Sabtu, 26 Ogos 2017

APA JUA YANG DILAKUKAN, PASTIKAN IA BERMULA DENGAN MINDSET YANG BETUL




PESANAN SENTAP BUAT 
 USAHAWAN YANG MISKIN!

Jack Ma, pengasas Alibaba berkata :

“Orang paling teruk nak dilayan ialah, 
 orang yang miskin minda."

🔲Apabila bagi free, mereka akan kata, 
 itu perangkap.

🔲Apabila diberitahu ini perlukan 
 pelaburan kecil, mereka jawab, 
 pulangannya sikit sangat.

🔲Apabila diminta untuk buat pelaburan 
 besar, mereka jawab, tiada duit. 

🔲Apabila diminta untuk cuba benda baru, mereka kata, tiada pengalaman.

🔲Apabila diberitahu, ini bisnes tradisional, mereka kata, susah.

🔲Apabila diberitahu, ini model bisnes yang baru, mereka akan kata, ini MLM.

🔲Apabila diminta buka kedai, mereka kata, tiada kebebasan.

Mereka ini, mempunyai 3 persamaan kolot :-

✔Mereka suka bertanya di Google.

✔Suka dengar cakap kawan yang miskin macam mereka juga.

✔Berfikir lebih banyak daripada seorang professor, tetapi sedikit buat kerja, lebih 
 sedikit daripada orang buta.

Cuba tanya mereka, “Apa mereka boleh buat?”
Mereka tiada jawapan.

Kesimpulan yang boleh dibuat,

"Sementara jantung anda sedang berdegup kencang, apa kata, buat je kerja laju-laju. Daripada asyik berfikir tak habis-habis, lebih baik buat SESUATU”

Orang miskin ini ada satu persamaan.
 Hidup mereka hanya tunggu dan lihat.


MARYJARDIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen