Bila kita melibatkan anak dalam aktiviti seharian, secara tidak langsung ini dapat merapatkan hubungan kita dengan mereka.
Secara tidak langsung juga melalui aktiviti bersama-sama ini dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka. Bila mereka diberi peluang dan kesempatan untuk melakukan sesuatu bersama ibu bapa, ini dapat memberi mereka semangat dan dorongan untuk mereka melakukan dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
Sempena cuti sekolah yang akan bermula esok saya akan berkongsi dengan anda, pembaca semua beberapa aktiviti yang saya lakukan bersama dengan anak-anak.
Untuk hari ni, sebenarnya aktiviti cuti sekolah bebudak ni dah bermula malam ni. Malam ni saya ajak mereka buat resepi yang mudah dan ringkas. Esok boleh buat makan sarapan pagi. Excited masing-masing bila ibunya berkata macam tu.
Malam ni saya buat cheesekut yang mudah dan ringkas. Sebab bahan pun dah sedia ada di rumah. Jadi jom kita mulakan.
Bahan yang saya guna senang je
1. 1 paket biskut cream crackers
2. 250 g creamcheese
3. 1/2 tin susu pekat
4. Susu full milk apa-apa jenama pun boleh
5. Serbuk oreo.
(Orang biasa guna nestum, tapi nestum takde kat umah, so saya gunalah serbuk oreo.
Okay, kat bawah ni saya tunjukkan video cara membuatnya. Rasanya dah ramai yang tahu pun buat cheesekut ni, tapi nak tunjuk jugak...hihi
Jom layann........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah komen