Alhamdulillah
Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.
Langkah pertama Mary Jardin segalanya bermula dari rumah. Setahun yang lepas 15 September 2016 Mary Jardin bermula tanpa kilang, tanpa office, tanpa staf dan tanpa Hq. Yang ada hanyalah Doktor Maryam bersama suaminya Doktor Athiq.
Dan ianya hanya bermula dari sabun.
Sabun yang di buat di dapur rumah dan dijemur di dalam bilik. 1st batch sabun yang dikeluarkan pada permulaan langkah hanyalah 20 buku sahaja yang bercop bunga lavender. Selebihnya adalah tanpa corak lavender.
Produk pertama Mary Jardin.
Siapa sangka dengan langkah yang dimulakan itu, kini Mary Jardin terus mengukir nama, mengorak langkah lebih jauh.
Kini 15 September 2017, dengan izin Allah berkat usaha gigih dan sokongan ramai pihak Mary Jardin membesar dengan gahnya. Berbangga dengan:
1.Sebuah HQ di Subang
2.Tujuh buah bangunan kedai berserta GMP di Kedah.3. Dua buah warehouse di Selangor
4. Sebuah training center
5. Sebuah buah Farm House
6. Sembilan buah Branch Office di seluruh Semenanjung Malaysia
7. 30 orang staff.
8. 4000 agen berdaftar
9. Lavender Rose Collection
10. Shawl MJLL
Pencapaian yang di raih tanpa promosi besar-besaran di media elektronik, tanpa billboard cantik di sepanjang highway dan juga tanpa model-model atau duta produk yang khusus. Hanya dengan cara bisnes berjemaah dengan perkongsian ilmu secara berterusan.
Tanpa bermula segalanya tidak mungkin berlaku.
Tanpa bertindak segalanya hanya tinggal angan-angan.
Dan yang paling penting tanpa ilmu tidak mungkin kejayaan dapat dicapai sepantas ini.
Segalanya dalam Mary Jardin adalah berasaskan kepada ilmu. Bersandarkan kepada ilmu. Berpegang kepada ilmu sebagai panduan.
Setiap individu dalam Mary Jardin bermula dari Doktor Maryam sendiri, Nourriciers dan leaders tidak serik dan tidak jemu, sentiasa berkongsi ilmu kepada agen-agennya yang kebanyakkannya adalah zero knowledge dalam bisnes. Latihan dan bimbingan di beri berterusan hampir setiap malam agar agennya tidak terus hanyut dan ketinggalan dalam menghadapi ranjau dunia bisnes online yang semakin mencabar kini.
Terima kasih Doktor Maryam dan Doktor Athiq kerana mewujudkan Mary Jardin.
Terima kasih Nourriciers dan leaders atas tunjuk ajar dan bimbingan
Terima kasih pada semua agen yang bersatu hati, sama-sama saling sokong menyokong walau kita tak tak pernah mengenali antara satu sama lain.
Terima kasih pada semua customer kerana memilih dan meyakini Mary Jardin
Terima kasih pada semua yang menyokong dan mendoakan saya.
Dengan visinya "To Be An Internationally Preferred Woman's Brand", saya berbangga menjadi sebahagian dari keluarga Mary Jardin.
Genap Setahun gambar ni, 1st BATCH Mary Jardin product di pos ke Seluruh Negara pd 15 Sept 2017 jam 5.45ptg oleh kami berdua. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi singgah komen