Rabu, 7 Jun 2017

MARY JARDIN HANDCRAFTED LUXURY FACIAL SOAP


HAI,,,,Hari ini nak bercerita mengenai item yang terdapat di dalam Mary Jardin

Setakat hari ini Mary Jardin menyajikan empat item yang terbaik, terpilih, teristimewa dan tereklusif khas untuk wanita yang inginkan kulit wajah yang sihat, bersih, berseri dari dalam. Orang kata wanita yang nak nampak natural beauty, cantik tanpa sebarang makeup.

Apakah item-item itu?


HANDCRAFTED LUXURY FACIAL SOAP

Ok, pertama sekali di dalam setiap produk kecantikan mestilah kena ada pencuci muka kan? Ekslusifnya Mary Jardin, pencuci mukanya adalah dalam bentuk sabun. YA! SABUN BUKU. Bukan dalam bentuk krim atau tiub. Ekslusif kan?


APA ADA DALAM MARY JARDIN HANDCRAFTED LUXURY FACIAL SOAP?

Mary Jardin Handcrafted Luxury Facial Soap adalah hasil dari resepi tradisi dan ianya berfungsi untuk menulenkan dan melembapkan kulit.

Kandungan utama dalam facial soap ini mestilah susu kambing asli. 100% semulajadi. Ramai yang tahu kan bagaimana khasiat susu kambing membantu mengekalkan kelembapan pada kulit, dan membantu mengekalkan ketulenan pada kulit. Khasiat susu kambing juga mampu menggantikan sel kulit lama dengan sel kulit baru. Jadi WOW korang dapat kulit baru.

Selain itu, bahan lain dalam sabun ini ialah :
1. Bentonite clay untuk mencuci pori
2. Oat bertindak sebagai scrub/lulur yang menanggalkan sel kulit mati dan melembutkan kulit.
3. Honey untuk mengekalkan kelempaban semulajadi juga bersama olive oil dan susu kambing.
4. 4 jenis minyak tambahan yang mudah meresap ke dalam wajah untuk keseimbangan natural oil pada lapisan kulit. (palm oil, castor oil, castor oil dan lavender oil)

Juga mengandungi exfoliant semulajadi untuk menghilangkan kusam secara beransur-ansur, kulit yang tidak bermaya kepada baru, segar dan cantik..

Ianya diproses secara cold-pressed (proses paling lama antara cara penghasilan sabun), tiada kompromi founder dalam penghasilan terbaik. Pembuatan sabun ini sangat lama kerana perlu dijemur antara 4-6 minggu bagi memastikan sabun benar-benar keras dan semulajadi.





CARA PENGGUNAAN

Gunakan sehingga menghasilkan buih berkrim mewah dan licin pada muka. Bilas. Gunakan dua kali sehari untuk pengalaman yang menenagkan.



UNTUK SIAPA SABUN INI?

Sesuai untuk mereka yang bermasalah kulit kering, berminyak dan berjerawat, sensitif dan ekzema.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen