Jumaat, 22 September 2017

SALAM MAAL HIJRAH 1439

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Salam Maal Hijrah

*Bicarahati memasuki tahun baru hijrah*

Allahumma ya Muqaddim ya Muakhir Engkaulah yg Memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu. Daku mohon kepadaMu ya 'Afuww ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, maafkanku, ampunkan dosa2ku, terimalah taubatku. Bersihkan dan jernihkan hatiku.

Ya Allah ya Baatin padamkan segala catitan keburukanku. Ya Muakhir ya Mumit daku mohon diakhiri dn dilenyapkan segala akhlak buruk dalam diriku.

Ya Muqaddim ya Barr izinkanku untuk memasuki tahun baru ini dengan permulaan yang baik. Alirkanlah 99 energi Asmaul Husna Mu ke dalam setiap sel2, urat saraf, sel neuron dan DNA ku agar daku dapat menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahMu dengan lebih cemerlang di sisiMu.

 Ya Fattah ya Waasi' ya Baasit bukakan jalan seluas-luasnya untuk kami berhijrah ke arah mentaatiMu sebulat hati kami. Ya Waliy ya Mu'id bantu kami untuk memperbaiki amal ibadah kami dan hubungan kami denganMu ya Rahman ya Rahim ya Wadud. Ya Fattah kurniakan kami hijrah yang cemerlang sepertimana hijrah Rasulullah saw dari mekah ke madinah.

Allahumma ya 'Adzim ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin kurniakan kami jiwa yang berani dan kental dalam mengharungi ujian dalam kehidupan ini. Keberanian dan kekuatan membela agamaMu seperti yang kau berikan kepada saidina ali ketika menggantikan tempat tidur baginda Rasulullah saw.

Allahumma ya Ahad ya Wahid ya Somad kurniakan kami hati yang bergantung penuh kepadaMu yang Maha esa dan Maha tunggal sebagaimana kuatnya kebergantungan Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan hijrah.

Allahumma ya Nuur ya hadi ya Haq pancarkan cahaya kebenaranMu ke dalam jiwaku dan kurniakan kami semangat dan kekuatan dan Ba'its ya 'Aziz ya Qowiy ya Matin untuk meneruskan perjuangan Rasulullah saw menyampaikan kebenaran.

#asmahrahman
#blossombelle
#tulislah




2 ulasan:

  1. Salam Maal Hijrah ya Asmah, Semoga Allah swt berikan kita lebih banyak kebaikan dalam hari-hari yang mendatang :-)

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi singgah komen