Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Baru Online Bisnes Bersama Mary Jardin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Baru Online Bisnes Bersama Mary Jardin. Papar semua catatan

Ahad, 11 Jun 2017

JANGAN BAZIRKAN WANG ANDA MEMBELI MJ JIKA BERNIAT UNTUK MENTERNAK JERAWAT DI WAJAH


Jerawat terhasil apabila liang pori kita tersumbat disebabkan sisa kotoran, minyak atau mekap. Bakteria dan kotoran dalam pori akan menghasilkan indlamnatory enzymes (radang berlaku).

Radang ini jika dibiarkan akan menjadi bernanah, merah, sakit dan akhirnya akan terbentuk jerawat.

Syukurlah di dalam Facial Soap Mary Jardin mengandungi zinc oxide yang bersifat anti radang. Fungsinya untuk mengelak daripada proses mula-mula kejadian jerawat iaitu pembetukan radang.

Gunalah facial soap MJ 2x sehari untuk mengelak radang bertukar menjadi jerawat besar.

Face Oil Mary Jardin pula berasaskan bahan@minyak semulajadi dan bukan bersifat krim atau lotion.

Ini kerana dalam krim atau lotion biasanya akan mengandungi minyak mineral, air dan wax(lilin). Lilin inilah yang akan menyumbatkan pori kita yang boleh menjerumuskan kearah pembentukan jerawat.

Tea tree dan jojoba oil dalam face oil pula dapat menghilangkan jerawat secara lebih efektif dan membuat jerawat lebih cepat kecut.

Tak percaya?

Cubalah letak sikit face oil pada jerawat yang sedang nak ranum sebelum tidur, InsyaAllah esok pagi dia malu nak keluar. Mungkin sebab silau matahari. 😂😂

Manakala Detox Clay Mask Mary Jardin pula bertindak sebagai detox atau bahasa mudah membuang toksik.

Bila kita tidak detox kulit wajah, sisa mekap, habuk, rokok, debu dll akan melekat pada kulit dan lama-lama akan terhasil jerawat.

DCM akan menarik dan menyerap kotoran dari bahagian bawah lapisan kulit melalui bahannya yang diimport khas iaitu bentonite clay dan french clay mask.

Selain menjalankan fungsi pembersihan yang mendalam DCM juga dapat membersihkan pori yang tersumbat.

Bila pori dah tak tersumbat, susahlah kotoran nak melekat, dan takde la tempat jerawat nak membiak.

Sebab itu saya kata jangan beli maryjardin kalau nak menternak jerawat!










Jumaat, 9 Jun 2017

BAGAIMANA MARY JARDIN MEMBANTU MASALAH KULIT BERMINYAK


TAHUKAH ANDA?

Kulit wajah berminyak adalah disebabkan oleh kelebihan sebum yang dirembeskan oleh kalenjar sebaceous.

Sebum merupakan zat lilin yang berfungsi untuk membantu kulit, namun pengeluaran sebum yang berlebihan boleh mengakibatkan kulit wajah menjadi berminyak dan punca masalah jerawat.


TIP MERAWAT KULIT BERMINYAK

1. Pembersih
Sangat penting sekali membersihkan wajah untuk mengawal kulit yang berminyak berlebihan. Tapi, jangan membersihkan wajah secara berlebihan kerana dapat menyebabkan kulit kering pula. Menariknya Facial soap maryjardin memang di nasihatkan untuk diguna 2x sehari sahaja.

2. Pelembap
Kulit yang telah dibersihkan akan hilang kelembapannya. Penting untuk kita mengganti kelembapan kulit semula. Kita dapat mengembalikan tingkat kelembapan kulit dengan menggunakan pelembap. Alhamdulillah dalam maryjardin terdapat faceoil yang boleh bertindak sebagai pelembap.

3. Penyegar
Penyegar biasanya digunakan setelah membersihkan wajah dan ini menjadikan wajah kelihatan segar. Jangan risau, beli face oil boleh dapat sekali fungsi pelembap dan penyegar pada wajah.

4. Pengelupasan
Pengelupasan dapat membantu menanggalkan sel kulit mati dan dapat menghilangkan minyak yang menyumbat pori kulit. Pengelupasan tidak hanya bermanfaat untuk membuka pori tetapi juga dapat menyingkirkan bintik hitam dan bintik putih pada wajah (blackhead dan whitehead). Detoxclaymask dalam MJ dapat menjalankan tugas ini tanpa kesan yang menyakitkan pada wajah.

5. Pelindung matahari
Pelindung matahari dapat membantu melindungi kulit dari kesan terbakar (sunburn) dan kedutan. Serum dalam MJ mengandungi SPF 30 sebagai pelindung matahari dan terbaik serta sesuai dengan cuaca orang Asia.

Masih lagi ingin mencari skincare lain selain Mary Jardin?





Khamis, 8 Jun 2017

MY MARYJARDIN STORY

Bismillah

Wow...ada task dari master stokis Khadijah Lukman
mymaryjardinstory
Banyak sangat nak cito ni weii..
Dari mana ye nak mula?

Bermula kenal maryjardin dari fb anak saudara dan anak saudara saya tu seorang lelaki.
Bila nampak dia post pasal MJ terdetik di hati kalau dia lelaki boleh buat, takkan kita yang perempuan ni tak boleh buat. Lagipun biasanya kaum perempuan yang lebih suka produk-produk cantik ni.

So terbaca dari situla saya mula menggali tentang MJ. Rupanya masih baru lagi MJ ni, orang pun tak berapa kenal lagi..apa salahnya kalau cuba joint?

Tak cuba tak tahu kan
Rezeki Allah yang tentukan

Bila dah joint WOW!...sangat teruja ghaso ea
Macam-macam dapat. Walau kadang-kadang macam post tu takdo yang like. Sale pun ado tkdo jo..biasalah niaga ni kan ado turun naik..
Tapi ntahla perasaan berada dalam kalangan maryjardinagent sangat-sangat seronok.
Tak boleh nak cito la
Korang joint baru tau la camno ghaso ea..

Dan yang paling tak disangka saya dah ada team sendiri #mjthechampion. Mula-mula joint tak terfikir langsung pun nak ada team, nak jadi leader pada team sendiri. Rezeki dari Allah kan. InsyaAllah akan dikendalikan sebaiknya dengan bantuan team members yang lain.

FREE CLASS, FREE ILMU, FREE COACHING
Dimana?
MaryJardinla

Want to joint my team?
Macam biasa inbox   0129173942. Save dulu nombor pun takpe. Bila-bila free boleh contact. Saya #a sentiasa ada untuk membantu.
Janji tau...wasap ye..😘

Everyone can do the same if they dare to dream and change 😊

#mymaryjardinstory

Ini adalah sebahagian tugas yang diberi oleh Master Stokis. Terserah nak buat atau tak. Tapi saya pilih untuk buatla, sebab dah memamg minat menulis kan?

Sebenarnya dalam Mary Jardin banyak sangat benda yang saya pelajari. Rasa macam tak dapat kot dalam bisnes lain. Memang lain sangat semangat dan aura yang saya dapat bila berada dalam bisnes ni.

Walaupun semuanya secara online sahaja, tapi rasa macam ada bersama kita setiap orang tu. Unik kan?





##########################################################################

Tanpa keberanian mimpi takkan menjadi kenyataan
Chewah-chewah
Belum habis kisah gembira nak dikongsi..😍😍
Semoga memberi semangat untuk semua
Berbekalkan semangat keyakinan yang ku berikan
"Yakin dan tawakal je pada Allah'
Akhirnya setelah dipujuk-pujuk mereka bersetuju.
Walau ketika itu saya pun masih baru lagi.
Dan kini mereka sangat bersyukur kerana dijodohkan dengan #maryjardin.
Mereka gembira dengan hasil usaha dan keyakinan mereka.
2 orang teammate saya berani dan yakin menyahut cabaran memulakan bisnes tanpa melihat dan menggunakan produk terlebih dahulu.
Tahniah untuk Asiah Halim dan Cher Didie Diana
Teruskan keyakinan anda
Buat je
Belasah je😂
Korang macam mana?
Ada berani?😘






###########################################################################

Alhamdulillah

Berjaya lagi sekali sehingga ke garisan penamat
Cabaran dalam #blossombelle2.0.

Blossombelle macam sebuah akademi. Ada beberapa tugasan yang perlu di selesaikan oleh peserta.
Berjaya buat tugasan sampai ke akhirnya, dikira telah tamat cabaran. Tugasan bukan dikira betul atau salah, tapi lebih kepada komitmen dan tanggungjawab sendiri, yakin dan percaya kepada keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Segala macam alasan tidak diterima sekiranya gagal melaksanakan tugasan. Yang mana akhirnya yang gagal itu akan disingkirkan.

Itu yang ditekankan oleh #DdyTheMomPreneur. Individu yang bertanggungjawab membimbing dan memberi semangat kepada kami dalam blossombelle. Dan itu jugalah sebenarnya yang diperlukan apabila kita ingin serius dan ingin berjaya dalam apa jua perkara.

Saya amat bersyukur kerana dapat berada dalam blossombelle 1.0 dan blossombelle 2.0 dan berjaya hingga ke akhirnya. Melalui kedua-duanya saya dapat memperoleh ilmu, pengalaman, pengetahuan yang berbeza dan juga bertemu dengan kumpulan individu yang berbeza.

Memilih untuk meneruskan cabaran dalam blossombelle 2.0 juga adalah supaya dapat menjadi contoh kepada teammate saya.
“Kepimpinan melalui teladan”

Semua itu boleh dijadikan sebagai panduan untuk lebih memotivasikan diri dan kumpulan kita. Menjadikan self talk kita berubah ke arah yang lebih positif. Dalam self talk positif temanya adalah masa depan yang lebih baik. Manakala dalam self talk negatif, temanya adalah masalah, halangan, kesukaran, salah orang lain dan mempertahankan diri sendiri.

Sebagaiman yang selalu saya tekankan dalam group bimbingan saya
“Kita yang buat dia...bukan dia buat kita. Samada kita yang akan mengawal segala self talk negatif itu atau kita hanya follow je self talk negatif tanpa apa-apa tindakan. Pilihan kita sendiri. Jadi buat je...belasah je. Bukan kita kacau orang lain pun”.

“Sesiapa yang cepat tangkap dan improvise, InsyaaAllah jalan kejayaan itu sentiasa ada. Sebab sesiapa yang berusaha pasti ada ganjarannya. Because this is our biz. Kita nak majukan biz, kita sendiri yang kena cepat melangkah.” Nourricier Ddy

Terima kasih kepada Khadijah Lukman aka Nourricier ddy
Terima kasih kepada teams blossombelle2.0.
Dan terima kasih kepada semua yang menyokong selama ini.
Semoga kita semua akan terus yakin melangkah ke arah kejayaan.
##############################################################################


SERUM

SERUM

Serum Mary Jardin berfungsi untuk membaiki kulit dan bertindak sebagai pelindung dari sunaran matahari, lengkap dengan pelindung SPF 30.



Serum kolagen sesuai untuk kulit yang bermasalah jerawat, jeragat, bintik hitam dan pigmentasi. Salah satu punca terrjadinya masalah-masalah tersebut adalah kerana terdedah kepada cahaya matahari tanpa menggunakan sunblock.

Masalah tersebut boleh diatasi dengan penggunaan serum collagen yang mengandungi arbutin, vitamin C dan licorise. Dalam serum ni kita gunakan kolagen dari ekstrak ikan salmon yang amat mudah meresap ke dalam kulit untuk menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk membantu menghasilkan kulit yang lebih sihat, anjal dan tanpa kedutan.

Tak perlu pakai sunblock berkrim dan berminyak yang boleh menyebabkan liang pori kita tersumbat. Dap-dap je ke muka. Botol pula sangat cantik dan sangat ekslusif.

Apa yang hebat sangat serum ni?
1. Kecutkan jerawat
2. Melembapkan kulit
3. Hilangkan jeragat
4. Pudarkan parut








MAGIC PORTION FACE OIL

FACE OIL MARY JARDIN

Cuba bayangkan anda potong 10 biji kentang sama tempohnya dengan potong sebiji kentang. Ada tak pisau yang boleh potong 10 biji kentang macam tu?

Itulah sebenarnya yang dikatakan Magic Portion Face Oil. Kerana apa? Kerana dalam satu botol comel mengandungi 10 khasiat minyak yang terbaik dan terpilih di dalamnya. Ekslusifnya minyak-minyak tersebut adalah 100% sumber semulajadi untuk menyuburkan masalah kulit kering dan mengembalikan keremajaan kulit. Ia membaiki kerosakan kulit dan akan membersih dengan menyerap jauh ke dalam liang roma untuk menyingkirkan bintik hitam (blackhead) dan bintik putih (whitehead).



TAK PERNAH ADA LAGI PRODUK DI MALAYSIA SEUMPAMA ITU


Mesti ramai yang tahu kan reputasi minyak argan untuk kecantikan kulit. Ramai peminat kulit cantik dan sihat tercari-cari kandungan minyak argan dalam produk kecantikan yang bakal mereka pilih. It is like the "QUEEN OF BEAUTY" kan?

Ekslusif dari Mary Jardin, minyak argannya adalah diformulasi dan diimport khas dari Morocco. Harganya menghampiri RM1000 untuk 2L tau!. Fuh memang bahan premium terbaik untuk kulit mulus korang. Sesuai sangat dengan tagline Mary Jardin "Every Women's Dream."

Selain itu ia juga mengandungi asid linoleik semulajadi yang tinggi bagi mencegah jerawat dan kulit kusam, di samping mengawal pengeluaran sebum (zat berminyak semulajdi kulit) untuk mengelakkan kulit daripada menjadi terlalu kering atau terlalu berminyak.




BANYAK LAGILA KHASIAT TERSEMBUNYI DALAM BOTOL KECIL INI. SEBAB ITU IA DIKATAKAN MAGIC PORTION!



CARA PENGGUNAAN


Titikkan beberapa titis pada tapak tangan dan gosok perlahan dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Mudahkan! untuk dapat kulit bebas jerawat dan lembap.





Rabu, 7 Jun 2017

MARY JARDIN HANDCRAFTED LUXURY FACIAL SOAP


HAI,,,,Hari ini nak bercerita mengenai item yang terdapat di dalam Mary Jardin

Setakat hari ini Mary Jardin menyajikan empat item yang terbaik, terpilih, teristimewa dan tereklusif khas untuk wanita yang inginkan kulit wajah yang sihat, bersih, berseri dari dalam. Orang kata wanita yang nak nampak natural beauty, cantik tanpa sebarang makeup.

Apakah item-item itu?


HANDCRAFTED LUXURY FACIAL SOAP

Ok, pertama sekali di dalam setiap produk kecantikan mestilah kena ada pencuci muka kan? Ekslusifnya Mary Jardin, pencuci mukanya adalah dalam bentuk sabun. YA! SABUN BUKU. Bukan dalam bentuk krim atau tiub. Ekslusif kan?


APA ADA DALAM MARY JARDIN HANDCRAFTED LUXURY FACIAL SOAP?

Mary Jardin Handcrafted Luxury Facial Soap adalah hasil dari resepi tradisi dan ianya berfungsi untuk menulenkan dan melembapkan kulit.

Kandungan utama dalam facial soap ini mestilah susu kambing asli. 100% semulajadi. Ramai yang tahu kan bagaimana khasiat susu kambing membantu mengekalkan kelembapan pada kulit, dan membantu mengekalkan ketulenan pada kulit. Khasiat susu kambing juga mampu menggantikan sel kulit lama dengan sel kulit baru. Jadi WOW korang dapat kulit baru.

Selain itu, bahan lain dalam sabun ini ialah :
1. Bentonite clay untuk mencuci pori
2. Oat bertindak sebagai scrub/lulur yang menanggalkan sel kulit mati dan melembutkan kulit.
3. Honey untuk mengekalkan kelempaban semulajadi juga bersama olive oil dan susu kambing.
4. 4 jenis minyak tambahan yang mudah meresap ke dalam wajah untuk keseimbangan natural oil pada lapisan kulit. (palm oil, castor oil, castor oil dan lavender oil)

Juga mengandungi exfoliant semulajadi untuk menghilangkan kusam secara beransur-ansur, kulit yang tidak bermaya kepada baru, segar dan cantik..

Ianya diproses secara cold-pressed (proses paling lama antara cara penghasilan sabun), tiada kompromi founder dalam penghasilan terbaik. Pembuatan sabun ini sangat lama kerana perlu dijemur antara 4-6 minggu bagi memastikan sabun benar-benar keras dan semulajadi.





CARA PENGGUNAAN

Gunakan sehingga menghasilkan buih berkrim mewah dan licin pada muka. Bilas. Gunakan dua kali sehari untuk pengalaman yang menenagkan.



UNTUK SIAPA SABUN INI?

Sesuai untuk mereka yang bermasalah kulit kering, berminyak dan berjerawat, sensitif dan ekzema.

PENGALAMAN BARU BISNES ONLINE BERSAMA MARY JARDIN

Bismillah

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Hai you all apa khabar?
Sihat ke ari ni?

Firstly nak ucap selamat datang ke blog saya.
Dah lama tapak blog ni siap tapi belum berkesempatan untuk melengkapkannnya.

Saya perkenalkan diri saya nama diberi  Asmah Laili Abdul Rahman. Berasal dari Perak. Minat menulis dari zaman sekolah lagi. Macam-macam artikel pernah ditulis dan ada yang pernah keluar surat khabar dulu.

Sekarang ni saya berkongsi ilmu dunia akhirat InsyaAllah dengan pembaca saya di facebook (Asmah Rahman), Ig (asmah2laili) dan juga page saya (Anis Anas Aqil). Kini nak mula cuba menulis dalam blog pulak.

Maka terhasillah blog ini maryjardinasmah2dayat. Semua saya gabungkan, nama saya, suami dan anak..hihi.

Dari mana ye nak bermula ni?

OK..saya ceritakan bagaimana boleh terjebak untuk menulis. Masa tingkatan 5 dulu saya pernah menulis dan hasil penulisan itu pernah diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia di Ruangan Pelajar Menulis. Bila artikel tu keluar, nanti tak lama lepas tu dapatla cek RM30. Ok la tu kan.

Dah start masuk U minat menulis dah berkurangan, tambahan masa pun tak cukup jadinya tinggal macam tu je lah hobi tu. Bila dah joint bisnes online dalam MJ ni ada pulak diajar cara buat blog. Bolehlah nak asah balik skill penulisan yang dah lama ditinggalkan tu.

Ok melalut ke cerita lain pulak. Sebenarnya nak cerita tentang blog ni adalah berkaitan tentang Mary Jardin iaitu skincare organik @ produk penjagaan kulit muka yang bebas kimia, halal, semulajadi, selamat dan berasaskan lavender.

Mary Jardin diasaskan oleh seorang doktor yang sebelum ini pernah bertugas di Jabatan Dermatologi di sebuah hospital kerajaan. Kiranya berpengalaman dalam bidang kulit-kulit ni lah. Namanya Doktor Maryam al-Batul Azizuddin.

Beliau merasakan bahawa perlu diwujudkan suatu produk di mana kualitinya adalah setanding dengan produk jenama antarabangsa yang lain, tapi kita boleh dapatkannya pada harga yang mampu milik.

Atas usaha beliau dan suami maka terhasillah Mary Jardin yang diambil sempena nama beliau sendiri dan jardin pula adalah dari bahasa Perancis yang bermaksud 'garden'.

Jadilah LAVENDER GARDEN.



PRODUK INI UNTUK SIAPA?


1. Mereka yang tidak boleh hidup tanpa skincare organik dan natural.
2. Mereka yang sangat bencikan bahan kimia berbahaya dalam produk kecantikan.
3. Mereka yang obses untuk kelihatan berseri secara semulajadi tanpa mekap.

Ekslusifnya produk ini diinspirasikan dari big brand dari Eropah seperti Josie Maran, Kiehl, L'occitane. Nak menyebut pun payah, apatah lagi mendengarnya. Tapi bila Doktor Maryam dah keluarkan Mary Jardin ni, secara tidak langsung saya pun kira-kiranya terguna la produk-produk dari Eropah tu.


WOWWW KELAS GITU!

Produk ini adalah sesuai untuk mereka yang mengalami masalah muka berminyak dan berjerawat, kulit kusam, banyak jeragat, bintik hitam serta berpigmentasi, juga sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan jenis kombinasi.

Bagaimana Mary Jardin membantu menyelesaikan masalah-masalah tersebut?

Kalau nak tahu bagaimana Mary Jardin membantu masalah tersebut bolehla calling-callling me. Kalau berminat nak buat bisnes online bersama Mary Jardin pun boleh calling-calling juga ye. InsyaAllah saya sedia membantu

                                        wasap.my/60129173942/mj