Rabu, 13 Disember 2017

BANANA PEELS AS BEAUTY SECRET

NAK BUAT APA DENGAN KULIT PISANG 🍌


Dah habis makan, buanglah dalam tong sampah kan?


STOP! JANGAN!! RUGINYA ANDA!!!


Actually kulit pisang ni banyak gunanya.
🍌Boleh buat kilat kasut. Gosok je kulit pisang dekat kasut, pastu lap dengan kain bersih

🍌Boleh putihkan gigi. Gosok je bahagian dalan pisang tu kat gigi lepas tu bilas. Ulang 1-2x sehari untuk gigi yang lebih putih

🍌Tapi yang paling best is it's one of the beauty secrets! Yang ni mesti ladies laju je nak tau ni.


Banana peels as BEAUTY SECRET:
🍌Merawat jerawat. Acne treatment. Gosok kulit pisang dekat bahagian terlibat, untuk beberapa minit, 3x sehari. Gosok lembut-lembut je tau for few minutes. Lepas tu bilas. InsyaAllah antioxidants and nutrients dalam peels tu akan mengurangkan breakout

🍌Mencerahkan kulit. Gosok bahagian dalam kulit pisang dekat muka, then bilas

🍌Mengurangkan kedutan. Gosok bahagian dalam kulit pisang dekat target area. Biar 30min sebelum bilas. Boleh jugak biar semalaman masa tidur

🍌Kurangkan puffy eyes. Biasanya orang guna timun kan..cuba try kulit pisang pulak. Just leave the peels on your eyes macam cucumber, then you'll have bright and freshened look!


Hehe apa lagi, kalau makan pisang tu, jangan buang dulu kulit dia. Tapi awak pun janganlah nak tunggu semalaman baru nak guna, tak bagus jugak. Dan janganla sebab nak kulit semata-mata, awak tak makan pun isinya.

Jom cari stock pisang😍

Selamat mencuba 😊

 I just love sharing beauty tips using commonly found ingredients in our kitchen. For this one, I've tried it on my acne and it seems to work wonder! 😄😄








FAKTA TENTANG FACE OIL YANG WAJIB ANDA TAHU

5 FAKTA FACE OIL YANG ANDA PERLU TAHU !
.

Face oil ternyata lebih cepat melembapkan kulit berbanding krim wajah.
.

Menggunakan minyak alami sebagai pelembab tubuh serta menyamarkan parut stretch mark sudah menjadi rawatan harian yang biasa dilakukan banyak wanita.
.

Tapi bagaimana penggunaan minyak untuk wajah?
Hmm, ternyata masih ramai wanita yang ragu memanfaatkan face oil sebagai rawatan wajah harian. Padahal, produk sebegini ada banyak manfaat yang baik untuk kesihatan wajah anda.
.

1. Sudah Digunakan Sejak Dahulu.
• Penggunaan face oil sebagai rawatan wajah memang mulai banyak dilakukan. Hal ini terlihat dari beberapa brand rawatan wajah mengeluarkan produk face oil. Sebenarnya memanfaatkan minyak alami sebagai rawatan sudah dilakukan dari dulu.
Di peradaban Mesir, para wanita terbiasa menggunakan minyak moringa serta campuran minyak biji tanaman dan peppermint untuk merawat kulit agar lebih halus.
.

2. Face Oil Dapat Digunakan Di Pagi Dan Malam Hari.
• Face oil juga bagus dipakai pada pagi hari bukan hanya pada malam hari saja. Di pagi hari cuba campurkan 1-2 titis face oil dengan pelembap wajah (nurul campurkan dengan soothing moisturizer) kesukaan anda untuk memberi kesan halus yang lebih maksimal.
.

Di malam hari sebelum tidur, hangatkan face oil pada jari tangan, lalu tekan-tekan (dap-dap) pada wajah yang telah dibersihkan sampai menyerap masuk ke dalam liang pori. Bersiaplah untuk merasakan kulit wajah yang lebih lembut keesokan paginya.
.

3. Face Oil Boleh Digunakan Oleh Semua Jenis Kulit.
• Face oil memiliki manfaat yang luar biasa untuk semua jenis kulit. Andai anda mempunyai kulit berminyak tetap sesuai untuk dipakai. Saat face oil terserap di kulit, produksi minyak alami tetap akan terkawal dengan baik. Keadaan kulit yang tetap lembap akan menghalangi kulit memroduksi minyak alami secara berlebihan.
.

4. Memiliki Daya Serap Yang Tinggi.
• Ada berbagai minyak digunakan sebagai serum wajah kerana sebenarnya face oil daya serap yang tinggi dan mampu memaksimalkan manfaat produk yang digunakan setelahnya. Face oil mampu membuat kandungan retinol, slycolid acid dan vitamin C bekerja lebih aktif hingga ke lapisan terdalam kulit sehingga produksi kolagen lebih aktif. Face oil digunkan sebagai serum juga mempercepatkan perbaikan kulit akibat bekas jerawat serta kesan buruk dari sinar matahari.
.

5. Kemampuan Melembapkan Lebih Tinggi Dibandingkan Krim Wajah.
• Tekstur minyak mampu bekerja dengan lebih cepat berbandingkan pelembap krim wajah. Sifatnya larut lebih cepat ketika masuk ke dalam kulit wajah membuat fungsi melembapkannya pun menjadi lebih efektif.
.

Akhir sekali, manfaatnya yang mampu melindungi wajah dari dehidrasi.



Sabtu, 2 Disember 2017

YEAR END SALE JIMAT RM70

YES❗ YES❗YES❗ MEGA YEAR END SALE KEMBALI❗

(SHARE & TAG family atau kawan-kawan kalau nak jimat tau, sebab EXTRA SAVING untuk pembelian ramai-ramai

FREE GIFT special  sempena YES

Sempena YEAR END SALE promosi Mary Jardin dilanjutkan untuk item berikut:

1. Basicset harga asal RM170. Kini jimat dengan pembelian RM100 SAHAJA.

2. Face oil, minyak untuk kecantikan pelbagai khasiat minyak semulajadi di dalamnya hanya RM45. Harga sebelum promo RM60

3. Facial Soap/ sabun muka hanya RM30. Normal price RM45.

4. Hand and body lotion. Sebelum promo RM45

5. Towel yang sangat lembut, menyerap kotoran dengan sentuhan microfibernya. Menyerap sehingga ke dalam liang roma. Hanya serendah RM4.50 sahaja

Jangan lepaskan peluang untuk membelai kulit wajah dengan bahan yang semulajadi, selamat dan halal.

Juga berpeluang memenangi lucky draw RM100 dengan setiap pembelian promo basic set kali ini

Wassup segera
Saya nak dapatkan Mary Jardin pada harga promo

Saya nak dapatkan Mary Jardin pada harga promo

Saya nak dapatkan Mary Jardin pada harga promo



Rebut segera peluang ini.












Jumaat, 1 Disember 2017

LIPBALM TANPA PLUMBUM

Sempena Maulidur Rasul hari ini
Jom basahkan bibir dengan selawat dan lembapkannya dengan lipbalm Mary Jardin

Say No to PLUMBUM!
Say Yes to BEESWAX!

Ehemm, #lipbalm  #MaryJardin mengandungi besswax jer tau and no plumbum.
Kena tau tu

Jom  kita chitchat sikit perihal plumbum yang ramai anti sangat ni dan juga #besswax yang elok untuk bibir gadis-gadis dan mak gadis sekalilah.

Si lebah menghasilkan madu kan?
Tetapi lebah juga menghasilkan lilin alami atau biasa dikenali dengan BEESWAX. Lilin lebah ini ternyata sangat baik untuk mengatasi masalah bibir kering dan selalu membuat bibir kita terlihat lebih basah dan seksi.

Karena sifatnya lilin lebah adalah alami jadi sangat baik untuk merawat dan menjaga bibir anda terlihat segar dan basah. Kandungan pada Beeswax terbukti memberi kelembapan alami pada bibir.

Selain tidak menimbulkan alergi pada bibir, Beeswax juga dapat menyatu dengan berbagai bahan pembuatan kosmetik lainnya.

Beeswax  berfungsi sebagai pelembap bibir dan , mengubati bibir kering. Dan yang paling utama Beeswax juga mengandungi vitamin A yang bermanfaat untuk melembutkan dan menyegarkan bibir serta membangun kembali sel kulit bibir.

Jangan lupa lipbalm mary jardin  hanya menggunakan Besswax sahaja ye.

Sementara , plumbum pula merupakan bahan kimia yang telah digunakan berkurun-kurun lamanya. Ia di-klasifikasikan sebagai logam berat yang tidak mempunyai sebarang faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.

Bahaya ke Plumbum ni?

Ya, plumbum boleh menyebabkan masalah pembelajaran, kurang beri tumpuan, penguasaan bahasa dan tingkahlaku seperti lemah dalam pelajaran serta tabiat lebih agresif. Wanita hamil dan kanak-kanak kecil paling mudah terjejas.

Untuk wanita pula ia boleh menyebabkan kanser buah dada, masalah mandul, keguguran, menganggu sistem peredaran darah dan bengkak bibir yang serius

Mengapakah pumbum dimasukkan ke dalam lipticks/lipbalm?

Plumbum atau lead dimasukkan ke dalam lipbalm/lipbticks untuk menjaga agar bibir tahan pengoksidaan udara (oxidation), tahan air (waterproof) dan  tahan lebih lama (long lasting) terutama yang berjenama dan diimport.

Pernah tak bibir korang jadi camni bila lama-lama pakai lips tu? Ni salah satu contoh la kesan logam plumbum yang paling ketara ada dalam lipstik @ gincu yang hari-hari kita guna .

Jelitawan sekalian,  lipbalm Mary Jardin tiada plumbum ye jadi jangan risau lipbalm MJ tidak akan merosakkan bibir tetapi maintain lembap dan segar. Manis lagi ada😍

Harga berapa?
RM25 jerr

Selamat berlipbalm semua

#asmah
#mjthechampion

BAHAYA PRODUK REBRAND


Bahaya Produk Rebrand

Sekarang ni antara isu yang sedang tular adalah kes skincare yang dulunya gah tapi dah terbukti mengandungi bahan-bahan yang bahaya dan merosakkan kulit.

Saya yakin, ramai yang sedia maklum dengan kewujudan skincare rebrand (penjenamaan semula) dan krim kilo, tapi berdasarkan komen-komen di kebanyakkan pos yang tular di media sosial sekarang, nampaknya masih ramai juga yang tidak terdedah dengan hal ini.


Apa itu Krim Kilo?
Krim Kilo ni rakan-rakan, adalah krim-krim kecantikan yang dihasilkan di negara jiran, dan jual secara kilo, timbang kati, untuk dibeli oleh golongan yang ingin jadi jutawan skincare dalam masa yang singkat.

Rakan-rakan boleh buat carian #krimkilo di instagram, dan ribuan gambar akan muncul. Boleh lah kamu semua saksikan sendiri rupa krim-krim tersebut yang dijual dalam tub plastik, ikat jerut macam tu sahaja tanpa sebarang perlindungan. Boleh tengok sendiri juga kepelbagaian warna krim-krim tersebut. Merah jambu, hijau, jingga, semua ada. Pencuci muka papaya? Ya, boleh beli kilo-kilo juga. Jual dalam botol besar sahaja. Sabun? Hah, pilih la nak warna apa, siap tabur serbuk kilat-kilat lagi.


1. Kebanyakan founder skincare akan kata, “produk kami diformulasi oleh pakar” atau seangkatan dengannya. Tapi kalau betul diformulasi secara bertauliah, di mana kilangnya? Di mana makmalnya? Memang la tak berani letak alamat kilang dan sebagainya, sebab memang tak ada pun. Duduk bersila di ruang tamu, cedok krim entah lah dengan utensil apa, masukkan dalam bekas (yang boleh dibeli secara borong di atas talian), lekat sticker, siap! Satu kilo krim dibeli dengan harga RM500 (ada pelbagai harga.

Foundation selalunya lebih mahal), tapi repack semula dalam bekas 5gm, boleh dapat 200 bekas. Satu bekas jual RM28, dapat RM5600. Ya, untung sehingga RM5100, baru untuk satu jenis krim. Kalau jual sebekas tu RM35, kan dah beribu-riban keuntungan? Kalau jual satu set? Krim siang, krim malam, pencuci muka, sabun sebiji, memang la kau jutawan dah. Sekarang dah faham kan kenapa orang sanggup beli krim kilo dan pasarkan di Malaysia?


2. Dah banyak kali kan kita baca berita pasal local skincare yang bila kita berhenti pakai, tiba-tiba jerawat naik penuh muka. Banyak kali jugak terbukti ada bahan merbahaya seperti mercury dan sebagainya. Kenapa nak pakai lagi?


3. Pengasas produk rebrand sangat gemar mempromosi produk mereka sebagai “100% natural”. Tapi kalau dah warna sampai jingga terang benderang tu, natural apa nya lagi? Asal ada bendasing, mana boleh kata “natural”. Berdosa menipu pelanggan.


4. Sabun natural? Sabun, jika dibuat menggunakan “fragrance oil”, memang tidak natural ya. Tapi kesemua sabun krim kilo menggunakan fragrance oil, kerana fragrance lebih murah. Sebotol RM5 boleh buat 100 biji sabun. So berapa sen sangatlah harga sebiji sabun yang korang beli dgn harga RM10 (ada juga yang jual dengan harga RM50 ya Allah) tu. Sabun natural, dibuat menggunakan essential oil, yang harganya boleh mencecah RM80 sebotol. Sebab tu sabun natural mahal ya. Itu harga kualiti dan keselamatan.


5. Cara pengasas handle produk pun tidak terjamin. Kalau dibuat di kilang pun kadang-kadang masih diragui, apatah lagi yang dicedok menggunakan sudu sahaja di rumah, kan lebih ngeri?


6. Tarikh luput produk pula bagaimana? Produk skincare yang berjenama selalunya tarikh luput dikira 12 atau 18 bulan dari hari penutup dibuka. Tapi kalau produk krim kilo? Tarikh pengasah bukak plastik kah? Bukak tutup bukak tutup beg plastik tu nak cedok krim (ya lah, tak ada kilang atau makmal), tarikh mana ya yang para pengguna patut ikut?


7. Ada pengasas yang sentap. Katanya pengguna berkira, pengguna tak mahu support produk tempatan yang tiada nombor KKM. Kepada pengasas sekalian, selipar kalau putus, kita boleh beli baru. Tapi muka ada satu saja. Kalau rosak, siapa nak ganti? Sebab tu semua orang berhati-hati dan berkira dan beli produk yang tiada kelulusan.


8. Jangan ingat skincare sahaja dijual secara timbang kati. Kosmetik juga ya. Nama pun entah apa2. Hanya produk rebrand boleh buat perkara macam ni. Jenama dan syarikat yang betul-betul wujud akan ada orang yang betulkan nama yang dipilih sebelum dipasarkan.


9. “Kalau ada KKM, boleh percaya la kan?” Saya nasihatkan, jangan pernah henti berhati-hati. Sebab semua krim yang tiba-tiba terbukti ada mercury, satu ketika dulu ada KKM juga. Beli lah jenama yang memang dikenali dan terbukti selamat.


9. Krim kilo, juga dikenali sebagai local skincare (bukan semua ya) memang berleluasa di Malaysia. Cara nak kenal? Selalunya ada krim siang, krim malam, sabun sebiji, kadang-kadang tambah serum, facial cleanser, dan semuanya berwarna-warni. Mohon hati-hati ya, di negara lain tak ada krim siang malam ni. Nama brand pun, tak terbanding dengan jenama yang dah kukuh. Kalau dah ada brand dengan nama yang diyakini stabilnya, kenapa nak beli yang nama pun nampak sangat sambil-sambil tidur ja pilih? Siap salah tatabahasa lagi.


10. Nak sokong produk tempatan? Beli lah yang memang selamat, yang dijual di farmasi dan drugstore (watsons, guardian). Ada sebab kenapa krim kilo tak dapat dipasarkan di farmasi atau drugstore. Farmasi dan drugstore tentu ada piawaian tersendiri dan tak mungkin memasarkan produk sebarangan yang bahaya.


Jadilah pengguna yang bijak. Dah terlampau banyak kes salah pakai skincare. Beli lah yang dijual di farmasi dan drugstore, dijamin selamat. Bukanlah tujuan saya untuk menutup periuk nasi para pengasas skincare krim kilo, tapi hanya ingin membantu rakan-rakan supaya tidak terjebak dengan produk-produk yang membahayakan kulit dan kesihatan.

Terima kasih.


SALAM MAULIDUR RASUL 1439H

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa bakatuh

Salam sejahtera di hari Jumaat

SELAWAT MAULIDUR RASUL


‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi


‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu


‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat


‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa


‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat


‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat


‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh


‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan


‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi


‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya



Ustazah kata

Di Padang Mashar nanti Nabi Muhammad SAW akan beri syafaat kepada umatnya yang banyak berselawat kepada Baginda

Bagaimana Baginda dapat mengenalpasti umat yang banyak berselawat kepadanya dalam kumpulan   yang begitu ramai sekali umat manusia?

Jawapannya pada sinar cahaya yang terang benderang.

Umat yang paling banyak berselawat kepada Baginda semasa hidupnya akan memancarkan satu sinar cahaya yang terang benderang semasa di Padang Mashar tersebut dan akan kelihatan walaupun dari  jauh.

Perbanyakkan lah selawat kerana setiap amalan mahupun zikir kita ini akan melalui banyak tapisan sebelum diterima. Sekiranya kita tak ikhlas zikir itu akan tertolak. Sekiranya kita riya' amalan itu akan tertolak.

Tetapi SELAWAT ke atas baginda Rasulullah SAW biarpun dalam keadaan kita tidak ikhlas, riya bahkan kita ni ahli maksiat, selawat ini tetap diterima. Tetap akan sampai pada Rasullullah. Tak akan ditapis lagi.

MashaaAllah sebegitu hebat Allah kurniakan  buat baginda Rasulullah. Begitu Allah memuliakan baginda.

#SalamMaulidurRasul
#asmahrahman
#kelasmengajisenawang
#tulislah




Isnin, 20 November 2017

JANGAN ABAIKAN 3 TIPS PENTING INI APABILA ANDA MEMILIH PRODUK SKINCARE


Apabila kita membuat pilihan untuk memilih produk penjagaan kulit muka, maka perkara atau tips yang perlu diambil perhatian ialah



TIPS NO. 1 :

PILIH PRODUK SKINCARE YANG NATURAL-BASED

Sepanjang 9 bulan  menjadi agen Mary Jardin, saya telah berjumpa dengan ramai customer yang telah atau masih mengamalkan produk-produk yang mengandungi kimia beracun.

Mereka tak sedar bahawa pelbagai jenama popular yang kita biasa lihat di televisyen atau akhbar, adalah produk yang tidak selamat.

Mungkin mereka terpengaruh dengan iklan 'power' yang menjanjikan kesan pantas pemutihan kulit atau penyelesaian masalah kulit wajah dengan cepat.

Haish macam-macamlah iklan yang menjanjikan bulan dan bintang!
Jenis produk yang beriklan macam ni lah yang kita kena elakkan jauh-jauh.

Apa yang mereka claim itu benar-benar boleh berlaku, tapi ia berlaku dengan cara yang berbahaya.
Bahan kimia dalam produk-produk tersebut akan menghakis kulit wajah kita.

Memanglah kulit muka jadi licin dan flawless tapi lama-lama makin nipislah kulit kita.
Tu yang mula pedih bila kena matahari.


Beralihlah ke produk yang bahan-bahan semulajadi atau natural-based.
Bagaimana produk natural bertindak?

Produk natural seperti Mary Jardin bertindak merawat kulit wajah dari dalam.


Secara ringkasnya, kandungan bahan dalam Mary Jardin  ni sangat halus untuk ia mudah meresap ke dalam sel-sel kulit dan merawat kulit.

Contohnya dalam Face Oil mengandungi comedogenic rate yang sangat kecil atau rendah. Kandungan comedegenic rate argan oil dalam face oil ini ialah 0.

Maksudnya disini kandungan argan oil ni langsung tidak akan menyumbat liang pori kita. Comedegenic rate bagi minyak dalam face oil yang paling tinggi adalah 2 sahaja. Sangat rendah. Confirm tidak akan menyumbat liang pori.

Detox Clay Mask pula  akan bertindak menolak keluar segala kotoran dalam kulit wajah kita dan membaiki sel-sel kulit mati dan kusam. Digantikan dengan sel kulit sihat dan baru.

Tetapi semua proses ini mengambil masa. Tak adanya seminggu dua yo...




TIPS NO. 2 :

AMBIL TAHU LATARBELAKANG PENGASAS DAN PENGELUAR SESUATU PRODUK SKINCARE.

'SIAPA' pengasas sesuatu produk skincare adalah sangat penting.
Kat Malaysia ni bercambah pengasas skincare.

Kalau korang nak jadi pengasas skincare pun boleh !
Bukan susah pun, beli je produk timbang kilo dari negara jiran.
Kalau  tak tahu apa bahan-bahan dalam tu, takde beza pun  dengan pengasas-pengasas produk skincare yang lain.

Diorang pun tak tahu. Diorang pandai marketing je.

Jadi macam mana nak tahu sesuatu produk skincare tu benar-benar natural dan selamat?



Tengoklah siapa pengasasnya.
Macam Mary Jardin ni, ia diformulasikan sendiri oleh pengasasnya, Dr. Maryam al Batul Azizuddin.



SIAPA DR MARYAM?

Siapa PENGASAS Mary Jardin?
WHO is the FOUNDER of Mary Jardin?

Haaaaaa, korang tertanya-tanya tak siapa orang kuat di sebalik produk Mary Jardin yang letups ni?

Lets check it out!

Founder Mary Jardin is a Malaysian medical doctor named Dr.Maryam Al-Batul Azizuddin. Together with her husband, also a medical doctor, Dr.Muhammad a-Al-Athiq bin Marzuki.  They build this empire, MARY JARDIN. A local product with an international quality.

Jom kita kenali lebih dalam lagi siapakah gerangan Dr.Maryam ni.

🌷Top Scorer Medical Student UIAM Kuantan
🌷HO (Doktor Pelatih) di Hospital Sungai Buloh (HSB) selama 2 tahun
🌷MO (Doktor Perubatan Medical di HSB + Dermatology (unit bawah medical) di HSB selama setahun
🌷MO Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai selama 2 tahun
🌷Resigned dan full-time focus pada MJ

🔥3 tahun pengalaman bisnes online
🔥Proven track record sales 600K SEBULAN!
🔥Sales MJ 200K dalam masa 2 minggu selepas official launching
🔥 3 bulan pertama sales mencecah 1 juta
🔥Memiliki seramai 3.8k agents worldwide meliputi Malaysia, Riyadh, Korea, Australia, Turkey, Madinah, Singapore, Brunei. (pada 9 Ogos 2017)

It is a WOMEN's EMPOWERMENT.

Bukan sebarangan orang tau





TIPS NO. 3 :

BERSABAR DAN ISTIQOMAH MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK SKINCARE.

Antara soalan yang paling kerap ditanya pada saya oleh bakal pengguna Mary Jardin ialah

"Berapa lama ye nak nampak kesannya?"

Penggunaan skincare ini adalah satu 'game' yang panjang.
Jika korang telah jumpa satu produk skincare yang natural, gunakanlah ia untuk jangkamasa yang lama untuk mendapat hasilnya.
.
Berapa lama?
.
Soalan berapa lama memang tak ada jawapan tepat sebab MJ adalah produk natural.

Ia juga bergantung kepada banyak faktor. Jenis kulit, pemakanan, gaya hidup, macam-macamlah.

MJ akan  bertindak mengikut keadaan kulit seseorang. Kalau kulit  rosak teruk, lamalah sikit ambil masa nak 'repair'.
.
Macam saya sebelum ni, walaupun tak pakai mekap, tapi bila selalu berada di padang, selalu memasak dan menghadap api dapur, bahagian atas pipi dah mula gelap. Wajah jadi berminyak, nampak kusam.


Kebetulan saya ternampak post pasal MJ ni.
"Produk skincare keluaran DOKTOR UIA." Menarik ni.

Bila dah kaji dan puashati MJ ni natural dan dikeluarkan hasil R&D, terus daftar jadi agen dan beli basic set nya yang mengandungi sabun, face oil dan mask.
.
Kata stokis yang consult kan saya, permulaan ni kena buat waktu bertenang & cuci dulu kotoran yang ada diluar dan dalam kulit muka.
Berapa lama waktu bertenang ni?

Antara 2 minggu ke sebulan. Tapi nak betul-betul free dari bahan kimia yang tak elok untuk kulit muka lebih elok buat sebulan.
.
Waktu bertenang ni penting, supaya proses merawat nanti lebih mudah tanpa gangguan dari bahan kimia lain.

Permulaan yang effordable.  Boleh tahan dalam 3-4 bulan! Mask nya lagilah tahan samapi 8 bulan..


Masa first time pakai mask muka dengan Detox Clay mask, rasa sangat gatal muka ni, mungkin dia sedang menarik segala kotoran keluar. Blackhead dan whitehead tak tahulah dah berapa tahun berkumpul dalam liang roma berketul keluar.
.
Lepas tu terasa kulit muka bersih & lembut. Segar je rasa.


Lepas seminggu, kulit jadi kering, tegang & jerawat pasir pun ada keluar. Ni normal, sebab kotoran dalam kulit muka start dikeluarkan. Hebat betul!


Cukup sebulan pakai  saja kulit muka nampak lebih bersih, kurang berminyak, licin sedikit & pori pun ada yang dah tertutup sedikit. Kulit yang dulu kusam  dan gelap pun dah nampak cerah sikit. Jerawat pun dah kurang muncul.

Aish! hati meronta-ronta tak sabar nak pakai serum pulak. Bertambah rasa best guna MJ ni.

Serum untuk perlindungan dari sinar uv. Sebab dari sinar uv ni pun boleh timbulnya jeragat atau pigmentasi tau. Bila ada pelindung uv ni, tercover la muka kita dari pembentukan jeragat.

Pakai ikut peringkat bermula dengan face oil, sabun, mask dan akhir sekali serum.. Semua gap seminggu seminggu.

Kulit muka takde le jadi terkejut.


Lebihan minyak dah nampak berkurangan.
Kulit lebih lembut dan halus.
Makin bertambah jatuh cinta jadinya.


Nak guna pun senang sebab face oil dan serum cepat meresap ke dalam kulit. Tak sampai 10 minit dah settle guna sabun, face oil, mask dan serum.
Wangi lavender pulak tu.


Sekarang dah lebih 9 bulan saya guna MJ

Hasilnya?

Kulit saya yang berminyak  sangat dulu tu dah kurang, tiada lagi kusam dan cerah semula.
Liang pori yang besar di bahaguan dagu dah makin mengecil dan halus. Tiada lagi jerawat hinggap di bahagian tersebut.

Saya tak kisah sangat pun sebab dalam group telegram Mj memang kami diberitahu yang produk natural tindakannya memang lambat sedikit.

Dan dah banyak dah testimoni yang kami tengok.
Saya yakin kalau saya Istiqomah gunakan MJ, InsyaAllah masalah saya akan hilang sepenuhnya.

Mungkin lepas 3 bulan? 4 bulan?

Kenalah bersabar lebih sedikit.

Tak kisahlah yang penting masalah kulit muka saya hilang dengan cara yang selamat dan semulajadi demi nak dapat kecantikan sepanjang hayat.



Saya pernah tengok satu dokumentari pendek tentang satu jenama skincare popular dari Jepun ni.

Tak sebut nama pun rasa korang tahu kot.
Diorang uji keberkesanan produk diorang ke atas wanita

Jepun selama setahun!

Maksudnya dalam dunia skincare, penggunaan sesuatu jenama skincare selama setahun untuk mendapatkan kesannya adalah perkara biasa.

Jadi, janganlah tukar skincare sebulan sekali ya.
Kesian kulit muka kita.



Itulah kuasa Istiqomah.

Apalah sangat masa setahun dua yang kita ambil untuk bersabar untuk mendapat kulit wajah yang kekal cantik dan sihat selama 20-30 tahun lagi, kan?

Setahun dua tahun tu kalau nak dapat kulit betul-betul sihat dan cantiklah lah.

Kalau setakat nak kecilkan liang pori elak tempat pembiakan jerawat dan jeragat  macam saya, InsyaAllah 2-3 bulan  boleh hilang.

Itulah 3 tips penting yang perlu kita pertimbangkan semasa hendak memilih produk skincare.

Sekarang  dah tahu macam mana nak pilih produk skincare yang terbaik?

Saya harap korang dapat membuat pilihan yang bijak.



================================

Nak harga jimat terlajak murah MJ

Jangan lepaskan promo sempena Mary Jardin Natural Beauty Fest 2107 bulan ni

Tinggal 3 hari lagi promo

Grab yours now!!!!!