Isnin, 20 November 2017

JANGAN ABAIKAN 3 TIPS PENTING INI APABILA ANDA MEMILIH PRODUK SKINCARE


Apabila kita membuat pilihan untuk memilih produk penjagaan kulit muka, maka perkara atau tips yang perlu diambil perhatian ialah



TIPS NO. 1 :

PILIH PRODUK SKINCARE YANG NATURAL-BASED

Sepanjang 9 bulan  menjadi agen Mary Jardin, saya telah berjumpa dengan ramai customer yang telah atau masih mengamalkan produk-produk yang mengandungi kimia beracun.

Mereka tak sedar bahawa pelbagai jenama popular yang kita biasa lihat di televisyen atau akhbar, adalah produk yang tidak selamat.

Mungkin mereka terpengaruh dengan iklan 'power' yang menjanjikan kesan pantas pemutihan kulit atau penyelesaian masalah kulit wajah dengan cepat.

Haish macam-macamlah iklan yang menjanjikan bulan dan bintang!
Jenis produk yang beriklan macam ni lah yang kita kena elakkan jauh-jauh.

Apa yang mereka claim itu benar-benar boleh berlaku, tapi ia berlaku dengan cara yang berbahaya.
Bahan kimia dalam produk-produk tersebut akan menghakis kulit wajah kita.

Memanglah kulit muka jadi licin dan flawless tapi lama-lama makin nipislah kulit kita.
Tu yang mula pedih bila kena matahari.


Beralihlah ke produk yang bahan-bahan semulajadi atau natural-based.
Bagaimana produk natural bertindak?

Produk natural seperti Mary Jardin bertindak merawat kulit wajah dari dalam.


Secara ringkasnya, kandungan bahan dalam Mary Jardin  ni sangat halus untuk ia mudah meresap ke dalam sel-sel kulit dan merawat kulit.

Contohnya dalam Face Oil mengandungi comedogenic rate yang sangat kecil atau rendah. Kandungan comedegenic rate argan oil dalam face oil ini ialah 0.

Maksudnya disini kandungan argan oil ni langsung tidak akan menyumbat liang pori kita. Comedegenic rate bagi minyak dalam face oil yang paling tinggi adalah 2 sahaja. Sangat rendah. Confirm tidak akan menyumbat liang pori.

Detox Clay Mask pula  akan bertindak menolak keluar segala kotoran dalam kulit wajah kita dan membaiki sel-sel kulit mati dan kusam. Digantikan dengan sel kulit sihat dan baru.

Tetapi semua proses ini mengambil masa. Tak adanya seminggu dua yo...




TIPS NO. 2 :

AMBIL TAHU LATARBELAKANG PENGASAS DAN PENGELUAR SESUATU PRODUK SKINCARE.

'SIAPA' pengasas sesuatu produk skincare adalah sangat penting.
Kat Malaysia ni bercambah pengasas skincare.

Kalau korang nak jadi pengasas skincare pun boleh !
Bukan susah pun, beli je produk timbang kilo dari negara jiran.
Kalau  tak tahu apa bahan-bahan dalam tu, takde beza pun  dengan pengasas-pengasas produk skincare yang lain.

Diorang pun tak tahu. Diorang pandai marketing je.

Jadi macam mana nak tahu sesuatu produk skincare tu benar-benar natural dan selamat?



Tengoklah siapa pengasasnya.
Macam Mary Jardin ni, ia diformulasikan sendiri oleh pengasasnya, Dr. Maryam al Batul Azizuddin.



SIAPA DR MARYAM?

Siapa PENGASAS Mary Jardin?
WHO is the FOUNDER of Mary Jardin?

Haaaaaa, korang tertanya-tanya tak siapa orang kuat di sebalik produk Mary Jardin yang letups ni?

Lets check it out!

Founder Mary Jardin is a Malaysian medical doctor named Dr.Maryam Al-Batul Azizuddin. Together with her husband, also a medical doctor, Dr.Muhammad a-Al-Athiq bin Marzuki.  They build this empire, MARY JARDIN. A local product with an international quality.

Jom kita kenali lebih dalam lagi siapakah gerangan Dr.Maryam ni.

🌷Top Scorer Medical Student UIAM Kuantan
🌷HO (Doktor Pelatih) di Hospital Sungai Buloh (HSB) selama 2 tahun
🌷MO (Doktor Perubatan Medical di HSB + Dermatology (unit bawah medical) di HSB selama setahun
🌷MO Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai selama 2 tahun
🌷Resigned dan full-time focus pada MJ

🔥3 tahun pengalaman bisnes online
🔥Proven track record sales 600K SEBULAN!
🔥Sales MJ 200K dalam masa 2 minggu selepas official launching
🔥 3 bulan pertama sales mencecah 1 juta
🔥Memiliki seramai 3.8k agents worldwide meliputi Malaysia, Riyadh, Korea, Australia, Turkey, Madinah, Singapore, Brunei. (pada 9 Ogos 2017)

It is a WOMEN's EMPOWERMENT.

Bukan sebarangan orang tau





TIPS NO. 3 :

BERSABAR DAN ISTIQOMAH MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK SKINCARE.

Antara soalan yang paling kerap ditanya pada saya oleh bakal pengguna Mary Jardin ialah

"Berapa lama ye nak nampak kesannya?"

Penggunaan skincare ini adalah satu 'game' yang panjang.
Jika korang telah jumpa satu produk skincare yang natural, gunakanlah ia untuk jangkamasa yang lama untuk mendapat hasilnya.
.
Berapa lama?
.
Soalan berapa lama memang tak ada jawapan tepat sebab MJ adalah produk natural.

Ia juga bergantung kepada banyak faktor. Jenis kulit, pemakanan, gaya hidup, macam-macamlah.

MJ akan  bertindak mengikut keadaan kulit seseorang. Kalau kulit  rosak teruk, lamalah sikit ambil masa nak 'repair'.
.
Macam saya sebelum ni, walaupun tak pakai mekap, tapi bila selalu berada di padang, selalu memasak dan menghadap api dapur, bahagian atas pipi dah mula gelap. Wajah jadi berminyak, nampak kusam.


Kebetulan saya ternampak post pasal MJ ni.
"Produk skincare keluaran DOKTOR UIA." Menarik ni.

Bila dah kaji dan puashati MJ ni natural dan dikeluarkan hasil R&D, terus daftar jadi agen dan beli basic set nya yang mengandungi sabun, face oil dan mask.
.
Kata stokis yang consult kan saya, permulaan ni kena buat waktu bertenang & cuci dulu kotoran yang ada diluar dan dalam kulit muka.
Berapa lama waktu bertenang ni?

Antara 2 minggu ke sebulan. Tapi nak betul-betul free dari bahan kimia yang tak elok untuk kulit muka lebih elok buat sebulan.
.
Waktu bertenang ni penting, supaya proses merawat nanti lebih mudah tanpa gangguan dari bahan kimia lain.

Permulaan yang effordable.  Boleh tahan dalam 3-4 bulan! Mask nya lagilah tahan samapi 8 bulan..


Masa first time pakai mask muka dengan Detox Clay mask, rasa sangat gatal muka ni, mungkin dia sedang menarik segala kotoran keluar. Blackhead dan whitehead tak tahulah dah berapa tahun berkumpul dalam liang roma berketul keluar.
.
Lepas tu terasa kulit muka bersih & lembut. Segar je rasa.


Lepas seminggu, kulit jadi kering, tegang & jerawat pasir pun ada keluar. Ni normal, sebab kotoran dalam kulit muka start dikeluarkan. Hebat betul!


Cukup sebulan pakai  saja kulit muka nampak lebih bersih, kurang berminyak, licin sedikit & pori pun ada yang dah tertutup sedikit. Kulit yang dulu kusam  dan gelap pun dah nampak cerah sikit. Jerawat pun dah kurang muncul.

Aish! hati meronta-ronta tak sabar nak pakai serum pulak. Bertambah rasa best guna MJ ni.

Serum untuk perlindungan dari sinar uv. Sebab dari sinar uv ni pun boleh timbulnya jeragat atau pigmentasi tau. Bila ada pelindung uv ni, tercover la muka kita dari pembentukan jeragat.

Pakai ikut peringkat bermula dengan face oil, sabun, mask dan akhir sekali serum.. Semua gap seminggu seminggu.

Kulit muka takde le jadi terkejut.


Lebihan minyak dah nampak berkurangan.
Kulit lebih lembut dan halus.
Makin bertambah jatuh cinta jadinya.


Nak guna pun senang sebab face oil dan serum cepat meresap ke dalam kulit. Tak sampai 10 minit dah settle guna sabun, face oil, mask dan serum.
Wangi lavender pulak tu.


Sekarang dah lebih 9 bulan saya guna MJ

Hasilnya?

Kulit saya yang berminyak  sangat dulu tu dah kurang, tiada lagi kusam dan cerah semula.
Liang pori yang besar di bahaguan dagu dah makin mengecil dan halus. Tiada lagi jerawat hinggap di bahagian tersebut.

Saya tak kisah sangat pun sebab dalam group telegram Mj memang kami diberitahu yang produk natural tindakannya memang lambat sedikit.

Dan dah banyak dah testimoni yang kami tengok.
Saya yakin kalau saya Istiqomah gunakan MJ, InsyaAllah masalah saya akan hilang sepenuhnya.

Mungkin lepas 3 bulan? 4 bulan?

Kenalah bersabar lebih sedikit.

Tak kisahlah yang penting masalah kulit muka saya hilang dengan cara yang selamat dan semulajadi demi nak dapat kecantikan sepanjang hayat.



Saya pernah tengok satu dokumentari pendek tentang satu jenama skincare popular dari Jepun ni.

Tak sebut nama pun rasa korang tahu kot.
Diorang uji keberkesanan produk diorang ke atas wanita

Jepun selama setahun!

Maksudnya dalam dunia skincare, penggunaan sesuatu jenama skincare selama setahun untuk mendapatkan kesannya adalah perkara biasa.

Jadi, janganlah tukar skincare sebulan sekali ya.
Kesian kulit muka kita.



Itulah kuasa Istiqomah.

Apalah sangat masa setahun dua yang kita ambil untuk bersabar untuk mendapat kulit wajah yang kekal cantik dan sihat selama 20-30 tahun lagi, kan?

Setahun dua tahun tu kalau nak dapat kulit betul-betul sihat dan cantiklah lah.

Kalau setakat nak kecilkan liang pori elak tempat pembiakan jerawat dan jeragat  macam saya, InsyaAllah 2-3 bulan  boleh hilang.

Itulah 3 tips penting yang perlu kita pertimbangkan semasa hendak memilih produk skincare.

Sekarang  dah tahu macam mana nak pilih produk skincare yang terbaik?

Saya harap korang dapat membuat pilihan yang bijak.



================================

Nak harga jimat terlajak murah MJ

Jangan lepaskan promo sempena Mary Jardin Natural Beauty Fest 2107 bulan ni

Tinggal 3 hari lagi promo

Grab yours now!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen