Hari ni Maryam nak share satu cerita. Waktu Maryam mula mula buat MJ dulu, Maryam buat MJ sendiri. Maksudnya penghasilan produk. Resipi sendiri, masak sendiri. Sampai satu masa kita ada keperluan mendesak untuk hasilkan produk MJ di kilang GMP sebab nak dapatkan NOT kkm. Banyak kilang tak dapat nak buat sama macam yang maryam nak in term of standard. Bukan senang sebenarnya nak produce produk natural sebab proses rumit nak handle the raw ingredients.
Waktu tu sampai Maryam sanggup buat kilang sendiri walaupun mendapat tentangan banyak pihak. Alasannya ramai kata MJ masih baru dan patut stabilkan dulu syarikat sebelum mula buat kilang sendiri. Maryam bertegas untuk buat juga. Sebab apa? Sebab nak jaga the values/nilai yang kita dah janji kepada pengguna. Kalau values ni kita tak dapat nak jaga dan berikan kepada pengguna, seolah olah macam hilang dah maruah dan kredibiliti perniagaan kita.
Akhirnya terhasil lah our very own production house yang kita daftarkan di SSM sebagai THE LUXE PRODUCTION in March 2017.
Alhamdulillah setelah melalui bermacam2 cabaran akhirnya kilang siap. Dan sekarang ni ramai pula founder produk natural yang request untuk buat produk di kilang kami. Masalahnya kilang ni kecil je. Macam dah tak tertampung permintaan yang saaangat tinggi. Dan maryam charge lebih mahal dari kilang lain sebab bukan produk OEM. Maryam tak terima selain dari produk natural. Amboi banyak betul pantang larang.
Setiap formula tu unik dan berkesan insyaAllah. Alhamdulillah sekarang kami direzqikan dapat JV dengan UTM dan insyaAllah semua produk MJ akan ada certificate dari UTM. Kita belum ada research lab yang canggih tapi UTM ada 😆😆😆
Maka formulasi produk dari kilang The Luxe Production semuanya hasil dari research pakar formula dari UTM dan analisis menggunakn mesin teknologi tinggi. Aci lah kan kita kongsi lab camtu? ahaha. Maryam visualize that in the near future we will have our own lab that carry out extensive research on natural product formulation. Setiap kali kami tengok kilang jepun yg besar2 kat KL ni, i will tell abang that MJ will grow bigger than this. Sebenarnya nak yakinkan diri sendiri, itu yang penting hehe.
Mary Jardin is a real proof that business despite starts very small, can grow really big. Walaupun Mary Jardin belum besar, dan The Luxe Production juga masih sekangkang kera saiznya, menumpang pula research lab UTM, I am positive that it can grow really big one day soon insyaAllah.
Yang penting visi mesti jelas, usaha tak boleh berhenti dan doa serta tawakkal yang sangat tinggi. Bukannya baru seminggu dua buat bisnes, lepastu giveup sebab rasa macam susah. Lepastu terus rasa macam "maybe that vision is not what i want after all".
Be BOLD in pursuing your dream. Maksudnya be BOLD in overcoming any obstacles in your journey towards success. Be BOLD in telling people "watch me i can do this" despite them telling you your crazy ideas wont work. They are not god 🙂
Siapa berani tell the world your dream? And ready to face whatever comes? 😃😃😃
Sumber : FB Maryam Aziz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah komen