Siapa jenis KULIT BERMINYAK macam saya?
Mesti rimas kan kalau kulit berminyak. Bila dah tengahari je rasa melekit kulit muka. Lagi sedih bila nak ambik gambar. Mesti nampak muka macam berkilat je kan?.
Nak kena mekap-mekap la dulu cover minyak sebelum bergambar kan?
Okay saya nak share tips sikit
Sebab kulit berminyak ada kelebihannya iaitu agen awet muda😉
Tapi ingat☝
1) Jangan sesekali sapu/usap muka uollss yang berminyak tu dengan tapak tangan uollss.
Mesti pernah buat kan? Rimas kulit berminyak, sapu/lap guna tapak tangan jer.
2) Lap tekap tekap jer guna kain bersih di tempat yang berminyak. Nak lagi elok, guna tisu kertas yang khas untuk serap minyak di muka.
3) Jangan terlalu kerap cuci muka, seeloknya pagi & malam sahaja paling kerap pun 3 kali sehari.
4) Jangan cuci muka guna air suam/panas. Cuma guna air paip biasa atau air sejuk.
5) Elakkan pakai pelembab di waktu siang.
6) Pakai krim siang nipis² sahaja.
7) Kalau suka pakai bedak, pilih loose powder atau bedak babypun elok untuk serap minyak yang berlebihan.
8) Elakkan makanan yang berminyak dan banyakkan minum air masak/mineral.
9) Pakai pelembab di waktu malam. Jadi kulit tidak kering yang menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan ketika bangun dari tidur.
10) Pilih Skincare khusus untuk kulit berminyak.
Saya pakai full set Mary Jardin.
Dalam set ni ada facial soap yang bertindak sebagai pembersih minyak berlebihan, face oil yang bertindak sebagai pelembap dan berupaya mengekalkan kelembapan kulit supaya tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Yang sedang-sedang saja tindakannya..giteww.
Lepas tu dalam set ni juga ada mask dari arang hitam iaitu detox clay mask yang berfungsi menarik segala kotoran dari bawah lapisan kulit supaya dapat membantu penyerapan lembapan yang maksimum dari face oil.
Dan akhir sekali ada serum yang bersifat sebagai pelindung dari sinaran uv yang mengandungi SPF30
Ok, tu je..bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah komen