Ahad, 11 Jun 2017

JANGAN BAZIRKAN WANG ANDA MEMBELI MJ JIKA BERNIAT UNTUK MENTERNAK JERAWAT DI WAJAH


Jerawat terhasil apabila liang pori kita tersumbat disebabkan sisa kotoran, minyak atau mekap. Bakteria dan kotoran dalam pori akan menghasilkan indlamnatory enzymes (radang berlaku).

Radang ini jika dibiarkan akan menjadi bernanah, merah, sakit dan akhirnya akan terbentuk jerawat.

Syukurlah di dalam Facial Soap Mary Jardin mengandungi zinc oxide yang bersifat anti radang. Fungsinya untuk mengelak daripada proses mula-mula kejadian jerawat iaitu pembetukan radang.

Gunalah facial soap MJ 2x sehari untuk mengelak radang bertukar menjadi jerawat besar.

Face Oil Mary Jardin pula berasaskan bahan@minyak semulajadi dan bukan bersifat krim atau lotion.

Ini kerana dalam krim atau lotion biasanya akan mengandungi minyak mineral, air dan wax(lilin). Lilin inilah yang akan menyumbatkan pori kita yang boleh menjerumuskan kearah pembentukan jerawat.

Tea tree dan jojoba oil dalam face oil pula dapat menghilangkan jerawat secara lebih efektif dan membuat jerawat lebih cepat kecut.

Tak percaya?

Cubalah letak sikit face oil pada jerawat yang sedang nak ranum sebelum tidur, InsyaAllah esok pagi dia malu nak keluar. Mungkin sebab silau matahari. 😂😂

Manakala Detox Clay Mask Mary Jardin pula bertindak sebagai detox atau bahasa mudah membuang toksik.

Bila kita tidak detox kulit wajah, sisa mekap, habuk, rokok, debu dll akan melekat pada kulit dan lama-lama akan terhasil jerawat.

DCM akan menarik dan menyerap kotoran dari bahagian bawah lapisan kulit melalui bahannya yang diimport khas iaitu bentonite clay dan french clay mask.

Selain menjalankan fungsi pembersihan yang mendalam DCM juga dapat membersihkan pori yang tersumbat.

Bila pori dah tak tersumbat, susahlah kotoran nak melekat, dan takde la tempat jerawat nak membiak.

Sebab itu saya kata jangan beli maryjardin kalau nak menternak jerawat!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen