Ahad, 10 September 2017

BILA IDEA MENJELMA

Alhamdulillah



Saya paksa diri saya untuk update status setiap hari. Sebelum ini saya tak aktif langsung menulis di facebook.

Dari tak biasa tulis dah boleh menulis. Dari tak pandai berpantun dah pandai berpantun. Dari tak pandai bermadah, dah pandai bermadah. Dari tak pandai berlawak,dah pandai berlawak. Haha.

Paling best dari tak pandai menjual, tiba-tiba dapat wassup atau pm orang nak beli produk yang dijual. Hujung bulan tengok sale sendiri macam tak percaya. Tiap-tiap bulan mesti ada sale, tak pernah takde sale sejak saya join😍😍

Bagi saya ia satu perubahan yang besar, sebab saya bukan orang glamer, tak pandai pun ilmu copywriting, tak pandai pun softselling. Ilmu bisnes pun tak pernah belajar, kat sekolah dan U dulu tak ambik marketing atau yang seangkatan dengannya.

Dalam #maryjardin lah saya belajar sesuatu. Perkara terbaik untuk bermula ialah update. Update,update dan update. Tulis,tulis dan tulis.

Duduk dalam kelompok orang positif. Sediakan diri setiap hari baca status orang. Baca dan hadam point-point penting. Akhir sekali tulis,tulis dan tulis hingga kita rasa seronok menulis kerana niat mahu memberi ilmu.

Jangan difikir tentang berapa like yang dapat, jangan dirunsing tiada komen yang singgah.

Percayalah, tulisan kita ada pengikutnya, tulisan kita ada yang pembacanya. Tulisan kita ada lambangnya. tulisan kita mampu bina ikatan persahabatan.

Kita menarik apa yang kita sangkakan.

Selalu letakkan diri kita layak menulis kerana kita punya handphone, laptop dan ada jari yang runcing, mata yang segar untuk melihat dan otak yang sihat serta pintar.

#tulislah bila idea menjelma. Tulislah yang baik dan bermanfaat. Tulislah untuk diri sendiri. Tulislah kerana itu jiwamu. Tulislah untuk majukan orang lain.

Tulislah walau bukan waktu trafik sekalipun, kerana setiap tulisan itu ada hikmah yang luar biasa.






Alhamdulillah

Hari ini berkesempatan untuk berkongsi kisah kejayaan seorang #maryjardinagent yang berdaftar dengan saya.

Mula-mula mengajaknya untuk menyertai family #maryjardin pelbagai soalan ditanya, pelbagai isu disoal dan yang pasti pelbagai alasan di beri.

Namun saya berjaya meyakinkannnya bisnes ini bukan seperti bisnes lain yang pernah disertainya sebelum ini. Bisnes ini bukan sesukar yang dia bayangkan.

Bisnes MJ terlalu mudah. Terlalu senang untuk menjual bila kita follow je apa yang diajar. Ikut apa yang leader buat. Praktis dan praktis. Update dan update. Yang diperlukan hanyalah zero alasan.

“Join je dulu baru kita akan rasa auranya”. Itu yang saya katakan padanya.
Akhirnya dia bersetuju mendaftar sebagai ahli walaupun sebelum itu item Mary Jardin itu pun sebenarnya dia tak pernah lihat depan mata.

Permulaan menyertai MJ langkahnya agak perlahan. Masih dengan alasan-alasannya. Walau berulang kali saya tekankan dalam group tulislah, tulislah, namun dia masih jarang menulis.

“Aset diri adalah anugerah Allah yang paling bernilai pada kita. Jom kita tingkatkan aset dirikita melalui penulisan. Kalaupun kita taknak jadikan MJ sebagai sumber rezeki utama, sebab masing-masing bekerja kan tapi tulis je,update je kat fb macam yang leader suruh 4-5 post setiap hari. Supaya melalui penulisan kita dapat meningkatkan aset diri kita. Tulis je. Belasah jer. Bukan kita kacau orang pun”
Ayat ini berulang kali saya suarakan dalam group saya.

Sehinggalah Nourricier DD menyatakan untuk memberi personal coaching kepada agen #mjbelle yang berminat dalam group baru iaitu #blossombelle. Saya mengajaknya untuk menyahut cabaran ini.

Jom join blossombelle. Walaupun saya pun sebenarnya tak tahu pun apa fungsi group tu. Yang tahu DD kata dapat coaching direct dari dia.

Nak tahu apa katanya...ermmmm
Masih dengan pelbagai alasan. Bila banyak sangat alasan, memang agak susah kita nak dapat hasilnya kan?

Berakhir blossombelle 1.0. DD buat lagi coaching blossombelle 2.0. Sekali lagi saya ajak dia. Join je dulu, jangan fikir banyak sangat. Bila dah join nanti baru kita rasa auranya.

Alhamdulillah,kali ini dia sahut cabaran menyertai blossombelle.

And guess what, sehingga hari ini dia masih bertahan dalam blossombelle. Yang lebih manis, baru-baru ni saya dapat tau dia dah berjaya menjual #fullsetmaryjardin. Kalau sebelum ni kan..susah nak nampak dia dapat sale awal-awal bulan ni. Selalu sale dia hujung bulan je. Full set pulak tu.

Kan..boleh nampak tak semua.
Bila kita dibelenggu dengan banyak sangat alasan, kebolehan kita terbatas. Rezeki pun terhad. Tapi bila kita zero alasan, tukar mindset kita, perkara yang kita rasakan sukar pada mulanya sebenarnya tak lah sesukar manapun.

Yang penting change your mindset, then your life change tremendously

Tahniah Siti Nur Diana eh! Nana pulak..hihi
Tahniah Cher Didie Diana, anda berjaya keluar dari comfort zone dan ubah mindset anda.
Tahniah juga buat Yushanita Mohd Yusof yang telah mula rajin menulis. Belasah jer, jangan terlalu fikirkan yang negatif. Positifkan diri anda.

Satu tips untuk cepatkan jiwa korang rasa best sangat nak menulis dan update status selalu. Jauhi dari perasaan "lack of confident". Kurang keyakinan.

Sekian tulisanku Asmah Rahman. Belajar kembali menulis setelah terlibat dalam MaryJardin.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi singgah komen