Sempena Maulidur Rasul hari ini
Jom basahkan bibir dengan selawat dan lembapkannya dengan lipbalm Mary Jardin
Say No to PLUMBUM!
Say Yes to BEESWAX!
Ehemm, #lipbalm #MaryJardin mengandungi besswax jer tau and no plumbum.
Kena tau tu
Jom kita chitchat sikit perihal plumbum yang ramai anti sangat ni dan juga #besswax yang elok untuk bibir gadis-gadis dan mak gadis sekalilah.
Si lebah menghasilkan madu kan?
Tetapi lebah juga menghasilkan lilin alami atau biasa dikenali dengan BEESWAX. Lilin lebah ini ternyata sangat baik untuk mengatasi masalah bibir kering dan selalu membuat bibir kita terlihat lebih basah dan seksi.
Karena sifatnya lilin lebah adalah alami jadi sangat baik untuk merawat dan menjaga bibir anda terlihat segar dan basah. Kandungan pada Beeswax terbukti memberi kelembapan alami pada bibir.
Selain tidak menimbulkan alergi pada bibir, Beeswax juga dapat menyatu dengan berbagai bahan pembuatan kosmetik lainnya.
Beeswax berfungsi sebagai pelembap bibir dan , mengubati bibir kering. Dan yang paling utama Beeswax juga mengandungi vitamin A yang bermanfaat untuk melembutkan dan menyegarkan bibir serta membangun kembali sel kulit bibir.
Jangan lupa lipbalm mary jardin hanya menggunakan Besswax sahaja ye.
Sementara , plumbum pula merupakan bahan kimia yang telah digunakan berkurun-kurun lamanya. Ia di-klasifikasikan sebagai logam berat yang tidak mempunyai sebarang faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.
Bahaya ke Plumbum ni?
Ya, plumbum boleh menyebabkan masalah pembelajaran, kurang beri tumpuan, penguasaan bahasa dan tingkahlaku seperti lemah dalam pelajaran serta tabiat lebih agresif. Wanita hamil dan kanak-kanak kecil paling mudah terjejas.
Untuk wanita pula ia boleh menyebabkan kanser buah dada, masalah mandul, keguguran, menganggu sistem peredaran darah dan bengkak bibir yang serius
Mengapakah pumbum dimasukkan ke dalam lipticks/lipbalm?
Plumbum atau lead dimasukkan ke dalam lipbalm/lipbticks untuk menjaga agar bibir tahan pengoksidaan udara (oxidation), tahan air (waterproof) dan tahan lebih lama (long lasting) terutama yang berjenama dan diimport.
Pernah tak bibir korang jadi camni bila lama-lama pakai lips tu? Ni salah satu contoh la kesan logam plumbum yang paling ketara ada dalam lipstik @ gincu yang hari-hari kita guna .
Jelitawan sekalian, lipbalm Mary Jardin tiada plumbum ye jadi jangan risau lipbalm MJ tidak akan merosakkan bibir tetapi maintain lembap dan segar. Manis lagi ada😍
Harga berapa?
RM25 jerr
Selamat berlipbalm semua
#asmah
#mjthechampion
Memaparkan catatan dengan label semulajadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semulajadi. Papar semua catatan
Jumaat, 1 Disember 2017
BAHAYA PRODUK REBRAND
Bahaya Produk Rebrand
Sekarang ni antara isu yang sedang tular adalah kes skincare yang dulunya gah tapi dah terbukti mengandungi bahan-bahan yang bahaya dan merosakkan kulit.
Saya yakin, ramai yang sedia maklum dengan kewujudan skincare rebrand (penjenamaan semula) dan krim kilo, tapi berdasarkan komen-komen di kebanyakkan pos yang tular di media sosial sekarang, nampaknya masih ramai juga yang tidak terdedah dengan hal ini.
Apa itu Krim Kilo?
Krim Kilo ni rakan-rakan, adalah krim-krim kecantikan yang dihasilkan di negara jiran, dan jual secara kilo, timbang kati, untuk dibeli oleh golongan yang ingin jadi jutawan skincare dalam masa yang singkat.
Rakan-rakan boleh buat carian #krimkilo di instagram, dan ribuan gambar akan muncul. Boleh lah kamu semua saksikan sendiri rupa krim-krim tersebut yang dijual dalam tub plastik, ikat jerut macam tu sahaja tanpa sebarang perlindungan. Boleh tengok sendiri juga kepelbagaian warna krim-krim tersebut. Merah jambu, hijau, jingga, semua ada. Pencuci muka papaya? Ya, boleh beli kilo-kilo juga. Jual dalam botol besar sahaja. Sabun? Hah, pilih la nak warna apa, siap tabur serbuk kilat-kilat lagi.
1. Kebanyakan founder skincare akan kata, “produk kami diformulasi oleh pakar” atau seangkatan dengannya. Tapi kalau betul diformulasi secara bertauliah, di mana kilangnya? Di mana makmalnya? Memang la tak berani letak alamat kilang dan sebagainya, sebab memang tak ada pun. Duduk bersila di ruang tamu, cedok krim entah lah dengan utensil apa, masukkan dalam bekas (yang boleh dibeli secara borong di atas talian), lekat sticker, siap! Satu kilo krim dibeli dengan harga RM500 (ada pelbagai harga.
Foundation selalunya lebih mahal), tapi repack semula dalam bekas 5gm, boleh dapat 200 bekas. Satu bekas jual RM28, dapat RM5600. Ya, untung sehingga RM5100, baru untuk satu jenis krim. Kalau jual sebekas tu RM35, kan dah beribu-riban keuntungan? Kalau jual satu set? Krim siang, krim malam, pencuci muka, sabun sebiji, memang la kau jutawan dah. Sekarang dah faham kan kenapa orang sanggup beli krim kilo dan pasarkan di Malaysia?
2. Dah banyak kali kan kita baca berita pasal local skincare yang bila kita berhenti pakai, tiba-tiba jerawat naik penuh muka. Banyak kali jugak terbukti ada bahan merbahaya seperti mercury dan sebagainya. Kenapa nak pakai lagi?
3. Pengasas produk rebrand sangat gemar mempromosi produk mereka sebagai “100% natural”. Tapi kalau dah warna sampai jingga terang benderang tu, natural apa nya lagi? Asal ada bendasing, mana boleh kata “natural”. Berdosa menipu pelanggan.
4. Sabun natural? Sabun, jika dibuat menggunakan “fragrance oil”, memang tidak natural ya. Tapi kesemua sabun krim kilo menggunakan fragrance oil, kerana fragrance lebih murah. Sebotol RM5 boleh buat 100 biji sabun. So berapa sen sangatlah harga sebiji sabun yang korang beli dgn harga RM10 (ada juga yang jual dengan harga RM50 ya Allah) tu. Sabun natural, dibuat menggunakan essential oil, yang harganya boleh mencecah RM80 sebotol. Sebab tu sabun natural mahal ya. Itu harga kualiti dan keselamatan.
5. Cara pengasas handle produk pun tidak terjamin. Kalau dibuat di kilang pun kadang-kadang masih diragui, apatah lagi yang dicedok menggunakan sudu sahaja di rumah, kan lebih ngeri?
6. Tarikh luput produk pula bagaimana? Produk skincare yang berjenama selalunya tarikh luput dikira 12 atau 18 bulan dari hari penutup dibuka. Tapi kalau produk krim kilo? Tarikh pengasah bukak plastik kah? Bukak tutup bukak tutup beg plastik tu nak cedok krim (ya lah, tak ada kilang atau makmal), tarikh mana ya yang para pengguna patut ikut?
7. Ada pengasas yang sentap. Katanya pengguna berkira, pengguna tak mahu support produk tempatan yang tiada nombor KKM. Kepada pengasas sekalian, selipar kalau putus, kita boleh beli baru. Tapi muka ada satu saja. Kalau rosak, siapa nak ganti? Sebab tu semua orang berhati-hati dan berkira dan beli produk yang tiada kelulusan.
8. Jangan ingat skincare sahaja dijual secara timbang kati. Kosmetik juga ya. Nama pun entah apa2. Hanya produk rebrand boleh buat perkara macam ni. Jenama dan syarikat yang betul-betul wujud akan ada orang yang betulkan nama yang dipilih sebelum dipasarkan.
9. “Kalau ada KKM, boleh percaya la kan?” Saya nasihatkan, jangan pernah henti berhati-hati. Sebab semua krim yang tiba-tiba terbukti ada mercury, satu ketika dulu ada KKM juga. Beli lah jenama yang memang dikenali dan terbukti selamat.
9. Krim kilo, juga dikenali sebagai local skincare (bukan semua ya) memang berleluasa di Malaysia. Cara nak kenal? Selalunya ada krim siang, krim malam, sabun sebiji, kadang-kadang tambah serum, facial cleanser, dan semuanya berwarna-warni. Mohon hati-hati ya, di negara lain tak ada krim siang malam ni. Nama brand pun, tak terbanding dengan jenama yang dah kukuh. Kalau dah ada brand dengan nama yang diyakini stabilnya, kenapa nak beli yang nama pun nampak sangat sambil-sambil tidur ja pilih? Siap salah tatabahasa lagi.
10. Nak sokong produk tempatan? Beli lah yang memang selamat, yang dijual di farmasi dan drugstore (watsons, guardian). Ada sebab kenapa krim kilo tak dapat dipasarkan di farmasi atau drugstore. Farmasi dan drugstore tentu ada piawaian tersendiri dan tak mungkin memasarkan produk sebarangan yang bahaya.
Jadilah pengguna yang bijak. Dah terlampau banyak kes salah pakai skincare. Beli lah yang dijual di farmasi dan drugstore, dijamin selamat. Bukanlah tujuan saya untuk menutup periuk nasi para pengasas skincare krim kilo, tapi hanya ingin membantu rakan-rakan supaya tidak terjebak dengan produk-produk yang membahayakan kulit dan kesihatan.
Terima kasih.
Isnin, 20 November 2017
JANGAN ABAIKAN 3 TIPS PENTING INI APABILA ANDA MEMILIH PRODUK SKINCARE
Apabila kita membuat pilihan untuk memilih produk penjagaan kulit muka, maka perkara atau tips yang perlu diambil perhatian ialah
TIPS NO. 1 :
PILIH PRODUK SKINCARE YANG NATURAL-BASED
Sepanjang 9 bulan menjadi agen Mary Jardin, saya telah berjumpa dengan ramai customer yang telah atau masih mengamalkan produk-produk yang mengandungi kimia beracun.
Mereka tak sedar bahawa pelbagai jenama popular yang kita biasa lihat di televisyen atau akhbar, adalah produk yang tidak selamat.
Mungkin mereka terpengaruh dengan iklan 'power' yang menjanjikan kesan pantas pemutihan kulit atau penyelesaian masalah kulit wajah dengan cepat.
Haish macam-macamlah iklan yang menjanjikan bulan dan bintang!
Jenis produk yang beriklan macam ni lah yang kita kena elakkan jauh-jauh.
Apa yang mereka claim itu benar-benar boleh berlaku, tapi ia berlaku dengan cara yang berbahaya.
Bahan kimia dalam produk-produk tersebut akan menghakis kulit wajah kita.
Memanglah kulit muka jadi licin dan flawless tapi lama-lama makin nipislah kulit kita.
Tu yang mula pedih bila kena matahari.
Beralihlah ke produk yang bahan-bahan semulajadi atau natural-based.
Bagaimana produk natural bertindak?
Produk natural seperti Mary Jardin bertindak merawat kulit wajah dari dalam.
Secara ringkasnya, kandungan bahan dalam Mary Jardin ni sangat halus untuk ia mudah meresap ke dalam sel-sel kulit dan merawat kulit.
Contohnya dalam Face Oil mengandungi comedogenic rate yang sangat kecil atau rendah. Kandungan comedegenic rate argan oil dalam face oil ini ialah 0.
Maksudnya disini kandungan argan oil ni langsung tidak akan menyumbat liang pori kita. Comedegenic rate bagi minyak dalam face oil yang paling tinggi adalah 2 sahaja. Sangat rendah. Confirm tidak akan menyumbat liang pori.
Detox Clay Mask pula akan bertindak menolak keluar segala kotoran dalam kulit wajah kita dan membaiki sel-sel kulit mati dan kusam. Digantikan dengan sel kulit sihat dan baru.
Tetapi semua proses ini mengambil masa. Tak adanya seminggu dua yo...
TIPS NO. 2 :
AMBIL TAHU LATARBELAKANG PENGASAS DAN PENGELUAR SESUATU PRODUK SKINCARE.
'SIAPA' pengasas sesuatu produk skincare adalah sangat penting.
Kat Malaysia ni bercambah pengasas skincare.
Kalau korang nak jadi pengasas skincare pun boleh !
Bukan susah pun, beli je produk timbang kilo dari negara jiran.
Kalau tak tahu apa bahan-bahan dalam tu, takde beza pun dengan pengasas-pengasas produk skincare yang lain.
Diorang pun tak tahu. Diorang pandai marketing je.
Jadi macam mana nak tahu sesuatu produk skincare tu benar-benar natural dan selamat?
Tengoklah siapa pengasasnya.
Macam Mary Jardin ni, ia diformulasikan sendiri oleh pengasasnya, Dr. Maryam al Batul Azizuddin.
SIAPA DR MARYAM?
Siapa PENGASAS Mary Jardin?
WHO is the FOUNDER of Mary Jardin?
Haaaaaa, korang tertanya-tanya tak siapa orang kuat di sebalik produk Mary Jardin yang letups ni?
Lets check it out!
Founder Mary Jardin is a Malaysian medical doctor named Dr.Maryam Al-Batul Azizuddin. Together with her husband, also a medical doctor, Dr.Muhammad a-Al-Athiq bin Marzuki. They build this empire, MARY JARDIN. A local product with an international quality.
Jom kita kenali lebih dalam lagi siapakah gerangan Dr.Maryam ni.
🌷Top Scorer Medical Student UIAM Kuantan
🌷HO (Doktor Pelatih) di Hospital Sungai Buloh (HSB) selama 2 tahun
🌷MO (Doktor Perubatan Medical di HSB + Dermatology (unit bawah medical) di HSB selama setahun
🌷MO Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai selama 2 tahun
🌷Resigned dan full-time focus pada MJ
🔥3 tahun pengalaman bisnes online
🔥Proven track record sales 600K SEBULAN!
🔥Sales MJ 200K dalam masa 2 minggu selepas official launching
🔥 3 bulan pertama sales mencecah 1 juta
🔥Memiliki seramai 3.8k agents worldwide meliputi Malaysia, Riyadh, Korea, Australia, Turkey, Madinah, Singapore, Brunei. (pada 9 Ogos 2017)
It is a WOMEN's EMPOWERMENT.
Bukan sebarangan orang tau
TIPS NO. 3 :
BERSABAR DAN ISTIQOMAH MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK SKINCARE.
Antara soalan yang paling kerap ditanya pada saya oleh bakal pengguna Mary Jardin ialah
"Berapa lama ye nak nampak kesannya?"
Penggunaan skincare ini adalah satu 'game' yang panjang.
Jika korang telah jumpa satu produk skincare yang natural, gunakanlah ia untuk jangkamasa yang lama untuk mendapat hasilnya.
.
Berapa lama?
.
Soalan berapa lama memang tak ada jawapan tepat sebab MJ adalah produk natural.
Ia juga bergantung kepada banyak faktor. Jenis kulit, pemakanan, gaya hidup, macam-macamlah.
MJ akan bertindak mengikut keadaan kulit seseorang. Kalau kulit rosak teruk, lamalah sikit ambil masa nak 'repair'.
.
Macam saya sebelum ni, walaupun tak pakai mekap, tapi bila selalu berada di padang, selalu memasak dan menghadap api dapur, bahagian atas pipi dah mula gelap. Wajah jadi berminyak, nampak kusam.
Kebetulan saya ternampak post pasal MJ ni.
"Produk skincare keluaran DOKTOR UIA." Menarik ni.
Bila dah kaji dan puashati MJ ni natural dan dikeluarkan hasil R&D, terus daftar jadi agen dan beli basic set nya yang mengandungi sabun, face oil dan mask.
.
Kata stokis yang consult kan saya, permulaan ni kena buat waktu bertenang & cuci dulu kotoran yang ada diluar dan dalam kulit muka.
Berapa lama waktu bertenang ni?
Antara 2 minggu ke sebulan. Tapi nak betul-betul free dari bahan kimia yang tak elok untuk kulit muka lebih elok buat sebulan.
.
Waktu bertenang ni penting, supaya proses merawat nanti lebih mudah tanpa gangguan dari bahan kimia lain.
Permulaan yang effordable. Boleh tahan dalam 3-4 bulan! Mask nya lagilah tahan samapi 8 bulan..
Masa first time pakai mask muka dengan Detox Clay mask, rasa sangat gatal muka ni, mungkin dia sedang menarik segala kotoran keluar. Blackhead dan whitehead tak tahulah dah berapa tahun berkumpul dalam liang roma berketul keluar.
.
Lepas tu terasa kulit muka bersih & lembut. Segar je rasa.
Lepas seminggu, kulit jadi kering, tegang & jerawat pasir pun ada keluar. Ni normal, sebab kotoran dalam kulit muka start dikeluarkan. Hebat betul!
Cukup sebulan pakai saja kulit muka nampak lebih bersih, kurang berminyak, licin sedikit & pori pun ada yang dah tertutup sedikit. Kulit yang dulu kusam dan gelap pun dah nampak cerah sikit. Jerawat pun dah kurang muncul.
Aish! hati meronta-ronta tak sabar nak pakai serum pulak. Bertambah rasa best guna MJ ni.
Serum untuk perlindungan dari sinar uv. Sebab dari sinar uv ni pun boleh timbulnya jeragat atau pigmentasi tau. Bila ada pelindung uv ni, tercover la muka kita dari pembentukan jeragat.
Pakai ikut peringkat bermula dengan face oil, sabun, mask dan akhir sekali serum.. Semua gap seminggu seminggu.
Kulit muka takde le jadi terkejut.
Lebihan minyak dah nampak berkurangan.
Kulit lebih lembut dan halus.
Makin bertambah jatuh cinta jadinya.
Nak guna pun senang sebab face oil dan serum cepat meresap ke dalam kulit. Tak sampai 10 minit dah settle guna sabun, face oil, mask dan serum.
Wangi lavender pulak tu.
Sekarang dah lebih 9 bulan saya guna MJ
Hasilnya?
Kulit saya yang berminyak sangat dulu tu dah kurang, tiada lagi kusam dan cerah semula.
Liang pori yang besar di bahaguan dagu dah makin mengecil dan halus. Tiada lagi jerawat hinggap di bahagian tersebut.
Saya tak kisah sangat pun sebab dalam group telegram Mj memang kami diberitahu yang produk natural tindakannya memang lambat sedikit.
Dan dah banyak dah testimoni yang kami tengok.
Saya yakin kalau saya Istiqomah gunakan MJ, InsyaAllah masalah saya akan hilang sepenuhnya.
Mungkin lepas 3 bulan? 4 bulan?
Kenalah bersabar lebih sedikit.
Tak kisahlah yang penting masalah kulit muka saya hilang dengan cara yang selamat dan semulajadi demi nak dapat kecantikan sepanjang hayat.
Saya pernah tengok satu dokumentari pendek tentang satu jenama skincare popular dari Jepun ni.
Tak sebut nama pun rasa korang tahu kot.
Diorang uji keberkesanan produk diorang ke atas wanita
Jepun selama setahun!
Maksudnya dalam dunia skincare, penggunaan sesuatu jenama skincare selama setahun untuk mendapatkan kesannya adalah perkara biasa.
Jadi, janganlah tukar skincare sebulan sekali ya.
Kesian kulit muka kita.
Itulah kuasa Istiqomah.
Apalah sangat masa setahun dua yang kita ambil untuk bersabar untuk mendapat kulit wajah yang kekal cantik dan sihat selama 20-30 tahun lagi, kan?
Setahun dua tahun tu kalau nak dapat kulit betul-betul sihat dan cantiklah lah.
Kalau setakat nak kecilkan liang pori elak tempat pembiakan jerawat dan jeragat macam saya, InsyaAllah 2-3 bulan boleh hilang.
Itulah 3 tips penting yang perlu kita pertimbangkan semasa hendak memilih produk skincare.
Sekarang dah tahu macam mana nak pilih produk skincare yang terbaik?
Saya harap korang dapat membuat pilihan yang bijak.
================================
Nak harga jimat terlajak murah MJ
Jangan lepaskan promo sempena Mary Jardin Natural Beauty Fest 2107 bulan ni
Tinggal 3 hari lagi promo
Grab yours now!!!!!
Jumaat, 22 September 2017
SALAM MAAL HIJRAH 1439
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Salam Maal Hijrah
*Bicarahati memasuki tahun baru hijrah*
Allahumma ya Muqaddim ya Muakhir Engkaulah yg Memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu. Daku mohon kepadaMu ya 'Afuww ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, maafkanku, ampunkan dosa2ku, terimalah taubatku. Bersihkan dan jernihkan hatiku.
Ya Allah ya Baatin padamkan segala catitan keburukanku. Ya Muakhir ya Mumit daku mohon diakhiri dn dilenyapkan segala akhlak buruk dalam diriku.
Ya Muqaddim ya Barr izinkanku untuk memasuki tahun baru ini dengan permulaan yang baik. Alirkanlah 99 energi Asmaul Husna Mu ke dalam setiap sel2, urat saraf, sel neuron dan DNA ku agar daku dapat menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahMu dengan lebih cemerlang di sisiMu.
Ya Fattah ya Waasi' ya Baasit bukakan jalan seluas-luasnya untuk kami berhijrah ke arah mentaatiMu sebulat hati kami. Ya Waliy ya Mu'id bantu kami untuk memperbaiki amal ibadah kami dan hubungan kami denganMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud. Ya Fattah kurniakan kami hijrah yang cemerlang sepertimana hijrah Rasulullah saw dari mekah ke madinah.
Allahumma ya 'Adzim ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin kurniakan kami jiwa yang berani dan kental dalam mengharungi ujian dalam kehidupan ini. Keberanian dan kekuatan membela agamaMu seperti yang kau berikan kepada saidina ali ketika menggantikan tempat tidur baginda Rasulullah saw.
Allahumma ya Ahad ya Wahid ya Somad kurniakan kami hati yang bergantung penuh kepadaMu yang Maha esa dan Maha tunggal sebagaimana kuatnya kebergantungan Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan hijrah.
Allahumma ya Nuur ya hadi ya Haq pancarkan cahaya kebenaranMu ke dalam jiwaku dan kurniakan kami semangat dan kekuatan dan Ba'its ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw menyampaikan kebenaran.
#asmahrahman
#blossombelle
#tulislah
Salam Maal Hijrah
*Bicarahati memasuki tahun baru hijrah*
Allahumma ya Muqaddim ya Muakhir Engkaulah yg Memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu. Daku mohon kepadaMu ya 'Afuww ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, maafkanku, ampunkan dosa2ku, terimalah taubatku. Bersihkan dan jernihkan hatiku.
Ya Allah ya Baatin padamkan segala catitan keburukanku. Ya Muakhir ya Mumit daku mohon diakhiri dn dilenyapkan segala akhlak buruk dalam diriku.
Ya Muqaddim ya Barr izinkanku untuk memasuki tahun baru ini dengan permulaan yang baik. Alirkanlah 99 energi Asmaul Husna Mu ke dalam setiap sel2, urat saraf, sel neuron dan DNA ku agar daku dapat menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahMu dengan lebih cemerlang di sisiMu.
Ya Fattah ya Waasi' ya Baasit bukakan jalan seluas-luasnya untuk kami berhijrah ke arah mentaatiMu sebulat hati kami. Ya Waliy ya Mu'id bantu kami untuk memperbaiki amal ibadah kami dan hubungan kami denganMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud. Ya Fattah kurniakan kami hijrah yang cemerlang sepertimana hijrah Rasulullah saw dari mekah ke madinah.
Allahumma ya 'Adzim ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin kurniakan kami jiwa yang berani dan kental dalam mengharungi ujian dalam kehidupan ini. Keberanian dan kekuatan membela agamaMu seperti yang kau berikan kepada saidina ali ketika menggantikan tempat tidur baginda Rasulullah saw.
Allahumma ya Ahad ya Wahid ya Somad kurniakan kami hati yang bergantung penuh kepadaMu yang Maha esa dan Maha tunggal sebagaimana kuatnya kebergantungan Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan hijrah.
Allahumma ya Nuur ya hadi ya Haq pancarkan cahaya kebenaranMu ke dalam jiwaku dan kurniakan kami semangat dan kekuatan dan Ba'its ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw menyampaikan kebenaran.
#asmahrahman
#blossombelle
#tulislah

