Memaparkan catatan dengan label Body Scrub. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Body Scrub. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Oktober 2017

PROMO OKTOBER ESSENTIAL SET DAN LAVENDER ROSES COLLECTION

PREORDER FOR OCTOBER

Wah MAAF Maryam terlupa nak announce promo Oktober! Sebabnya kami sibuk bermusafir hari ni balik ke Kedah untuk urusan 'audit' kilang esok. Tolong doakan urusan esok dipermudahkan

Disebabkan ramai tertunggu tunggu promo SERUM, bulan ni kami bawakan promo serum!

Harga biasa Serum RM150. Bulan ni jelitawan semua cuma perlu tambah RM49 untuk terus dapatkan ESSENTIAL SET yang eksklusif sangat3 ni!!!!

Dari harga asal RM250, Maryam nak bagi harga pengenalan RM199 sahaja!

Kotak Essential Set ni serius elegant sangat! Keras and sangat sesuai dijadikan hadiah/hantaran

Nanti dulu!!!!!

Maryam ada lagi satu offer tau 😍😍😍

Sebab terlalu ramai merindui Lavender Rose Collection, Oktober ni Maryam nak bagi promo juga tau! Korang boleh dapatkan set ni pada harga promosi RM149 sahaja! Harga asal RM170.

Macam biasa stok sangat limited. Kalau dah OOS jangan marah Maryam tau uhuhu. Limited sebab kilang kita macam nak meletup dah nak tampung permintaan yang luar biasa all-the-time. Secure your order fast k

Semua ni PREORDER. InsyaAllah akan dipos bermula 30 Oktober. Kalau kita dapat settlekan lebih cepat, kita pos terus k 🙂

P/s siapa perasan warna botol Face Oil kita yang baru?? 😊😊😊












Bila balik dari bercuti ni, otak Maryam kembali 'gila-gila'. Too much to do, too little time! Kami mulakan tahun kedua Mary Jardin dengan nafas baru. Packaging lebih gempak dan logo pun baru. 

Bersempena kita baru melangkah masuk tahun 2, kami meraikan semua #MaryJardinian dengan Promosi Essential Set RM199 sahaja (Harga asal RM250). Kita ada juga promosi Lavender Rose Collection dengan harga promosi RM149 (harga asal RM170)

Korang dah dapatkan stok terhad ni?? Jangan nangis pukul dinding k kalau stok dah habis 😁😁😁

Outlet #MaryJardin dan #MaryJardinLuxeLabel sedang under renovation. Penampilan lebih dramatik dengan konsep 'Secret Garden'. Serious Maryam tak sabar. Ada perabot yang dah sampai mungkin akan menyebabkan korang rasa macam tak nak balik dah dari outlet ni lepas ni!

Dewan #HildeClub - Jardin Royale Transformational Hall juga sedang berevolusi dan jadi hot stuff. Berebut rebut permintaan untuk disewa. Padahal kami sendiri pun x sempat nak fikir lagi nak sewakan pada harga berapa 😅😅😅 Credit to Yasir Ayeop yang sangat berusaha

Kilang #TheLuxeProduction juga tak kurang digilai. Kami sendiri tak sabar2 menunggu kelulusan GMP. Bukan awak2 sahaja ye. Rasa macam saban hari dihambat soalan "Dah boleh order ke?" Dari founder products. Sabar sayang2ku, kita sama2 berdoa cepat selesai, kita semua boleh share ok? Rasanya memang No 1 GMP factory for natural product in Malaysia. Kalau x natural kita tak layan tau, maaf 🙂 Terharu kepada insan2 ini yang sangat gigih Jannatul Izzati Nurul Aizzah Marzuki @ruwaida 

Farmhouse juga insyaAllah bakal dilancar tidak lama lagi. Memudahkan ibu ayah yang nak berkursus di dewan kita. Boleh tinggalkan anak dengan gembira bermain di Indoor Playland. Siap makanan sedap tau! Shepherd Pie yg sedap and more to come thanks to Amatullah Azizuddin , Asma' Azizuddin, Su Aryani

And I am so excited to announce that we are going to have our very own Natural Beauty Fest!!! Bila? Tunggu!!!

Irene Halimi
Munirah Azma
Asma Haslan

P/s korang boleh bayang ke camana Maryam nak tidur dah kalau berderet2 projek camni?? 😍😍😍

Sumber : FB Doktor Maryam Aziz


Ahad, 27 Ogos 2017

HARI-HARI KU INDAH BERSAMA MARY JARDIN

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Hmmmmm...segar, bersih dan sejuk udara pagi ni selepas hujan gerimis semalam. Titisan hujan dan embun pagi bagaikan  membersih segala debu kotoran di persekitaran.

Haruman bau lavender dari Body Scrub Mary Jardin sentuhan tangan Doktor Maryam membuat ku bingkas ke bilik air membersih dan menyegarkan diri walau udara di luar sejuk dingin menyelimuti diri. Haruman lavender budsnya sangat memanggil-manggil segera ke bilik air. Sentuhan garam himalaya ke kulit membantu menyingkirkan dan menyental daki yang melekat di badan. Seminggu sekali menikmati mandian bagaikan di spa, apa salahnya kan?



Segar, sejuk dan nyaman menyapa pipi. Tambah segar bila selesai cuci muka dengan sabun susu kambing Mary Jardin. Terasa kelembutan kulit wajah bak selembut dan sehalus sutera.



Begitu juga dengan kulit wajahku pagi ni. Terasa segar, bersih, nyaman, dan ringan. Sesegar embun membasahi bumi,  sebersih udara persekitaran, seringan helaian daun dan senyaman hembusan bayu pagi ini.

Hati ini terasa  bagaikan mendapat sentuhan pakar kecantikan bila wajah diusap dengan minyak ajaib yang tidak berminyak langsung. Lembut terasa kulit wajah tanpa kesan minyak.



Ditambah pula dengan kuasa serapan ajaib masker dari  arang hitam aktif membantu menarik segala debu dan kotoran yang menumpang di wajah seminggu ni.



Kuasa serum dengan perlindungan SPF 30 tambah meyakinkan penampilan diri. Tindakannya, kulit wajah terlindung dengan sempurna.



Hasilnya?

Hanya yang pernah mengalaminya yang tahu keadaan sebenar.

Dengan wajah kembali baru, ku ucap


                                                         "SELAMAT PAGI DUNIA"





Dari celahan tingkap terdengar kokokan ayam sahut-sahutan  setia menyambut kedatangan subuh dan kemunculan mentari setiap pagi. Setiap hari tanpa jemu, tanpa rasa letih dan lelah. Setia menjalankan tugasnya.

Begitulah kita sepatutnya, tanpa jemu, tanpa letih, tanpa lelah terus usaha dan usaha, terus berdoa agar mencapai matlamat hidup yang diimpikan. Jangan berhenti, jangan mengalah di tengah jalan.

Sebagaimana setianya ayam menanti pagi yang indah dengan penuh semangat dan meriah.

Jom  mulakan hari dengan penuh kecergasan dan semangat membara.
Sentuhan segelas Astacera-Col InsyaAllah membantu mengekalkan kecergasan sepanjang hari.




Malam hampir menjelma. Melabuhkan tirainya. Meninggalkan pagi untuk berganti hari yang berikutnya.

Pastinya udara petang tidak sesegar dan selembut hembusan bayu pagi tadi.
Tercemar dengan asap debu dan kenderaan serta bahan lain di udara. Berkumpul di segenap ruang persekitaran.

Namun yang menakjubkan kesan bermasker arang hitam aktif bersama minyak ajaib faceoil di wajah pagi tadi, masih terasa segarnya. Lembut halus kulit wajah bila di usap. Segar tanpa kesan melekit dan berminyak.

Sapuan terakhir dengan serum SPF 30 sebelum keluar rumah makan kenduri tengahari tadi membantu melindungi wajah hingga ke petang hari.

Agak melampau kenyataan ini kan?
Tapi percayalah hanya yang mengalaminya dan bersamanya akan merasa sebegini.

Inilah pengalaman indah  sehari-hari saya bersama Mary Jardin.


Dengan wajah yang masih segar ku ucap


                                                            "SELAMAT MALAM"