Hmmmmm...segar, bersih dan sejuk udara pagi ni selepas hujan gerimis semalam. Titisan hujan dan embun pagi bagaikan membersih segala debu kotoran di persekitaran.
Haruman bau lavender dari Body Scrub Mary Jardin sentuhan tangan Doktor Maryam membuat ku bingkas ke bilik air membersih dan menyegarkan diri walau udara di luar sejuk dingin menyelimuti diri. Haruman lavender budsnya sangat memanggil-manggil segera ke bilik air. Sentuhan garam himalaya ke kulit membantu menyingkirkan dan menyental daki yang melekat di badan. Seminggu sekali menikmati mandian bagaikan di spa, apa salahnya kan?
Segar, sejuk dan nyaman menyapa pipi. Tambah segar bila selesai cuci muka dengan sabun susu kambing Mary Jardin. Terasa kelembutan kulit wajah bak selembut dan sehalus sutera.
Begitu juga dengan kulit wajahku pagi ni. Terasa segar, bersih, nyaman, dan ringan. Sesegar embun membasahi bumi, sebersih udara persekitaran, seringan helaian daun dan senyaman hembusan bayu pagi ini.
Hati ini terasa bagaikan mendapat sentuhan pakar kecantikan bila wajah diusap dengan minyak ajaib yang tidak berminyak langsung. Lembut terasa kulit wajah tanpa kesan minyak.
Ditambah pula dengan kuasa serapan ajaib masker dari arang hitam aktif membantu menarik segala debu dan kotoran yang menumpang di wajah seminggu ni.
Kuasa serum dengan perlindungan SPF 30 tambah meyakinkan penampilan diri. Tindakannya, kulit wajah terlindung dengan sempurna.
Hasilnya?
Hanya yang pernah mengalaminya yang tahu keadaan sebenar.
Dengan wajah kembali baru, ku ucap
"SELAMAT PAGI DUNIA"
Dari celahan tingkap terdengar kokokan ayam sahut-sahutan setia menyambut kedatangan subuh dan kemunculan mentari setiap pagi. Setiap hari tanpa jemu, tanpa rasa letih dan lelah. Setia menjalankan tugasnya.
Begitulah kita sepatutnya, tanpa jemu, tanpa letih, tanpa lelah terus usaha dan usaha, terus berdoa agar mencapai matlamat hidup yang diimpikan. Jangan berhenti, jangan mengalah di tengah jalan.
Sebagaimana setianya ayam menanti pagi yang indah dengan penuh semangat dan meriah.
Jom mulakan hari dengan penuh kecergasan dan semangat membara.
Sentuhan segelas Astacera-Col InsyaAllah membantu mengekalkan kecergasan sepanjang hari.
Pastinya udara petang tidak sesegar dan selembut hembusan bayu pagi tadi.
Tercemar dengan asap debu dan kenderaan serta bahan lain di udara. Berkumpul di segenap ruang persekitaran.
Namun yang menakjubkan kesan bermasker arang hitam aktif bersama minyak ajaib faceoil di wajah pagi tadi, masih terasa segarnya. Lembut halus kulit wajah bila di usap. Segar tanpa kesan melekit dan berminyak.
Sapuan terakhir dengan serum SPF 30 sebelum keluar rumah makan kenduri tengahari tadi membantu melindungi wajah hingga ke petang hari.
Agak melampau kenyataan ini kan?
Tapi percayalah hanya yang mengalaminya dan bersamanya akan merasa sebegini.
Inilah pengalaman indah sehari-hari saya bersama Mary Jardin.
Dengan wajah yang masih segar ku ucap
"SELAMAT MALAM"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah komen