Jumaat, 1 Disember 2017

SALAM MAULIDUR RASUL 1439H

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa bakatuh

Salam sejahtera di hari Jumaat

SELAWAT MAULIDUR RASUL


‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi


‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu


‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat


‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa


‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat


‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat


‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh


‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan


‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi


‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya



Ustazah kata

Di Padang Mashar nanti Nabi Muhammad SAW akan beri syafaat kepada umatnya yang banyak berselawat kepada Baginda

Bagaimana Baginda dapat mengenalpasti umat yang banyak berselawat kepadanya dalam kumpulan   yang begitu ramai sekali umat manusia?

Jawapannya pada sinar cahaya yang terang benderang.

Umat yang paling banyak berselawat kepada Baginda semasa hidupnya akan memancarkan satu sinar cahaya yang terang benderang semasa di Padang Mashar tersebut dan akan kelihatan walaupun dari  jauh.

Perbanyakkan lah selawat kerana setiap amalan mahupun zikir kita ini akan melalui banyak tapisan sebelum diterima. Sekiranya kita tak ikhlas zikir itu akan tertolak. Sekiranya kita riya' amalan itu akan tertolak.

Tetapi SELAWAT ke atas baginda Rasulullah SAW biarpun dalam keadaan kita tidak ikhlas, riya bahkan kita ni ahli maksiat, selawat ini tetap diterima. Tetap akan sampai pada Rasullullah. Tak akan ditapis lagi.

MashaaAllah sebegitu hebat Allah kurniakan  buat baginda Rasulullah. Begitu Allah memuliakan baginda.

#SalamMaulidurRasul
#asmahrahman
#kelasmengajisenawang
#tulislah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen