penyegar untuk mengurangi minyak atau menutup pori-pori wajah.
2. Rutinlah seminggu sekali menggunakan masker wajah dengan bahan alami, seperti masker tomato atau telur putih, khususnya bagi mereka yang kulit berminyak.
3. Jadikan sayuran segar sebagai menu wajib dalam hidangan setiap hari. Banyak nutrisi dan vitamin yang boleh didapati untuk manfaat kulit.
4. Amalkan posisi tidur yang tepat untuk mencegah kedutan wajah dan mata bengkak. Posisi tidur yang terbaik adalah mengiring ke kanan dan tidak membenamkan wajah ke bantal.
5. Menjaga kebersihan sarung bantal dan cadar juga adalah penting untuk mendapat kulit yang sihat.
6. Minum air masak yang cukup untuk membantu kulit nampak sihat dan bersih. Kekurangan air akan menyebabkan kulit jadi kering. Air putih akan melancarkan penyebaran nutrisi dalam tubuh dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.
7. Tidur dalam keadaan lampu dimatikan. Ini dapat membantu tubuh menjalankan tugasnya dengan baik.
8. Begitu juga handphone dan tv perlu ditutup untuk mengelakkan kulit terdedah kepada cahaya radiasi.
9. Tenangkan diri dan fikiran dari apa jua perkara. Setkan pada otak dan bersiap untuk dapat tidur yang nyenyak.😴😴😴
BE HAPPY
BE BRIGHT
BE YOURS
BE EXCLUSIVE
WITH MARYJARDIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah komen